Bismillahirrahmanirrahim…
Siapa yang sayang dan cinta akan
nabi?siapa yang tahu kesemuanya tentang nabi?siapa yang kenal nabi?siapa yang
ikut sunnah nabi?siapa yang selalu teringatkan nabi?siapa yang pernah
menitiskan airmata kerana cintakan nabi,kerana teringat pengorbanan nabi kita
muhamad s.a.w.
Sabda Rasulullah s.a.w :
“Setiap nabi mempunyai doa
mustajab,masing-masing sudah meminta
didahulukan doanya untuk dimakbulkan (didunia), sesungguhnya kusimpan
doaku sebagai syafaat ummatku pada Hari Kiamat.Syafaatku pasti akan
sampai-dengan izin Allah-kepada sesiapa yang mati tidak menyekutukan Allah”(riwayat
Muslim)
Allahu rabbi.Pertama kali ana membaca hadis
ini didalam buku Q&A isu 5,ada semacam ada sesuatu yang tersirap didalam
dada.Masha allah.Betapa sayang dan cintanya nabi kita terhadap ummatnya.tetapi
terfikir atau tidak kita tentang pengorbanan demi pengorbanan nabi?terbalaskah
kasih sayang dan cinta nabi itu pada kita?allahu rabbi.begitu kasih dan
syangnya nabi pada kita.sampai satu ketika sakaratul maut menjemput baginda pun
baginda masih ingatkan ummatnya.
Ya ! ummat yang sering melakukan dosa ini
yang disayang nabi.ummat yang sering bermaksiat inilah yang diingat nabi.ummat
yang bernfsu serakah inilah yang didoakan
nabi seusai solat baginda.apa yang kita balas pada rasulullah?rindu pun
tidak,apatah lagi untuk membalas segalanya :”( .. Ya Rasulullah,maafkan kami
yang tidak pernah mngenangkan jasa dan pengorbananmu dalam membawa kami kepada
agama islam yang suci ini.
Sahabat-sahabat,suatu hari nabi
mengangkat kedua tangannya seraya berseru,”Ya Allah ! ummatku..ummatku !” Lalu
baginda menangis .Allah berfirman:”Wahai Jibrail ! Datanglah kepada muhamad-dan
sungguh tuhanmu Maha Mengetahui segalanya-tanyalah kepadanya,apa yang
mnyebabkan kamu menangis.”Jibril segera turun dan menanyakannya.Baginda pun
mmberitahu Jibrail.Allah berfirman,”Wahai Jibril ! Datanglah kpd Muhamad,dan
katakanlah kepadanya ,sesungguhnya Kami akan menjadikanmu senang hati akan nasib
ummatnya , kami tidak akan sekali-kali akan membuatmu sedih”(syarah sahih
muslim).
Lihat ! apa yang Allah bagi untuk kita yang
digelar ummat muhamad?ummat yang paling beruntung.Ummat yang terakhir tetapi
dimasukkkan kedalam syurga awal dari ummat lain.apa lagi yang kita nak?tidak
cukupkah semua ini untuk kehidupan kita di akhirat?henti2kanlah membuat
kerja-kerja yang lagha(lalai) yang menjauhkan kita daripada islam,syariat dan
juga sunnah rasullullah.Mari kita hidupkan sunnah nabi yang bahagia dan tentunya
mmembahagiakan.
Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan:
“ketika aku lihat Rasulullah sedang
gembira,aku mengambil peluang daripadanya,aku berkata:”Ya Rasulullah!Berdoalah
kepada Allah untukku!”.Rasulullah pun berdoa:”Ya Allah ! Ampunkan dosa Aisyah
yang dahulu,dan yang akan dating,yang tidak nampak dan yang nampak”.Aisyah
tertawa sangat gembira.Rasulullah bertanya,”adakah doaku tadi menggembirakan
kamu wahai Aisyah?””Tentunya aku sangat gembira,Ya Rasulullah !”.jawab
aisyah.Rasulullah bersabda:”Demi Allah ! sesungguhnya itulah doaku untuk
ummatku setiap selesai solat”.(Ibn Hibban).
Cuba katakan pada diri sendiri,siapa yang
masih lagi meragui Rasulullah?Siapa lagi yang tidak tersentuh dengan apa yang
telah dilakukan nabi untuk kita?selama ini kita tidak sedar tentang kecintaan
dan pengorbanan demi pengorbanan nabi.sampai sanggup biarkan sahaja apa yang
dilakukan penduduk thaif kepada nabi.Dibaling semunya kepada nabi hingga
berkocak septum nabi kerana dipenuhi darah.Basah janggut nabi kerana darah
juga.
semata-mata untuk mnyebarkan agama
islam.sesudah islam kita anuti dengan senang dan tenang,dengan mudah kita lupakan
semuanya tentang seorang insan yang paling mulia yang berkorban segalanya demi memberi
kita kebahagiaan yang sedang kita rasakan sekarang?sungguh xberhati perut bg
sesiapa yang xsedetik pun memikirkan nabi yang diuji lebih dari kita.
saat Jibril bertanya kepada nabi,”Ya
Rasulullah ! Mahukah kamu aku timpakan kepada mereka atas apa yang telah mereka
lakukan kepadammu?Jawab nabi:”Tidak perlu,sesungguhnya mereka tidak mengetahui”.
Allahu Rabbi ! tidak perlu bukti yang
terlalu bnyak untuk kita buktikan kasih sayang nabi kepada kita.semuanya telah
Allah sertakan didalam kalam-Nya yang terpelihara. Bacalah ! fahamilah !
Tadabburlah ! .
In shaa allah kita akan dekat dengan Allah dan juga rasul-Nya.ameen ya rabbana
!
Ya Rasulullah, kami SAYANG & CINTA padamu
!!
~sollu alan nabiyyina Muhammad s.a.w
Wallahu a’lam..
seorang hamba~
atiqah hanifa