Friday 20 December 2013

izinkan aku pergi ~


Selama aku hidup,aku tahu hampir setiap masa aku menyusahkan mereka.Aku kurang beri perhatian dan juga menggembirakan mereka.Hanya dunia yang aku cari.Hanya perhatian mereka yang aku tarik.Tetapi entah kenapa aku rasa tidak puas.Aku berjanji utk mencapai itu dan ini.Tetapi aku rasakan tiada satu pun yang telah dapat aku tunaikan.Mendengar kata?Lagilah jauh sekali.Menyusahkan.menyusahkan dan menyusahkan.Itu sahaja yang aku tahu dan aku lakukan dalam sedar mahupun tidak.

            Kini aku rasakan sukar untuk meminta.Kerana terlampau bnyak kesusahan yang telah aku timpakan.Permintaan ini mungkin agak berat untuk mereka beri keizinan untukku.Aku pun tdk tahu mengapa.Dahulu pernah aku usulkan.Mereka agak berat untuk membenarkan tetapi akhirnya mereka tunaikan.Dugaan pula ditengah perjalanan memburu impian.Bermakna impian ini tergantung dihujung angan-angan yang sudah terpateri dalam hati sejak sekian lama.

            Sekali lagi aku mencuba utk mengusulkannya.Bimbang juga mereka terasa kerana tidak mendengar kata.Susah sangat rasanya untuk mengikut apa yang mereka dah tetapkan.Niat aku pasakkan,bukan untuk menyakiti mereka,jauh sekali untuk menderhaka.Tetapi aku mahu,aku berdikari.Berdiri diatas kaki sendiri.Mencabar diri dengan impian yang aku sendiri idamkan.Melihat dan mengerti aturan Tuhan yang selama ini aku sia-siakan.

            Umurku berganjak 19 tahun.Sedikit masa lagi aku akan berusia 20 tahun.Kurangnya aku dalam mentadabbur alam.Sekurang-kurangnya apabila aku disana aku punyai semangat aku sendiri dan aku kuat kerana aku sendiri yang pilih jalan itu.Ada juga yang kata, “kau terima sjalah.Takut nanti kau tak mampu kat sana.”.Aku tahu aku bukan sebijak rakan-rakan lain dalam berbahasa arab,lagi-lagi nahu dan saraf.Tetapi aku punya cita-cita juga.Setakat ini,segala yang aku rancang semuanya aku tidak mampu capai.Apa salahnya aku rancang kesana dan mencapai impian terakhir aku itu?

             Kehidupan dan kisah Ahmad Ammar semakin hari semakin meresap dalam semangat aku.Aku tahu, aku harus utk bermusafir.Istikharah?Jangan kalian Tanya.Seandainya istikharah jawapannya disini,tidak perlu aku kusutkan minda utk kesana.Kerana itu petunjukNya.Cara belajar disana lain dengan sini.Disini,majority pelajar kejar pointer.Tidak tahu apa yang dipelajari,pejam celik dah nak final exam.Apa yang sudah aku belajar?Kerana terlalu memikirkan tentang impian itu.Aku rasa itu impian terakhir aku.Tiada yang lain.Insyaa allah.


             
     Bukan kerana aku dapat naik flight,bukan kerana nanti aku dapat nikmati empat musim,bukan kerana aku punya sahabat disana,bukan kerana terkenalnya sungai nil dan gahnya university itu,jauh sekali untuk bersama akak aku kerana jenis aku memang tidak suka bersama dengan orang yang ada pertalian darah dengan aku apabila aku di tempat pengajian.semua itu bukan matlamat dan tujuan utama aku.Sudah aku tetapkan dalam hati disaat aku ingin kesana,aku mahu belajar dari ulamak yang terkenal dengan kewarakannya.Aku mahu belajar bahasa arab dengan lebih mendalam bersama orang arab sendiri.Aku mahu mendapatkan ilmu disalah satu university yang melahirkan jutaan ulamak.Aku mahu ilmu dan bukannya pointer.Aku mahu,mahu dan mahu.Terlalu banyak.

Mungkin sifatku yang agak suka bermain-main dan kurang serius dalam hal ini dengan ahli keluarga menyebabkan aku sukar untuk menyatakan keinginan aku yang sebenar.Tetapi dengan sahabat-sahabat yang benar-benar rapat,mereka amat mengenali.Impian aku lebih awal dari akak aku dan sahabat aku.Tetapi,mereka dahulu yang menjejak bumi itu.Aku tidak pernah salahkan Allah atas apa yang berlaku.Kerana ini perancanganNya.Ujian Dia agar aku islah kembali diri aku dan buat aku sedar dengan hakikat yang sebenarnya.Supaya aku menjelaskan lagi matlamat aku yang sebenar dan memperjuangkan impian aku sendiri.Petunjuk.Hanya aku dan Allah sahaja yang tahu.Alhamdulillah.

            Aku pinta,izinkan aku pergi.Ini permintaanku yang terakhir.Hanya kali ini,yang kali terakhir aku menyusahkan.Biarkan aku pergi berkelana dan bermusafir untuk mencari aku yang sebenar disisi Dia.Aku harapkan hanya doa dan keredhaan.Seandainya aku dijemput Allah disana,janganlah bimbang dan dirisaukan.Kalian sudah serahkan aku pada Allah untuk menuntut ilmu agama,kalian wakafkan aku untuk islam,bermakna kalian lebihkan Allah dan Rasul.Berbahagialah kalian dengan rahmatNya dan semoga kalian bersama Rasulullah di syurga Firdaus.Allahumma amen.



             Aku tahu aku tidak sesoleh anak-anak yang lain.Jauh sekali rajin membantu apabila diperlukan.Ditambah pula dengan tidak pernah sudah menyusahkan.Tolong,beri aku peluang kali ini menggapai impian aku untuk menjejak bumi itu bagi mencari ilmu.Aku ikhlas LILLAHI TAALA.Izinkan aku pergi,kerana aku lebih mencintai Allah dan Rasul.


Duhai remaja ~

  Diusia remaja,pelbagai perkara yang perlu  dilakukan dan dielakkan. kita pandai membezakannya ataupun tidak ? Zaman remaja,kita diberi oleh Allah kekuatan atau kudrat ataupun tenaga yang lebih daripada orang yang veteran. Jadi , apa yang perlu kita lakukan ? Apa sumbangan tenaga kita itu ? untuk apa ? disalurkan kepada apa ?  Mari kita fikir sejenak.

   Kata As-Syahid Imam Hassan Al-Banna :

“ Aku rindukan seorang pemuda yang tidak lena tidur malamnya kerana memikirkan tentang ummat”

  Allahu rabbi !  Adakah kita tergolong dalam kalangan orang yang diperkatakan beliau ? Adakah sisa umur kita ini kita gunakan untuk islam ? Sumbang akal fikiran untuk kebangkitan islam ? Atau sepotong doa untuk sesama islam ? Didalam sujud dua pertiga malam , pernah bibir kita menyebut tentang saudara2 seislam kita ? atau kita hanya teringat akan diri kita ? sungguh, kita hanya  pentingkan diri andai hanya ampuan dari Allah kita minta Cuma untuk diri kita.Nauzubillah..



  Sahabat-sahabat remaja yang dimuliakan Allah ,

    Sudahkah kita berbakti untuk islam?Berbicara tentang islam ? Atau kita Cuma berbicara tentang baitul muslim yang luarannya tampak indah bila diijab kabulkan diwaktu muda ?  Gelombang rumahtangga tiada siapa yang dapat  meramal.Tidak salah untuk membicarakan dan membahaskan isu itu, tetapi apalah salahnya jika kita lebih memberatkan isu peranan remaja dalam membina khayra ummah ?

  Kalian masih ingat lagi akan Sehidemiz Ammar ? Kalian ikuti kisah perjalanan seorang pejuang muda itu sepanjang 20 tahun kembaranya dibumi Allah ini ? Andai dibandingkan dengan kita, Siapa yang lebih jasanya pada islam ? Kalian rasai ruh perjuangannya saat mata tertantap pada wajah nan suci penuh semangat juang itu ? Kalian dengar apa yang diperkatakan sahabat2x beliau tentang langkahnya menjejak saudara islam dan bercita-cita syahid ?

Remaja penguat agama ,

   Kematian beliau adalah satu kematian yang hidup.Allah tidak jadikan sesuatu itu sia-sia.Dia ambil semula insan yang Dia sayang kepangkuanNya,sebagai pengajaran dan kesedaran kepada kita.Adakah kita mengambil ibrah dari pemergian Ahmad Ammar ? Atau kita hanya menyatakan kesedihan dengan kehilangannya dari muka bumi ini ? Seterusnya masih goyang kai dan bersenang lenang tanpa ada rasa bersemangat untuk meneruskan perjuangan ahmad ammar ?

 Anak muda dan remaja,fikiran hanya tertumpu pada cinta sesama manusia.Sukarnya untuk mencari anak  muda yang benar-benar mewakafkan diri untuk islam.Ramai yang bisa melaungkan, ‘’Aku mewakafkan diri aku hanya untuk islam” . Tetapi dibelakang,tanpa ada yang dapat meneka,mereka bermain cinta.Nauzubillahi min zalik.Kita punyai rasa cinta,itu fitrah.Apalah kiranya kita salurkan cinta dan rasa itu yang lebih utama pada Allah.

  Zaman ini , zaman akhir zaman dan zaman fitnah berleluasa.Hatta pejuang islam pun, tanpa sedar menjadi agent kepada kehancuran islam.Nauzubillahi minzalik.Gerakan demi gerakan muncul di Malaysia seperti tumbuhnya cendawan selepas hujan.Terlalu banyak.Tetapi, mana muda mudi yang sepatutnya bersama dalam jemaah dan terus berbakti dan berjasa pada islam?Hanya sedikit yang sedar.Selebihnya melayan kehendak dunia yang tidak pernah sudah.

Pepatah Lama China berbunyi  :

“Andai inginkan kebahagiaan satu tahun,semailah benih.Andai inginkan kebahagiaan sepuluh tahun , tanamlah pokok.Andai inginkan kebahagiaan seratus tahun, didiklah manusia.”


Duhai remaja,

  Andai kalian punya adik,bicarakan pada mereka tentang islam dan peranannya.Kupaskan tentang ummah yang semkin parah dan cabarannya.Agar satu hari nanti adik-adik kalian akan bangkit meneruskan perjuangan rasulullah s.a.w.Perjuangan ini bukannya perjuangan yang perlu untuk kita mengangkat senjata.Tetapi perjuangan ini perjuangan yang terlalu mulia dan terlalu mencabar.Perlu ketetapan akidah dan iman,perlu ilmu yang benar-benar mantap dan kebergantungan pada allah yang tidak pernah goyah.Pasakkan kedalam jiwa mereka keyakinan yang teguh pada janji Allah.

Remaja harapan ummah ,

  Aku menulis bukannya kerana aku yang terbaik dan Cuma aku yang sedar akan kepentingan remaja dalam pembangunan khayra ummah.Tetapi kerana aku punya tanggungjawab sebagai seorang muslim untuk saling mengingatkan sesame kita.Aku remaja.Kalian remaja.Mereka remaja.Kita sama-sama remaja.Mungkin kita bisa bersama untuk menjulangkan dan memartabatkan islam.Tiada yang mustahil.Pilihan ditangan kita sendiri.Mahu atau tidak sahaja.

   Usah dibimbang halangan dan cabaran yang bakal mendatang.Tetapi bimbanglah kiranya kita tidak tergolong dalam kalangan orang-orang yang tidak menyumbang untuk islam.Nauzubillah.Yakin pada janji Allah.Tetapkan langkah ini.Insyaa allah Dia akan bantu.Ssekiranya kita kejar akhirat,dunia akan menghampiri kita.Tetapi sekiranya kita kejar dunia,tidak semestinya akhirat kita akan dapat.Ayuh kita maju !

Remaja pembangun khayra ummah ,

   Tinggalkan jauh rasa ingin bercinta sesama manusia,kejar cinta dan redha Allah dahulu.Seandainya hati telah tertaut pada cinta sesama manusia,segeralah untuk bernikah agar tiada maksiat yang berleluasa.Itu lebih baik.Cinta itu indah.Hiaskan ia dengan cara yang halal,bukannya haram.Serahkan pada Allah kerana Dia Maha Tahu.Jangan memburukkan islam dengan tingkah laku kita yang tidak mengikut syariat Tuhan.


  Perjuangan dalam islam bukannya satu perjuangan yang penuh dengan kemewahan dan kesenangan.Jalannya penuh liku dan berduri.Perlu berhati-hati untuk mengharungi.Penuh mehnah dan ujian yang bakal ditempuhi.Herdikan dan lontaran kata-kata kesat bakal dirasai.Tetapi kemanisan beriman mengenepikan segala rasa itu.Yang pahit menjadi manis.Mimpi buruk menjadi mimpi indah.Percayalah ! Bila ? Kita tunggu pada hari dimana tiada siapa yang berkuasa melainkan Dia.


Kata Saidina Ali Karamallahu Wajhah :

“Apabila kamu merasa letih kerana melakukan kebaikan,maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan itu akan terus kekal dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa-dosa,maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan itu akan terus kekal.”

Kita sendiri yang pilih.Pilihlah dengan kaca mata keimanan dan kecintaan yang agung kepada Allah. AKU ! Aku pilih letih dalam perjalanan ini.Meski dunia bakal mengherdik dan mencaci mengatakan aku bodoh dan ketinggalan zaman.Sesungguhnya golongan ghuraba’ itu pada akhir zaman adalah golongan yang sangat beruntung.Tiada yang aku harapkan melainkan cinta dan redha Dia.

    Aku juga punya rasa cinta.Cinta aku pada pejuang agama itu kerana Allah.Selagi dia masih dijalan ini,aku akn terus mencintai dia kerana Allah.Andai hilang cinta dia pada perjuangan ini,maka hilanglah cinta aku pada si dia yang membuang perjuangan mulia Rasulullah.Meski hati menangis,iman kental menguatkan bahawa tiada yang lebih agung dari cinta kepada Allah.Cinta manusia hanya cinta alat.Tetapi cinta Allah adalah cinta matlamat.




Ku taut segala cinta hanya pada Dia meski hati akan merana kerana bakal meninggalkan ‘nya’ yang Cuma manusia seperti aku yang tidak punya apa-apa seandainya dia pergi meninggalkan perjuangan ini.