Friday 20 December 2013

izinkan aku pergi ~


Selama aku hidup,aku tahu hampir setiap masa aku menyusahkan mereka.Aku kurang beri perhatian dan juga menggembirakan mereka.Hanya dunia yang aku cari.Hanya perhatian mereka yang aku tarik.Tetapi entah kenapa aku rasa tidak puas.Aku berjanji utk mencapai itu dan ini.Tetapi aku rasakan tiada satu pun yang telah dapat aku tunaikan.Mendengar kata?Lagilah jauh sekali.Menyusahkan.menyusahkan dan menyusahkan.Itu sahaja yang aku tahu dan aku lakukan dalam sedar mahupun tidak.

            Kini aku rasakan sukar untuk meminta.Kerana terlampau bnyak kesusahan yang telah aku timpakan.Permintaan ini mungkin agak berat untuk mereka beri keizinan untukku.Aku pun tdk tahu mengapa.Dahulu pernah aku usulkan.Mereka agak berat untuk membenarkan tetapi akhirnya mereka tunaikan.Dugaan pula ditengah perjalanan memburu impian.Bermakna impian ini tergantung dihujung angan-angan yang sudah terpateri dalam hati sejak sekian lama.

            Sekali lagi aku mencuba utk mengusulkannya.Bimbang juga mereka terasa kerana tidak mendengar kata.Susah sangat rasanya untuk mengikut apa yang mereka dah tetapkan.Niat aku pasakkan,bukan untuk menyakiti mereka,jauh sekali untuk menderhaka.Tetapi aku mahu,aku berdikari.Berdiri diatas kaki sendiri.Mencabar diri dengan impian yang aku sendiri idamkan.Melihat dan mengerti aturan Tuhan yang selama ini aku sia-siakan.

            Umurku berganjak 19 tahun.Sedikit masa lagi aku akan berusia 20 tahun.Kurangnya aku dalam mentadabbur alam.Sekurang-kurangnya apabila aku disana aku punyai semangat aku sendiri dan aku kuat kerana aku sendiri yang pilih jalan itu.Ada juga yang kata, “kau terima sjalah.Takut nanti kau tak mampu kat sana.”.Aku tahu aku bukan sebijak rakan-rakan lain dalam berbahasa arab,lagi-lagi nahu dan saraf.Tetapi aku punya cita-cita juga.Setakat ini,segala yang aku rancang semuanya aku tidak mampu capai.Apa salahnya aku rancang kesana dan mencapai impian terakhir aku itu?

             Kehidupan dan kisah Ahmad Ammar semakin hari semakin meresap dalam semangat aku.Aku tahu, aku harus utk bermusafir.Istikharah?Jangan kalian Tanya.Seandainya istikharah jawapannya disini,tidak perlu aku kusutkan minda utk kesana.Kerana itu petunjukNya.Cara belajar disana lain dengan sini.Disini,majority pelajar kejar pointer.Tidak tahu apa yang dipelajari,pejam celik dah nak final exam.Apa yang sudah aku belajar?Kerana terlalu memikirkan tentang impian itu.Aku rasa itu impian terakhir aku.Tiada yang lain.Insyaa allah.


             
     Bukan kerana aku dapat naik flight,bukan kerana nanti aku dapat nikmati empat musim,bukan kerana aku punya sahabat disana,bukan kerana terkenalnya sungai nil dan gahnya university itu,jauh sekali untuk bersama akak aku kerana jenis aku memang tidak suka bersama dengan orang yang ada pertalian darah dengan aku apabila aku di tempat pengajian.semua itu bukan matlamat dan tujuan utama aku.Sudah aku tetapkan dalam hati disaat aku ingin kesana,aku mahu belajar dari ulamak yang terkenal dengan kewarakannya.Aku mahu belajar bahasa arab dengan lebih mendalam bersama orang arab sendiri.Aku mahu mendapatkan ilmu disalah satu university yang melahirkan jutaan ulamak.Aku mahu ilmu dan bukannya pointer.Aku mahu,mahu dan mahu.Terlalu banyak.

Mungkin sifatku yang agak suka bermain-main dan kurang serius dalam hal ini dengan ahli keluarga menyebabkan aku sukar untuk menyatakan keinginan aku yang sebenar.Tetapi dengan sahabat-sahabat yang benar-benar rapat,mereka amat mengenali.Impian aku lebih awal dari akak aku dan sahabat aku.Tetapi,mereka dahulu yang menjejak bumi itu.Aku tidak pernah salahkan Allah atas apa yang berlaku.Kerana ini perancanganNya.Ujian Dia agar aku islah kembali diri aku dan buat aku sedar dengan hakikat yang sebenarnya.Supaya aku menjelaskan lagi matlamat aku yang sebenar dan memperjuangkan impian aku sendiri.Petunjuk.Hanya aku dan Allah sahaja yang tahu.Alhamdulillah.

            Aku pinta,izinkan aku pergi.Ini permintaanku yang terakhir.Hanya kali ini,yang kali terakhir aku menyusahkan.Biarkan aku pergi berkelana dan bermusafir untuk mencari aku yang sebenar disisi Dia.Aku harapkan hanya doa dan keredhaan.Seandainya aku dijemput Allah disana,janganlah bimbang dan dirisaukan.Kalian sudah serahkan aku pada Allah untuk menuntut ilmu agama,kalian wakafkan aku untuk islam,bermakna kalian lebihkan Allah dan Rasul.Berbahagialah kalian dengan rahmatNya dan semoga kalian bersama Rasulullah di syurga Firdaus.Allahumma amen.



             Aku tahu aku tidak sesoleh anak-anak yang lain.Jauh sekali rajin membantu apabila diperlukan.Ditambah pula dengan tidak pernah sudah menyusahkan.Tolong,beri aku peluang kali ini menggapai impian aku untuk menjejak bumi itu bagi mencari ilmu.Aku ikhlas LILLAHI TAALA.Izinkan aku pergi,kerana aku lebih mencintai Allah dan Rasul.


No comments:

Post a Comment