Friday 28 December 2012

ku simpan doaku buat ummatku !


Bismillahirrahmanirrahim…



      Siapa yang sayang dan cinta akan nabi?siapa yang tahu kesemuanya tentang nabi?siapa yang kenal nabi?siapa yang ikut sunnah nabi?siapa yang selalu teringatkan nabi?siapa yang pernah menitiskan airmata kerana cintakan nabi,kerana teringat pengorbanan nabi kita muhamad s.a.w.

   Sabda Rasulullah s.a.w :
       “Setiap nabi mempunyai doa mustajab,masing-masing sudah meminta  didahulukan doanya untuk dimakbulkan (didunia), sesungguhnya kusimpan doaku sebagai syafaat ummatku pada Hari Kiamat.Syafaatku pasti akan sampai-dengan izin Allah-kepada sesiapa yang mati tidak menyekutukan Allah”(riwayat Muslim)

   Allahu rabbi.Pertama kali ana membaca hadis ini didalam buku Q&A isu 5,ada semacam ada sesuatu yang tersirap didalam dada.Masha allah.Betapa sayang dan cintanya nabi kita terhadap ummatnya.tetapi terfikir atau tidak kita tentang pengorbanan demi pengorbanan nabi?terbalaskah kasih sayang dan cinta nabi itu pada kita?allahu rabbi.begitu kasih dan syangnya nabi pada kita.sampai satu ketika sakaratul maut menjemput baginda pun baginda masih ingatkan ummatnya.

   Ya ! ummat yang sering melakukan dosa ini yang disayang nabi.ummat yang sering bermaksiat inilah yang diingat nabi.ummat yang  bernfsu serakah inilah yang didoakan nabi seusai solat baginda.apa yang kita balas pada rasulullah?rindu pun tidak,apatah lagi untuk membalas segalanya :”( .. Ya Rasulullah,maafkan kami yang tidak pernah mngenangkan jasa dan pengorbananmu dalam membawa kami kepada agama islam yang suci ini.



       Sahabat-sahabat,suatu hari nabi mengangkat kedua tangannya seraya berseru,”Ya Allah ! ummatku..ummatku !” Lalu baginda menangis .Allah berfirman:”Wahai Jibrail ! Datanglah kepada muhamad-dan sungguh tuhanmu Maha Mengetahui segalanya-tanyalah kepadanya,apa yang mnyebabkan kamu menangis.”Jibril segera turun dan menanyakannya.Baginda pun mmberitahu Jibrail.Allah berfirman,”Wahai Jibril ! Datanglah kpd Muhamad,dan katakanlah kepadanya ,sesungguhnya Kami akan menjadikanmu senang hati akan nasib ummatnya , kami tidak akan sekali-kali akan membuatmu sedih”(syarah sahih muslim).

   Lihat ! apa yang Allah bagi untuk kita yang digelar ummat muhamad?ummat yang paling beruntung.Ummat yang terakhir tetapi dimasukkkan kedalam syurga awal dari ummat lain.apa lagi yang kita nak?tidak cukupkah semua ini untuk kehidupan kita di akhirat?henti2kanlah membuat kerja-kerja yang lagha(lalai) yang menjauhkan kita daripada islam,syariat dan juga sunnah rasullullah.Mari kita hidupkan sunnah nabi yang bahagia dan tentunya mmembahagiakan.

   Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan:
       “ketika aku lihat Rasulullah sedang gembira,aku mengambil peluang daripadanya,aku berkata:”Ya Rasulullah!Berdoalah kepada Allah untukku!”.Rasulullah pun berdoa:”Ya Allah ! Ampunkan dosa Aisyah yang dahulu,dan yang akan dating,yang tidak nampak dan yang nampak”.Aisyah tertawa sangat gembira.Rasulullah bertanya,”adakah doaku tadi menggembirakan kamu wahai Aisyah?””Tentunya aku sangat gembira,Ya Rasulullah !”.jawab aisyah.Rasulullah bersabda:”Demi Allah ! sesungguhnya itulah doaku untuk ummatku setiap selesai solat”.(Ibn Hibban).

    Cuba katakan pada diri sendiri,siapa yang masih lagi meragui Rasulullah?Siapa lagi yang tidak tersentuh dengan apa yang telah dilakukan nabi untuk kita?selama ini kita tidak sedar tentang kecintaan dan pengorbanan demi pengorbanan nabi.sampai sanggup biarkan sahaja apa yang dilakukan penduduk thaif kepada nabi.Dibaling semunya kepada nabi hingga berkocak septum nabi kerana dipenuhi darah.Basah janggut nabi kerana darah juga.

    semata-mata untuk mnyebarkan agama islam.sesudah islam kita anuti dengan senang dan tenang,dengan mudah kita lupakan semuanya tentang seorang insan yang paling mulia yang berkorban segalanya demi memberi kita kebahagiaan yang sedang kita rasakan sekarang?sungguh xberhati perut bg sesiapa yang xsedetik pun memikirkan nabi yang diuji lebih dari kita.

    saat Jibril bertanya kepada nabi,”Ya Rasulullah ! Mahukah kamu aku timpakan kepada mereka atas apa yang telah mereka lakukan kepadammu?Jawab nabi:”Tidak perlu,sesungguhnya mereka tidak mengetahui”.

   Allahu Rabbi ! tidak perlu bukti yang terlalu bnyak untuk kita buktikan kasih sayang nabi kepada kita.semuanya telah Allah sertakan didalam kalam-Nya yang terpelihara. Bacalah ! fahamilah !
Tadabburlah ! . In shaa allah kita akan dekat dengan Allah dan juga rasul-Nya.ameen ya rabbana !



  Ya Rasulullah, kami SAYANG & CINTA padamu !!

   ~sollu alan nabiyyina Muhammad s.a.w

Wallahu a’lam..

seorang hamba~
atiqah hanifa

sporting : berpahala atau tak?


Bismillahirrahmanirrahim…

     Ape maksud sporting dalam kalangan orang melayu?Sporting adalah yg mengikut shj kehendak kita tanpa alasan dan syarat.Best !
Memahami dan yg membuatkan kita bahagia.tetapi sedarkah kita dalam zaman cyber sekarang ini,sporting itu banyak membawa kepada kerosakan akhlak dan akidah ummat islam.nauzubillahi min zalik. L

     Dialog2 seperti ini selalu kita dengar bukan?

“biarlah dia tidur.esok2 boleh solat”
“dia baru 12 tahun,kecik lagi.da besar sket nanti kita suruh la”
“adik letih?okeyla.esok bru pegi ngaji ok?”

   Pelik,pelik,dan semakin pelik.ramai ibu bapa yg ‘terlalu menyayangi’ anak2.sayang memanglah sayang anak tu,tetapi jangan kerana sayang kita mengenepikan soal agama,didikan agama.terutama sekali yang berkaitan solat.Bila nampak anak dah tidur,kesianlah pulak.bila anak seronok main2 dan letih untuk solat,dikata mereka masih kecil.

  ingatlah nabi pernah bersabda:
     “ajarlah anakmu solat sewaktu berumur 7 tahun dan rotanlah jika mereka enggan sewaktu usia mereka 10 tahun.”


Ibu2 dan bapa2,
    TAHNIAH ! kerana anda sungguh kasihankan anak2 dan menyayangi mereka.subhanallah J.tetapi tidakkah kita kasihankan diri kita?apabila kita dah meninggal,siapa yg akan bacakan yaasin untuk kita jika tidak diasuh dari kecil?bagaimana kita nak dapat doa dari anak2 yg soleh jika solat pun ‘patuk ayam’ ataupun ‘tonggang-tonggek’ sahaja?jika sayang,kita sanggup lakukan apa2 untuk ana kita agar mereka bahagia di masa hadapan kelak dan semestinya dianggap disisi Allah.bagaimana pula ingin mngecap bahagia jika mengaji dan solat pun ‘lintang-pukang’?

  “bahagia itu ialah tunduk dan patuh mengikuti garis2 yang ditentukan allah dan perikemanusiaan”(ibn khaldun)
  Tidak salah untuk sporting dengan anak2,mari kita tukar dialog dengan anak2.

“adik nak tengok tv boleh,tapi kena mengaji dulu”
“nak main game boleh,tapi kena solat dulu”
   Atau dalam tone garang sikit:
“no pray,no game”
“tak mengaji,tak boleh tengok tv”

     Sahabat2,
  Jangan pula kita melepaskan tanggungjawab semua ini hanya kepada ibu bapa.kita sbg akak ataupun abang mestilah bertanggungjawab mengajak dan menyuruh adik2 melakukan apa yang dituntut dalam agama kita J.kita pun dapat saham,bukan?tak rugi pun ajak kepada perkara yg baik.Dalam menjaga hati manusia,kita perlu juga menjaga agama kita agar kita xterkeluar dri agama yg suci.in shaa allah J.

   Semoga sahabat2 mendapat sekurang2nya 1perkara untuk kita semua gunakan dan ambil ibrah(pengajaran) dari apa yg dicoretkan.ana nukilkan semua ini adalah untuk membetulkan diri ana dan juga sahabat2.tak dilupakan untuk kedaulatan dan ketinggian agama kita kerana dunia sekarang semakin mencabar dan dirasakan tercabar.

   Wallahu a’lam bissawab J

benarkah cinta kita?


Bismillahirrahmanirrahim…

    Sahabat-sahabat,mari kita renung kata-kata dibawah.

“Kamu buat maksiat kepada Allah
Sedangkan kamu mengaku mencintai-Nya
Inilah sepanjang umurku
Satu perbuatan yang tidak benar
Jika kamu mencintai-Nya dengan benar
Nescaya kamu akan mentaati-Nya
Sesungguhnya pencinta
Akan taat kepada orang yang dicintai”

(Abdullah ibn Mubarak)

    Allahu rabbi :’( .Maafkan kami Ya Allah.sahabat2 dan teman2,terkadang rasa diri ini munafiq.memperakui mencintai-Nya tetapi tingkah laku tidak menggambarkan sedemikian.jika kita lihat dalam masyarakat kita sekarang ini,ramai bahkan terlalu ramai yang mngungkap ayat-ayat cinta pada si kekasih hati yang selalu dipuji dan puja.lantaran terlalu cinta dan sayang yg terlalu menggunung,sanggup lakukan apa shaja demi cinta.masya allah.hebatnya cinta kalian !

    Bagaimana pula cinta kalian terhadap allah?terhadap rasulullah?mereka2 yg bercinta akan menjawab begini.”allah yg lebih utama.allah kami paling cinta dan sayang.rasul paling kami cinta dan sayang”.masya allah ! hebatnya kalian.jika kalian mngatakan cinta kpd allah dan rasul-Nya,kenapa kalian masih mngikut telunjuk musuh rasul kalian yakni syaitan?kalian menjalin hubungan dan melakukan kemaksiatan dan menipu kpd kekasih kalian yakni allah.

    Masakan kalian bisa menolak apa yg disuruh kekasih kalian.kalian masih boleh bermadu asmara dengan yang bukan halal dengan kalian.kalian tahu atau tidak kekasih kalian itu juga cemburu?walau apa yg kalian lakukan pd Dia,Dia tetap bg peluang untuk kalian berubah demi-Nya.tidakkah itu menyentuh sanubari kalian?masih adakah yg berbuat baik pd kalian setelah kalian mengkhianati?bukankah itu cinta dan sayang yang sebenar?


   Udara yang kita sedut,jantung yang masih berdegup,ibu bapa yg menyayangi,nikmat berjuta yang kita gunakan.pernahkah kita berterima kasih?ada kita balas?tidak susah untuk mmbalas cinta dan kasih sayang Dia,sahabat2.bersyukurlah atas apa yg anda miliki sekarang,jangan pernah khianati-Nya,lakukan apa yang disuruh kerana itu yang terbaik buat kita.kerana yang kita cinta ini bukan siapa2,Dia adalah pencipta kita,pencipta alam yg kita duduki sekarang,pencipta hati kita untuk menyayangi insan lain,pencipta segala yg ada dimuka bumi ini.

     Jom kita jelajah rasa yang telah dikurniakan allah untuk kita berpaksikan iman dan taqwa. In shaa allahJ

 WALLAHU A’LAM

ada apa dengan dakwah?


Bismillahirrahmanirrahim...



    Bagi pelajar agama mungkin ada yang mengetahui dan mungkin juga tidak.begitu juga rakan-rakan yang bukan daripada sekolah yang beraliran agama.sesuatu yang kita nak tahu itu perlu kita cari,gali dan buka mata hati.lebih-lebih lagi pada perkara yang berkaitan agama dan kebenaran yang benar.ada apa dengan dakwah?siapa yang terlibat?bagaimana ia berjalan?dan macam-macam lagi persoalan.biar ku rungkai satu persatu agar islam kian maju.in shaa allah J


   DAKWAH ! ia adalah salah satu ajakan. ajakan kepada kebenaran yang hakiki dan agama yg diredhai,yakni ISLAM yang suci . smaada kepada non-muslim ataupun muslim itu sendiri.kenapa perlu kepada yang muslim?sahabat,kita perlukan perubahan.dari buruk kpd baik,dari baik kpd yang lebih baik.tidak indah jika hidup kita hanya pada level yg sama.sama juga jika kita main game.sampai level 1,takkan nk stay je pada level 1 dan tak nak berganjak kepada level2?begitulah juga kpd kehidupan kita.perlukan anjakan paradigma.

    yang datang kepda kita dan share tentang islam,bukanlah mahu memerli dan menjatuhkan kita.sebaliknya ingin berkongsi lagi dan lagi kelebihan dan keindahan islam.agar,kita xmemandang islam itu hnya setakai ini dan itu shj.ttpi realitinya adalah luas dan tersangat luas.tak salah bukan?pemikiran kita juga akn makin terbuka dan pengetahuan kita kian bertambah,bukan?masha allah :)

    semua ummat islam WAJIB terlibat dlm erti kata lain mnyebarkannya."wey ! kitorang xblajar la agama2 ni.bg dak agame jela"."adoi.pesal kitorang pulak yg kne?xda org len ke?"."aku punye ilmu agame ciput je,suh org len la".kalau nk ditulis semua dialog2,tak muat sebab banyak sgt. spe yang suruh pegi ceramah kat masjid?sape yang suruh edar risalah kat jalanan?sape yg suruh semua tu?tak ada kan?sahabat,dakwah bukan hanya berceramah sana sini,edar risalah merata-rata
  kadang2 terdengar dialog sperti ini:

 -"kitorg ni x tepati syariat ke? da pakai tdung da la wey"
-"yg korang sebok2 tu kenape? kubur kan lain2?"
-"eh ! lain kalilah.kn muda lg.enjoy la dulu"

   Terkadang mahu saja usus dalam perut ni terkeluar.tetapi ditahan sahaja rasa itu agar islam dipandang indah dan baik.islam sudah jelas baik tetapi yang malangnya adalah penganut agama islam itu sendiri yg menukarkan perspektif non-muslim kepada islam itu berubah.kerana tingkah laku,kerana amalan,kerana perkataan dan lain-lain.mengapa?jawab sendiri lah.

  Sahabat2 sekalian,
  Jangan lah sampai macam tu sekali cakapnya.cuba lakukan sesuatu kerana allah.qudwah qobla dakwah(tunjukkan contoh sebelum menyampaikan).xsusah pun rasanya kalau tunjukkan atau lakukan rutin harian yg xmenjejaskan agama.lakukan sahaja semuanya seperti biasa dalam kitaran hidup kita ini,yg penting niat semuanya kerana allah dan mestilah semuanya tetap terjaga dalam syariatNya.Macam-macam yg kita boleh lakukan bukan?nmpak sampah,tolong kutip dan masukkan dlm tong sampah.dapat pahala kan?semuanya yang simple2.

  Allah xsuruh pun pergi berceramah kat masjid2,join street dakwah.ttpi kalau mampu n ada masa,that’s good  my friendz ! takkan tak ada masa langsung walau 5minit untuk kita ceritakan tentang apa2 yg ada dlm agama kita kat kawan2?kawan yg muslim ok,yg bukan muslim lagi okey ! sharing ISLAM to all.

  So,masih ragu untuk berdakwah?teman2,perkataan ‘dakwah’ nmpak macam berat dan hanya untuk yg benar2 mendalami ilmu agama ataupun aliran agama sahaja? tidak ! ianya adalah satu kewajipan bg kita semua as a muslim.ok! kalau xnak guna perkataan dakwah,kita boleh shj mnggunakan perkataan spt menyampaikan,berkongsi dan lain2.apa2 shj asalkan kita menyumbang untuk islam.in shaa allah J

  Ana rasa setakat ini shj yg boleh ana share tentang dakwah kot.ilmu Cuma sedikit.sekadar menjalankan tanggungjawab sesame muslim untuk mengingati muslim yg lain tentang kebaikan berdakwah.semoga kita tergolong dlm golongan orang2 yg soleh dan diredhai Allah. Subhanallah J

Saturday 15 December 2012

meniti hari demi mase depan !

 assalamualaikum....

   urm,next week dah trial..brape minggu je lg dah nk spm..usaha biarlah diri sendiri dan Allah shj yg thu.kalau result xbrape jugak..Allah lebih tahu kan?yg penting usaha....

                                                               STAM?  DQ?  MESIR?

2  je yg ana nk gi...mesir and DQ..kalau dpt DQ,ana truskan and lps abis stahun stengah..apply medic mesir..kalau x dpt DQ,pergi stam dulu...pertengahan bwu kuar utk ke mesir(kalau ada rezeki)...rase mcm geram and xfair lah pulak...cezen kamai yg gi mesir...ny yang buatkan makin excited nk gi.tp,course lainlah  (MEDIC)..insyaAllah....doakanlah yea...

    dah ader hala tuju...lbey baik dari dok rumah kan?baik gi ngapal quran kat DQ...brulah ade smangat...lainlah kalau ngapal kat umah...sket2 ader gangguan...lgpun,ssh sket nk istiqomah ny...kadang2 mase blajar kat skolah kan,tension betol...npe?orang tgh syok2 blajar..kelas lain wat onar(bising)...geram!!!sabor jelah...bak kata cikgu ana,jgn biarkan kita terpengaruh dgn dunia luar....biarlah kita yang mmpengaruhi persekitaran kita ! betul x?urm,mnarik...so,wat pekak tige pd benda yg mndorong pd kburukan dan fokuskan tkige,mati dan mata hati untuk ilmuNya..ngeh2...spe stuju angkat tangan mcm ana,,,hehe....

   bg kwn2 yg mmg nk tggu twaran je,ana ucapkan slamat mju jaya untuk result...c0z,mcm dah yakin je result meletup...

ukhuwah itu indah

 

   bismillahirrahmanirrahim..

                       




                                (khas buatmu sahabat tercinta c0z allah)



          pernah anda rasa ukhuwwah itu mcm mana? mesti ada yg cakap subhanallah ! best gillerrzz ! argh mnyampahlah ! mcm2 andaian.. sebenarnya ukhuwwah e2 mmg indah.bila kita hubungkan ukhuwwah itu dengna cinta pada Yang Esa..want to know something? meh nak cite..

  kadang2 rasa malu nk citer.c0z yg sebenarnya yang mnjadikan ukhuwwah e2 indah adalah 1st skali adalah allah jika kita hubung kaitkan semuanya kerana allah yg maha esa..2nd adalah sahabat kita sendiri. yup !  malu pada insan yg bernama sahabat.sahabat ana itu lah yang mngajar ana tentang indah dan sweetnya ukhuwwah.tp,kalau ditanya pd shabat ana tu seniri,dia akan mnafikan semua itu.knapa?c0z dy kata yg mngenalkan ukhuwwah itu pd dia adalah ana.sbenrnya dia lah mnampakkan ianya lagi best dan.. MASYAA ALLAH !! sukar nk bayangkan..


   sape yg penah disakiti oleh sahabat seniri?mesti adakan?adat bersahabat.ada pahit,ada manis,masam,pahit..sume ade..,kalau sumanya manis,xbest la pulak kan?sakit x? jawab seniri.semua tau rasa sakitnya macam mana kalau org yg disayang buat mcm2 yg kita rase down sangat,spt xdpeduli,spt dikhianati.mcm2.bukan ana nk kata sahabat ana bt ana mcm ni.xsama sekali.dia xpenah buat ana sakit ati.menangis adalah(sebab dia kata dia nk gi mesir.hik3x).

     sahabat ana pernah cakap,uhibbuki fillah(ana syg enti c0z allah).apa yg anda faham dgn ayat 'c0z allah'?mase tu,xda rase ape2 lg tau.bila semuanya dah berlaku..ada misunderstanding sket between us(thats alla b'cause of me),she never disappear.selalu bg msg2 yg mnguatkn iman,selalu mndoakan yg terbaik,xjemu send msg walau ana xbalas(kering betol ati ana kan?),selalu ingatkan ana,walau apapun yg terjadi,ana tetap shabat dia.dah jd tanggungjawab dia(seriously tersentap time tu).tp ego ana tinggi sgt..astaghfirullah !!

  lama ana bt derk je ngan dia.time tu kami da sek lain2.sow,xjumpe.just msg je penghubungnya.time sukan antara sekolah,ana rasa mcm dy pegi je.ana tnye sorg kawan ana ni,dy kate sahabat ana tu pegi.ana juz gi jd ajk je.mlaz nk jd atelit.jemu da.hik3x.sahabat ana mmg hebat.debate bi.s0w,bile smpai kat tmpt tu ana mmg cari dy.tp xjumpe.ana gi satu tmpt,dia b'dri ber2 dgn sorg lg kwn kami tggu turn iron bju.serious ! dy nmpak ana cm malu2..hik3x..mcm couple x?haha.tp,bibir ni kelu utk bkata2.ana sje je bdiri sblh dia."sihat?" tu je ayat.angguk je?urm.xpelah.malaz lah cite pnjg2..ana singkatkan jelah ea?

  kat sane,kami xckp pon.nk cakap ngan dy,pegi bilik then depa kate dy da tdo.urm..dia mmg pmalu sket.yg klaka..d0k satu bilik,xpenah cakap,cuma msg je..hik3x..lawak x?xnk gelak pon xpe. :)rasa bersalah sgt c0z ana yg start tp mcm dy je yg bersalah..eerr!! bnyak kali ana minx maaf(msg je).. rasa bersalah mnebal dlm diri beb.tp,nk tau xdy cakap ape? "xpe.kalaulah enti xbuat mcm ni dulu,msti kita xkn rasa manisnya ukhuwah .kalau lah enti xbls msg n bt mcm ni dulu,kita xtahu sejauh mana ukhuwah kita" allahu rabbi.terduduk,tersentap,mngalir air mata ana.. wallahi !! hey ! kalau sahabat ana bt pd ana mcm mana ana bt pd diri dy,itu pun ana xtau adkah ana seperti dia yg masih lagi boleh mnerima ana dan bersangka baik..allahu akbar !! syukran ya allah !! syukran sahabat !

"sesungguhnya seorang muslim itu apabila ia berjalan diatas jalan dakwah,ia xbjalan dgn hatinya shj,bahkan mmbwa hati saudaranya.justeru,setiap pahala yg didapatinya sepanjang perjalanan pasti akan terbias kpd saudara seperjuangannya"(mustafa mahsyur)

"selemah2 manusia adalah yg xboleh mncari sahabat dan lemah dari itu adalah org yg mensia2kan sahabat" (kalau xsilaplah)

   katanya,dia dah lupa dah perkara tu.tp ana tau bukan semudah itu.c0z , untuk mmaafkan sahabat adalah mudah,ttpi untuk mlupakan apa yg telah dilakukan sangat sukar.katanya,c0z dia bersahabat adalah kerana allah ! apa pun yg terjadi,sahabat tetap shabat.tlh mnjdi tanggungjawab utk mmbwa sahabat kita kmbali kpd jalan kbenaran jika tersasar.mnasihati jika terlajak.mabruk alaiki sahabat ! enti telah mmbuktikannya.teringat kata2 hilal asyraf di dlm buku sinergi,"jika kau terjatuh dlm neraka,akan aku terjun untuk berpimpin tangan bersama mndaki syurga" (lbey kurang mcm tulah).

  byk crita dan ragam dlm bersahabat.jika nk sahabt yg terbaik,jadilah sahabat yg terbaik utk sahabat kita dahulu. in shaa allah ! wallahi ! !

UKHUWWAH ITU INDAH JIKA SEMUANYA KERANA ALLAH !!

 "our heart connected by God" -i'll remember thiz 4eva sahabat  :'(
<3 FTJ <3


Saturday 1 December 2012

kenapa cakap mcm tu?

Bismillah..

    salam alaik !

            cakap?cakap ape?mgkin ade yg mngatakan ana ni mnyebuk,jaga tepi kain org,direct giller,lazeerrr.,org lain ramai lagi beb..yg kitorang je kene apasal?ops ! stop dulu..bnyak sgt ckp nye..jap la...nk terang la ni..ok kita start molek2x..

             mungkin juga yg xkenal ana pelik dgn post ni..mcm nila..nk dceritakan,ana xsuke berdiam je kalau someone tu salah(kadang2 terdiam jugak)...eh ! tentang ape ni?hey..ok2x..serius..org yg memaparkan aib sendri//kononnya islamik..ttpi dot2x..xcakap an?pikir senirilah...kawan2 yg kenal ana mmg da tau perangai ana mcm mana...xnak cakap..kang angkat bakul seniri..haha..xda apa2 pun yg boleh dibanggakan kat dunia ni..kecuali ISLAM..

 yup! kita kne bangge dgn islam..ttpi kita xboleh mnyembunyikan kesalahan2 kita dengan islam..islam bukannya agama yg kita sume boleh buat main..bukannya agama yg menghalalkan yg haram or memuaskan matlamat kita....matlamat xmenghalalkan cara k...manusia skarang da xbley dlentur dgn cara yg lebut..ttpi ada jugak yg boley...

   contoh bru2 ni ntah la pegi mane..kat jalan tu ade signboard tertulis.."pandu laju lagi kalau xsyang diri"..lbey kurang mcmtu la..hoho..tergelak ana..ade jugak tulis mcm tuh..nk dbuat crite,nampak sgt org mesia skarang ni susah nk trime nasihat,cakap pelan2 n berhikmah pon xdengar jugak..ok2x...back to da main point k..

   knape cakap direct jer?xberlapik langsung..ok2..nk bgtau kat sini..kalau cakap or tulih ayat ganaz2 sket bwu panaz kan?hah ! ce besyukur sket..ade jugak perasan rupanya..biar terasa supaya ada perubahan...tp xtaula kalau ego lbey tinggi dari gunung everest..fuyyooo !!! tingginye..kalau kalau cakap or tulih ayat yg berlapik,takut xberkesan pulak..mne tau xperasan c0z lapik over sgt...ok? haha...nak marah,marah la...yg penting ana da lakukan tugas sbg  saudara sesama islam..in shaa allah...