Friday 28 June 2013

Agamamu mencerminkan pemakaianmu~

-indahnya jika hidup bersyariat-


Jika kita  ingin lihat agama dalam diri seseorang,kita lihat ibadahnya.Jika kita ingin lihat agama dalam diri seseorang,semstinya kita lihat adabnya sesame manusia.Jika kita ingin lihat agama dalam diri seseorang,sudah tentu pemakaiannya menjadi salah satu factor utama yang penting bukan? Pemakaian juga memainkan peranan yang penting bagi seorang pelajar agama.Bagi seorang penuntut ilmu agama.bukan?

Dewasa kini kita tidak dapat membezakan mana satu yang belajar agama dan mana satu yang beraliran professional.Jika dahulu,perubahan sungguh ketara diantara pelajar agama dengan pelajar yang bukan beraliran agama.tetapi sekarang,semuanya berubah sama sekali.Tiada perbezaan langsung dari segi pakaian,bahkan adab! Mana perkara yang ‘istimewa’ yang dituntut dan yang dibelajar di gedung ilmu dahulu?Adakah hanya terukir disijil shaja?

Perbezaan atau ‘aib’ ini lebih tertumpu kepada pelajar ‘akhawat’(perempuan).Pelajar lelaki tidak berapa jelas sangat jika dibandingkan dengan pelajar akhawat.T-Shirt muslimah disarung.labuh betul-betul hingga lutut dan longgar.alhamdulillah menepati syariat.tetapi seluar…ada yang memakai seluar slack yang ketat dibahagian lutut.Tidak salah memakai seluar slack tetapi haruslah menepat isyariat.longgar dan tidak ketat dimana-mana bahagian.

Pakaian berjenama islamik terlalu bnyak seperti  cendawan tumbuh selepas hujan.mana-mana pun boleh kita dapati.tapi sayang,dari segi syariatnya ‘melencong’.tak menepati  syariat langsung.ada jubah yang besar dan longgar tetapi,terlalu sarat dengan labuci.tabarruj namanya.ada jubah yang simple tetapi,ketat dibahagian pinggang.terang-terang tersasar dari syariat tetapkan.Lambakan manusia yang inginkan caraislam.beli pakaian yang berjenama islam tetapi kurang dari segi ilmunya.

“aku sudah menutup aurat.dah pakai tudung dah.salah lagi?tak pakai salah,dah pakai pun salah”

Tudung sudah pakai,Alhamdulillah.tetapi,singkat dibahagian dada.terlalu rajin pula membela unta dibelakang(sanggul tinggi).kerana apa?ingin berubah tetapi tiada ilmu.Bagi pelajar agama yang melakukan hal sedemikian ,innalillahiwainnalillahiroji’un.sudah tahu tapi buat-buat tak tahu.kenapa?tanya iman didada.

Sahabat-sahabatku seislam terutamanya yang bertitle ‘pelajar agama’ ,

Sebagai pelajar yang pernah belajar agama di mana-mana sekolah agama,mereka akan menjadi daya tarikan orang ramai.Kerana pelajar agama belajar sirahnabi.kerana pelajar agama belajar ilmu tafsir.kerana pelajar agama belajar al-quran dan hadis.Mana datangnya semua itu?Dari Allah ianya datang,seterusnya kepada nabi disampaikan dan hadir kepada kita.Tidakkah kalian tahu?Adakah ianya kemuliaan?Ianya kemuliaan jika kita Berjaya melepasinya.Ianya sebagai taklifan(tanggungjawab).

Tolong,aku merayu pada kalian.Sebelum kakimu melangkah keluar,lihatlahpakaianmu dicermin melalui pandangan iman.pandangan akhirat.tanyalah sahabat-sahabat atau ibubapa disekeliling,adakah pakaianku sudah menepati syariat islam?


“Letakkan dunia ditanganmu dan letakkan akhirat dihatimu supaya dunia bisa kalian uruskan dan akhirat dibawa mati”
(imam Al-Ghazali)

“boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu dan boleh jadi kamu benci sesuatu padahal ia amat baik bagimu.sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahui.
(2:216)


Friday 7 June 2013

mengertilah kebisuan mereka~

    
 Diamnya seorang wanita itu tanpa jawapan yang pasti bagi persoalan yang bertemakan cinta dan perasaan,tidakkah kalian mengerti duhai lelaki? perginya mereka jauh dari hidupmu pabila dihamburkan rasa cinta terus kepada diri mereka,tidakkah kalian memahami duhai lelaki? tunduknya mereka tatkala mata kalian menatap sekian lama kearah mereka,tidakkah kalian cuba memikir sejenak mengapa begitu sekali mereka mempelakukan kalian duhai lelaki? Bisunya mereka pabila kalian menghantar pesanan ringkas ingin bertaaruf dengan mereka dengan lebih rapat, tidak timbulkah persoalan demi persoalan dalam diri kalian duhai lelaki?

    Aku,kau,dia,mereka dan sesiapa pun sudah mengagak dan juga sedia maklum.Apabila seorang lelaki ingin menyunting seorang wanita,tentunya inginkan yang solehah bukan?Ingin mendapatkan seseorang yang menyejukkan mata,semestinya pilihan kalian yang solehah bukan?ingin mendapatkan seseorang  yang bisa membantumu dalam perjuangan islam,tentunya yang solehah bukan?ingin mendapatkan seseorang yang boleh mendidik anak-anakmu nanti,juga yang solehah bukan?agar bahgia akan kalian dapat dunia dan akhirat.

   Tindakan mereka itu benar,tepat dan terbaik ! Bagi diri mereka,kalian, dan juga agama islam. Diamnya mereka tidak bermakna tiada rasa cinta yang mekar dihati.Perginya mereka tidak bermaksud tiada cinta yang tertanam dalam diri.Tunduknya mereka tidak bermakna tiada cinta yang berlabuh di sanubari.Bisunya mereka tidak bermaksud tiada cinta yang mengetuk lumrah insani.Tema cinta dan perasaan itu sangat unik untuk dihuraikan.Cuma masanya belum tiba.Cuma waktunya tidak mengizinkan.Cuma keadaan yang kurang meyakinkan.

   Telah kalian rasa seperti disakiti.Hati seperti dihiris-hiris sembilu.pedih.jiwa seperti ditusuk tombak berkali-kali.sakit.mungkin perkataan ‘kejam’ seringkali terlintas dibenak kalian.mungkin juga ‘jual mahal’ yang sering kalian laung-laungkan.Sudah puas kalian menunggu.balasannya hanya kebisuan berpanjangan.tiada langsung kata putus.tiada langsung harapan.yang tinggal hanya penantian yang dirasakan sia-sia.hanya memandang dari jauh untuk meredakan kesakitan yang terlampau.ataupun pandangan sinis yang menggambarkan kegeraman yang teramat sangat.sukarnya mengetuk rasa dihati mereka,bukan?sudah berputus asa??

   Disebabkan tindakan mereka,kalian mula mencari mawar yang lain untuk menyebarkan keharuman dihati kalian yang sudah lama kusam dan gersang.Begitu senang.Tiada langsung duri disekelilingnya.begitu mudah didekati.kalian juga tahu,mawar itu sudah beberapa kali dihirup madunya oleh lebah yang lain.tetapi kalian tetap mendekat.mengapa ya?bukankah kalian kata kalian inginkan yang solehah?tetapi,rasanya yang solehah itu punya duri disekelilingnya.bagi yang berhak dan layak sahaja yang mampu mendekati seterusnya memiliki.

  Kalian kata kalian tidak cukup hebat untuk berada sama taraf dengan wanita yang dahulu? wanita yang kalian cuba dekati itu? kalian kata kalian bukannya soleh untuk mendapatkan mereka yang solehah? kalian kata kalian tak dapat kata putus darinya? Kalian kata jika mereka member kata putus untuk berada didalam hati kalian,kalian akan tunggu ?

  Kalian tahu apa yang terukir dibenak mereka? Kalian tahu apa yang sedang mereka tanggung saat kalian melafazkan kata cinta? Kalian tahu nama siapa yang tertulis dihati mereka? Kalian tahu hatinya menyimpan perasaan kepada siapa? Kalian tahu apa yang mereka doakan dimalam hari? Kalian tahu??

   Mungkin sahaja mereka berdiam,mereka pergi,mereka tunduk dan mereka bisu bagi menyatakan kepada kalian agar berusaha diwaktu yang sesuai.mungkin sahaja mereka tidak mahu kalian tersungkur dibangku persekolahan kerana asyik mengingatkan mereka.mungkin sahaja mereka tidak mahu menjadi perosak kepada iman kalian jika mereka melayan kerenah kalian.mungkin,mungkin dan mungkin.Bukan semua perkara boleh diberitahu secara lisan.mungkin kebisuan itu untuk kalian mengerti dan berfikir.

   Jika begitulah wanita yang kalian cuba untuk mendekati,tahniah dan takziah ! Tahniah kerana kalian sudah dapat memilih yang benar dan terbaik. Tahniah kerana mereka yang kalian pilih itu adalah wanita muslimah yang sejati yang tidak mementingkan diri.Malah mereka memikirkan tentang masa depan.Tentang kalian,tentang islam dan tentang masyarakat yang lain.Takziah kerana anda sudah mendekati mereka dengan cara yang salah.Takziah kerana anda mendekati dan mencuba memiliki bukan pada masa yang sesuai.

   Pesanku pada kalian yang bergelar lelaki,jika kalian ingin mendapatkan yang solehah, tolonglah mengerti mereka yang solehah itu melalui tingkah lakunya.Fikir,fikir dan fikir.Kalian akan dapat jawapan.Tunggulah waktu yang sesuai.Jodoh itu ditangan Allah.

Kata saidatina Aisyah :

“wanita yang baik itu adalah wanita yang tidak memandang dan tidak dipandang”

(hadith)


# Tolong, mengertilah kebisuan mereka…
# couple bukan jalan terbaik


Thursday 6 June 2013

Pejuang yang kecundang ~

                                                  -bkn org dlm gambar tu erk-

Siapakah   pejuang  yg kecundang itu?Jujur aku akan kemukakan kisah seorang pejuang yg bukan calang2 orgnya,yg kecundang.Siapa tahu?Langkahnya sudah sumbang pada awal jejaknya.Punyai cita2 yg tinggi dan agung. Tetapi langkah pejuang itu songsang, yg akan menarik pejuang itu ke lembah yg hina dan terus kecundang.

Pejuang itu bkn calang2 kerana dia adalah seorang pejuang agama.Ilmunya,gred imtihannya. MasyaaAllah.Mungkin dia bukanlah yg terbaik.Tetapi markahnya seringkali dalam golongan yg terbaik.Siapa yg tak mahu bukan?Rupanya,sebaik2 rupa yg telah Allah ciptakan.Subhanallah.Cumanya kecundangnya pejuang itu bukanlah kerana markahnya tiba2 jatuh menjunam.bukan juga kerana dia tak mendapat tempat dimana2 universiti.Tetapi ‘kecundang’nya pejuang itu adalah kerana melanggar batas2 syariat.

Pejuang.Tentunya memperjuangkan sesuatu.Jika seorang pejuang agama,sudah tentu pejuang itu memperjuangkan syariat.Tetapi pejuang ini melakukan sesuatu yg bertentangan dengan syariat.Bagaimana pula dia boleh dipanggil pejuang?Ramai yg memanggil pejuang agama kerna belajar Usuluddin,Syariah dan lain2.Tetapi,apakah reaksi masyarakat yg dahagakan agama terhadap penuntut syariah dan usuluddin melakukan perkara yg salah disisi islam?

“Biarlah !Allah je yg tahu. Orang lain tak tahu.Aku dah jalankan tanggungjawab aku pada masyarakat utk mngajar tentang islam.Aku adalah pejuang agama.”
 (jawab pejuang yg ‘kecundang’)

 Hey manusia yang menggelar dirinya pejuang agama !
Jangan sekali kau panggil diri kau  pejuang agama kalau kau tak amalkan !
Jangan sekali kau panggil diri kau pejuang agama kalau xsebarkan !
Jangan sekali kau panggil diri kau pejuang agama kalau maksiat depan mata kau butakan !
Jangan sekali kau panggil diri kau pejuang agama kalau kau tenang dengan zina !
Jangan sekali kau panggil diri kau pejuang agama kalau kau kata tp kau tak buat !

Jelas dalam kitabullah :-

“Wahai orang-orang yang beriman,mengapa kamu katakana apa yang kamu tidak lakukan?sangat besar kemurkaan disisi Allah jika kamu katakana tetapi kamu tak lakukan.”
(as-saff:2 & 3 )

Hey manusia yang menggelar dirinya pejuang agama !
Kamu hafaz kalamullah yang agung tetapi kau ingkar !!
Kamu hafaz hadith yang mulia tetapi kau biarkan seperti angin lalu !!
Kamu ikuti sirah nabi yg menggamit kasih tetapi kau xpedulikan !!
Kamu pelajari dan mendalami agama islam yg syumul tetapi kau xmenghayati !!
Kamu lantakkan segala yg kau fahami tapi sebenarnya kau tak ‘mengerti’ !!

Hey manusia yg menggelar dirinya pejuang agama !!
Hati-hatilah dengan tingkah dan langkahmu setiap masa !
Manusia xkan berhenti memandangmu,apatah lagi Allah diatas sana !
Kau akan dipersoalkan apa yg kau lakukan dengan ilmu agamamu?
Hey manusia yang menggelar dirinya pejuang agama !!
Jangan jadi fitnah kepada islam !
Jangan kau biarkan jasa Rasulullah dipandang remeh !
Jangan kau  xpedulikan hati nabi yg telah membawamu bahgia hngga skrg dgnbntuanNya !
Jangan kau biarkan nafsumu merampas takhta iman dijiwa !
Kelak panas kau disana !

Kecundangnya pejuang pada pandangan aku adalah apabila seorang pejuang itu lemah dalam langkahnya,songsang dalam jejaknya.ya ! itu pun apabila sudah diingatkan berkali-kali.silap lalu diulang2 semula.seperti baru shja melakukannya.rasa manis setiap kali lakukan salah yg dahulu walaupun pahit telah dicalit di lidah.

Bagaimana ya pejuang itu akan mara kalau hatinya leka? Bagaimana ya pejuang itu akan sampai ke puncak jika kompasnya rosak? Bagaimana ya pejuang itu akan Berjaya jika matlamatnya masih
berlaga-laga? Bagaimana ya pejuang itu akan tetap atas landasan yang benar jika imannya tercalar?bagaimana dan bagaimana?

Manusia disekeliling hanya mampu menasihati dan teruskan menembak doa.Selebihnya, pejuang itu harus memahami, mengerti dan menjiwai segala yg terjadi dan muhasabah diri.setinggi mana sijil atau pengiktirafan yang kita dalam mmperjuangkan  islam,ianya xsame dengan pengiktirafaan yg kita dapat dari Allah.Allah sebaik2 penilai.manusia hanya mnilai luaran kita dan kualiti ilmu kita dari segi amalan kita yg zahir dan xtahu dalamannya ikhlas atau tak.Tetapi Allah Maha Mengetahui.Oleh itu,berjaga2lah dengan pemerhtian dari Allah.Allah tak pernah tidur dan takkan tidur.

Pejuang yg merasakan seperti akan kecundang atau sudah kecundang,bngkitlah melawan nafsu yg indah pada awallnya tapi pahit pd akhirnya.Selagi langit masih diatas,selagi laut masih mengalir,selagi jantung masih berdenyut,selagi nafas boleh dihembus,muhasabahlah dan betullkan langkah.aku tak kata kau tersalah langkah,Cuma aku kata langkah kamu songssang dan bengkok.aku takut kau tak sempat sampai ke puncak bersama bagi menikmati indahnya kehidupan selepas mati yang terlalu diingini manusia pabila redha Allah mengiringi.


Wallahua’lam =)

Saturday 1 June 2013

akan munculkah 'pelangi' ?



Ha !sapetahu? Kami yang sudah bergandak kepada umur  19 tahun.meneruskan perjalanan yang dirasakan semakin sukar.Rasa gembira tak terkata didalam hati kerana jumpa dengan rakan2 lain dan insan yang amat mulia bg kami.Legasi kami ramai dari dulu,tetapi…

Hari-hari yang berlalu semakin suram dan sunyi dan ianya sangat meleset dari sangkaan kami.Sungguh kami tak sangka akan berlaku begitu.pergi sini,lain crita. Pergi sana,lain pulak cerita.bingung! bukan kompius piker yg mana satu nk percaya,tapi  yang  lagi memeningkan adalah  semakin hari cerita makin menjadi2 tentang kami.Bincang punya bincang,terkadang semcam mengumpat pun ade.astaghfirullah.

Mengapa perkara sedemikian harus terjadi? Dari sudut lain kami Nampak kuantitti kami adalah lebih  baik dari tahun sebelumnya.tapi dari sudut lain dari kaca mata insane lain,lain pula yang jadi. Bukan senang nk menjaga hati manusia.manusia ni hati lain2.macam2 yang kena.Sampai satu saat,kami rasa ingin berjumpa salah seorang dari mereka dan menerangkan segalanya.Andai salah dipihak kami,kami mohon maaf.Andai bukan dari kami,kami redha dan minta Allah menutup mulut insane yg menaik2kan cerita dan yang penting mengukuhkan kekuatan kami untukmeneruskan perjuangan.

    Alhamdulillah sessi pembelajaran berjalan lancer kerana tenaga pengajar kami semuanya ceria.tetapi…saat kami melangkah keluar dari bilik kulliah,jiwa rasa tak  tenteram.Rasa malu walau tahu kami dipihak yang benar. Tetapkan melangkah untuk meneruskan perjalanan kehidupan sbgai pelajar islam yg bakal mendukung amanah Allah yang sangat berat.Permudahkan kami Ya Allah..

   Kami makin risau,takut juga kalau2 mmg ada salah dipihak kami.sampai suatu hari,salah seorang dari mereka yg kami sayang itu memanggil  kami untukmenolong.ramai jugak diantara kami yg agakkeliru.samaada mahu pergi atau tidak.kerana memikirkan apa yg kami rasa dan  takut kalau2 mereka terasa dengan kami.tapi,kami cuba delete rasa su’ zunitudan update husnuzun.insyaaAllah.bukan kememerlukan pengorbanan utk satu kebahagiaan? Yup ! kami cuba..

Diam..Tiada  seorang pun antara kami yang bersuara.mungkin rasa bersalah dalam diri.pertemuan itu mmbahagiakan ttpi menakutkan.hehe.seorangdari kami memulakan bicara sewaktu dalam perjalanan ke suatu tempat.6 org didalam kereta.ttpi yg membuka mulut hanya 2 org.mungkin masih ada rasa janggal dan malu. Biarkan waktu yg menentukan. Terus waktu berjalan.Allah.rasa waktu itu terlalu kejam kerana terlalu lama ianya berjalan.

Sesudah sampai,bibir kami mngukir senyuman melihat salah seorang dari insan yg kami sayang kerana Allah tersenyum ke arah kami.ya!mereka yg selama ini kami sayang,apabila terserempak,mereka biasa2 shj.allah maha tahu.terlerai satu kekusutan di jiwa. =) mngkinkah ini ‘pelangi’ selepas hujan? Meneruskan agenda utk membantu salah seorang dari mereka insyaaallah dengan hati yg ikhlas kerana ingiin mmbantu insane yg kami sayang lantas menerangkan kepada mereka bhawa kami ikhlas mnyayangi mereka dan kami mencuba untuk mnghormati  mereka.kami tidak sombong. Itu sahaja.kami tak suruh mereka melutut kepada kami untuk meminta maaf.jauh sekali  semua itu kerana kami sangat sayang akan mereka dan darjat mereka lebih tinggi dari kami.

     Kata2 ini : “ terima kasihlah datang,kamu semualah penyelamat anak bangsa…..tak tau nak cakap ape…   
                           terima kasih la ye…”

Allah ! demi Allah kami cakap..rasa tenang saja dalam hati ni.senyum kami melebar dan terus bt keje dengan riang dan bersemangat.cukup.itu sudah memadai bg kami.percayaakan kami dan terus menembak doa buat kami dunia akhirat.allahumma amen.kami percaya  dengan janji  Allah dan kami bersabar dengan segalanya.insyaaallah dan Alhamdulillah..

Satu lagi kejadian yang terlalu membahagiakan bg kami adalah kata2 dari seorang dari mereka juga : “ha ! mehsini…. jadipengerusi…hehe..korang ni…hahaha..”.
 xperlu dialog pnjang2 bersama kami.cukup dengan senyuman sudah dapat  menarik bibir kami utk turut tersenyum juga.cukup duduk bersama kami dan bergelaktawa, sudah cukup meleraikan kekusutan jiwa kami.cukup dengan bertanya khaba ratau mngenakan kami.itu sudah memadai bg kami.tersangat bahgia duhai insan yang kami cintai. Jika mereka mngenakan kami,kami akan turut terhibur kerana mereka sudi bergurau dengan kami walau darjat mereka lebih tinggi dari kami.Allahurabbi.tenang setenangnya kami tidur malam tu.

Senyum melebar.hati melonjak gembira.hari2 dirasakan seakan dihargai.cukup.itu sudah cukup. Wallahi ! kerana apa benda yg remeh dan kecil itu sudah cukup bg kami? Kami rasa itu sudah memadai kerana mereka masiih bnyak komitmen lain dan mereka sangat mulia bg kami.mereka sangat istimewa bg kami.merak juga adalah lampu yg mnyuluh kehidupan kami.terlalu bnyak yg mereka dah bg pada kami.takkan kami nk minta lebih2 pula.

“ ku sangkakan panas berpanjangan
Rupanya gerimis ditengah hari”

Betul dok kate2 tuh?Hehe..ape2 je lah. Yang penting,gerimis ygmembawak pd hujan yang semakin lama semakin lebat itu telah memunculkan satu ‘pelangi’ yang sangat indah bg kami.ya ! kami basah kuyup dan sejuk.ada juga antara kami yang demam dan selsema kerana hujan itu.tetapi dengan wujudnya ‘pelangi’ itu seperti menghilangkan segala rasa sakit dan terasa  seperti dunia ini kembali ceria seperti dulu,mungkin juga lebih dari sebelum ini.Alhamdulillah.Syukran Ya  Allah =)

Duhai insan2 yang kami sayang,
Jangan raguakan kasih yang tertanam dalam hati kami
Sungguh kami cinta dan sayang kalian
Tak pernah terniat di hati utk melukai kalian

Duhai insan yang kami sayang,
Waktu kami juga terkadang tiada kosong
Mungkin shj tak dpt berdepan dengan kalian
Tetapi ketahuilah kami ingin sekali bersama dengan kalian

Duhai insan yang kami sayang,
Dalam kami sibuk mngejar cita-cita yg mulia
Mungkin tiada masa beramah dengan kalian
Maaf dipinta setinggi2nya dari kami



Duhai insan yang kami sayang,
Mungkin ada silap dan khilaf tanpa kami sedari
Sungguh kami mencuba menebusnya dengan sedaya kami
Bg meraih kembali kepercayaan kalian

Duhai insan yang kami sayang,
Kerana Allah kami sayang dan cinta kalian
Kerana Allah kami lakukan segala demi kalian
Kerana Allah kami mencuba lakukan sehabis baik utk kalian

Duhai insan yang kami sayang
Tiada apa yg dpt mmbalas jasa kalian
Doa dari kami buat kalian agar sejahtera dunia akhirat
Kami panjatkankepada Allah Tuhan sekalian Alam

“KAMI SAYANG KALIAN WALAU APAPUN YANG TERJADI”