Friday 28 December 2012

ku simpan doaku buat ummatku !


Bismillahirrahmanirrahim…



      Siapa yang sayang dan cinta akan nabi?siapa yang tahu kesemuanya tentang nabi?siapa yang kenal nabi?siapa yang ikut sunnah nabi?siapa yang selalu teringatkan nabi?siapa yang pernah menitiskan airmata kerana cintakan nabi,kerana teringat pengorbanan nabi kita muhamad s.a.w.

   Sabda Rasulullah s.a.w :
       “Setiap nabi mempunyai doa mustajab,masing-masing sudah meminta  didahulukan doanya untuk dimakbulkan (didunia), sesungguhnya kusimpan doaku sebagai syafaat ummatku pada Hari Kiamat.Syafaatku pasti akan sampai-dengan izin Allah-kepada sesiapa yang mati tidak menyekutukan Allah”(riwayat Muslim)

   Allahu rabbi.Pertama kali ana membaca hadis ini didalam buku Q&A isu 5,ada semacam ada sesuatu yang tersirap didalam dada.Masha allah.Betapa sayang dan cintanya nabi kita terhadap ummatnya.tetapi terfikir atau tidak kita tentang pengorbanan demi pengorbanan nabi?terbalaskah kasih sayang dan cinta nabi itu pada kita?allahu rabbi.begitu kasih dan syangnya nabi pada kita.sampai satu ketika sakaratul maut menjemput baginda pun baginda masih ingatkan ummatnya.

   Ya ! ummat yang sering melakukan dosa ini yang disayang nabi.ummat yang sering bermaksiat inilah yang diingat nabi.ummat yang  bernfsu serakah inilah yang didoakan nabi seusai solat baginda.apa yang kita balas pada rasulullah?rindu pun tidak,apatah lagi untuk membalas segalanya :”( .. Ya Rasulullah,maafkan kami yang tidak pernah mngenangkan jasa dan pengorbananmu dalam membawa kami kepada agama islam yang suci ini.



       Sahabat-sahabat,suatu hari nabi mengangkat kedua tangannya seraya berseru,”Ya Allah ! ummatku..ummatku !” Lalu baginda menangis .Allah berfirman:”Wahai Jibrail ! Datanglah kepada muhamad-dan sungguh tuhanmu Maha Mengetahui segalanya-tanyalah kepadanya,apa yang mnyebabkan kamu menangis.”Jibril segera turun dan menanyakannya.Baginda pun mmberitahu Jibrail.Allah berfirman,”Wahai Jibril ! Datanglah kpd Muhamad,dan katakanlah kepadanya ,sesungguhnya Kami akan menjadikanmu senang hati akan nasib ummatnya , kami tidak akan sekali-kali akan membuatmu sedih”(syarah sahih muslim).

   Lihat ! apa yang Allah bagi untuk kita yang digelar ummat muhamad?ummat yang paling beruntung.Ummat yang terakhir tetapi dimasukkkan kedalam syurga awal dari ummat lain.apa lagi yang kita nak?tidak cukupkah semua ini untuk kehidupan kita di akhirat?henti2kanlah membuat kerja-kerja yang lagha(lalai) yang menjauhkan kita daripada islam,syariat dan juga sunnah rasullullah.Mari kita hidupkan sunnah nabi yang bahagia dan tentunya mmembahagiakan.

   Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan:
       “ketika aku lihat Rasulullah sedang gembira,aku mengambil peluang daripadanya,aku berkata:”Ya Rasulullah!Berdoalah kepada Allah untukku!”.Rasulullah pun berdoa:”Ya Allah ! Ampunkan dosa Aisyah yang dahulu,dan yang akan dating,yang tidak nampak dan yang nampak”.Aisyah tertawa sangat gembira.Rasulullah bertanya,”adakah doaku tadi menggembirakan kamu wahai Aisyah?””Tentunya aku sangat gembira,Ya Rasulullah !”.jawab aisyah.Rasulullah bersabda:”Demi Allah ! sesungguhnya itulah doaku untuk ummatku setiap selesai solat”.(Ibn Hibban).

    Cuba katakan pada diri sendiri,siapa yang masih lagi meragui Rasulullah?Siapa lagi yang tidak tersentuh dengan apa yang telah dilakukan nabi untuk kita?selama ini kita tidak sedar tentang kecintaan dan pengorbanan demi pengorbanan nabi.sampai sanggup biarkan sahaja apa yang dilakukan penduduk thaif kepada nabi.Dibaling semunya kepada nabi hingga berkocak septum nabi kerana dipenuhi darah.Basah janggut nabi kerana darah juga.

    semata-mata untuk mnyebarkan agama islam.sesudah islam kita anuti dengan senang dan tenang,dengan mudah kita lupakan semuanya tentang seorang insan yang paling mulia yang berkorban segalanya demi memberi kita kebahagiaan yang sedang kita rasakan sekarang?sungguh xberhati perut bg sesiapa yang xsedetik pun memikirkan nabi yang diuji lebih dari kita.

    saat Jibril bertanya kepada nabi,”Ya Rasulullah ! Mahukah kamu aku timpakan kepada mereka atas apa yang telah mereka lakukan kepadammu?Jawab nabi:”Tidak perlu,sesungguhnya mereka tidak mengetahui”.

   Allahu Rabbi ! tidak perlu bukti yang terlalu bnyak untuk kita buktikan kasih sayang nabi kepada kita.semuanya telah Allah sertakan didalam kalam-Nya yang terpelihara. Bacalah ! fahamilah !
Tadabburlah ! . In shaa allah kita akan dekat dengan Allah dan juga rasul-Nya.ameen ya rabbana !



  Ya Rasulullah, kami SAYANG & CINTA padamu !!

   ~sollu alan nabiyyina Muhammad s.a.w

Wallahu a’lam..

seorang hamba~
atiqah hanifa

No comments:

Post a Comment