Friday 20 December 2013

izinkan aku pergi ~


Selama aku hidup,aku tahu hampir setiap masa aku menyusahkan mereka.Aku kurang beri perhatian dan juga menggembirakan mereka.Hanya dunia yang aku cari.Hanya perhatian mereka yang aku tarik.Tetapi entah kenapa aku rasa tidak puas.Aku berjanji utk mencapai itu dan ini.Tetapi aku rasakan tiada satu pun yang telah dapat aku tunaikan.Mendengar kata?Lagilah jauh sekali.Menyusahkan.menyusahkan dan menyusahkan.Itu sahaja yang aku tahu dan aku lakukan dalam sedar mahupun tidak.

            Kini aku rasakan sukar untuk meminta.Kerana terlampau bnyak kesusahan yang telah aku timpakan.Permintaan ini mungkin agak berat untuk mereka beri keizinan untukku.Aku pun tdk tahu mengapa.Dahulu pernah aku usulkan.Mereka agak berat untuk membenarkan tetapi akhirnya mereka tunaikan.Dugaan pula ditengah perjalanan memburu impian.Bermakna impian ini tergantung dihujung angan-angan yang sudah terpateri dalam hati sejak sekian lama.

            Sekali lagi aku mencuba utk mengusulkannya.Bimbang juga mereka terasa kerana tidak mendengar kata.Susah sangat rasanya untuk mengikut apa yang mereka dah tetapkan.Niat aku pasakkan,bukan untuk menyakiti mereka,jauh sekali untuk menderhaka.Tetapi aku mahu,aku berdikari.Berdiri diatas kaki sendiri.Mencabar diri dengan impian yang aku sendiri idamkan.Melihat dan mengerti aturan Tuhan yang selama ini aku sia-siakan.

            Umurku berganjak 19 tahun.Sedikit masa lagi aku akan berusia 20 tahun.Kurangnya aku dalam mentadabbur alam.Sekurang-kurangnya apabila aku disana aku punyai semangat aku sendiri dan aku kuat kerana aku sendiri yang pilih jalan itu.Ada juga yang kata, “kau terima sjalah.Takut nanti kau tak mampu kat sana.”.Aku tahu aku bukan sebijak rakan-rakan lain dalam berbahasa arab,lagi-lagi nahu dan saraf.Tetapi aku punya cita-cita juga.Setakat ini,segala yang aku rancang semuanya aku tidak mampu capai.Apa salahnya aku rancang kesana dan mencapai impian terakhir aku itu?

             Kehidupan dan kisah Ahmad Ammar semakin hari semakin meresap dalam semangat aku.Aku tahu, aku harus utk bermusafir.Istikharah?Jangan kalian Tanya.Seandainya istikharah jawapannya disini,tidak perlu aku kusutkan minda utk kesana.Kerana itu petunjukNya.Cara belajar disana lain dengan sini.Disini,majority pelajar kejar pointer.Tidak tahu apa yang dipelajari,pejam celik dah nak final exam.Apa yang sudah aku belajar?Kerana terlalu memikirkan tentang impian itu.Aku rasa itu impian terakhir aku.Tiada yang lain.Insyaa allah.


             
     Bukan kerana aku dapat naik flight,bukan kerana nanti aku dapat nikmati empat musim,bukan kerana aku punya sahabat disana,bukan kerana terkenalnya sungai nil dan gahnya university itu,jauh sekali untuk bersama akak aku kerana jenis aku memang tidak suka bersama dengan orang yang ada pertalian darah dengan aku apabila aku di tempat pengajian.semua itu bukan matlamat dan tujuan utama aku.Sudah aku tetapkan dalam hati disaat aku ingin kesana,aku mahu belajar dari ulamak yang terkenal dengan kewarakannya.Aku mahu belajar bahasa arab dengan lebih mendalam bersama orang arab sendiri.Aku mahu mendapatkan ilmu disalah satu university yang melahirkan jutaan ulamak.Aku mahu ilmu dan bukannya pointer.Aku mahu,mahu dan mahu.Terlalu banyak.

Mungkin sifatku yang agak suka bermain-main dan kurang serius dalam hal ini dengan ahli keluarga menyebabkan aku sukar untuk menyatakan keinginan aku yang sebenar.Tetapi dengan sahabat-sahabat yang benar-benar rapat,mereka amat mengenali.Impian aku lebih awal dari akak aku dan sahabat aku.Tetapi,mereka dahulu yang menjejak bumi itu.Aku tidak pernah salahkan Allah atas apa yang berlaku.Kerana ini perancanganNya.Ujian Dia agar aku islah kembali diri aku dan buat aku sedar dengan hakikat yang sebenarnya.Supaya aku menjelaskan lagi matlamat aku yang sebenar dan memperjuangkan impian aku sendiri.Petunjuk.Hanya aku dan Allah sahaja yang tahu.Alhamdulillah.

            Aku pinta,izinkan aku pergi.Ini permintaanku yang terakhir.Hanya kali ini,yang kali terakhir aku menyusahkan.Biarkan aku pergi berkelana dan bermusafir untuk mencari aku yang sebenar disisi Dia.Aku harapkan hanya doa dan keredhaan.Seandainya aku dijemput Allah disana,janganlah bimbang dan dirisaukan.Kalian sudah serahkan aku pada Allah untuk menuntut ilmu agama,kalian wakafkan aku untuk islam,bermakna kalian lebihkan Allah dan Rasul.Berbahagialah kalian dengan rahmatNya dan semoga kalian bersama Rasulullah di syurga Firdaus.Allahumma amen.



             Aku tahu aku tidak sesoleh anak-anak yang lain.Jauh sekali rajin membantu apabila diperlukan.Ditambah pula dengan tidak pernah sudah menyusahkan.Tolong,beri aku peluang kali ini menggapai impian aku untuk menjejak bumi itu bagi mencari ilmu.Aku ikhlas LILLAHI TAALA.Izinkan aku pergi,kerana aku lebih mencintai Allah dan Rasul.


Duhai remaja ~

  Diusia remaja,pelbagai perkara yang perlu  dilakukan dan dielakkan. kita pandai membezakannya ataupun tidak ? Zaman remaja,kita diberi oleh Allah kekuatan atau kudrat ataupun tenaga yang lebih daripada orang yang veteran. Jadi , apa yang perlu kita lakukan ? Apa sumbangan tenaga kita itu ? untuk apa ? disalurkan kepada apa ?  Mari kita fikir sejenak.

   Kata As-Syahid Imam Hassan Al-Banna :

“ Aku rindukan seorang pemuda yang tidak lena tidur malamnya kerana memikirkan tentang ummat”

  Allahu rabbi !  Adakah kita tergolong dalam kalangan orang yang diperkatakan beliau ? Adakah sisa umur kita ini kita gunakan untuk islam ? Sumbang akal fikiran untuk kebangkitan islam ? Atau sepotong doa untuk sesama islam ? Didalam sujud dua pertiga malam , pernah bibir kita menyebut tentang saudara2 seislam kita ? atau kita hanya teringat akan diri kita ? sungguh, kita hanya  pentingkan diri andai hanya ampuan dari Allah kita minta Cuma untuk diri kita.Nauzubillah..



  Sahabat-sahabat remaja yang dimuliakan Allah ,

    Sudahkah kita berbakti untuk islam?Berbicara tentang islam ? Atau kita Cuma berbicara tentang baitul muslim yang luarannya tampak indah bila diijab kabulkan diwaktu muda ?  Gelombang rumahtangga tiada siapa yang dapat  meramal.Tidak salah untuk membicarakan dan membahaskan isu itu, tetapi apalah salahnya jika kita lebih memberatkan isu peranan remaja dalam membina khayra ummah ?

  Kalian masih ingat lagi akan Sehidemiz Ammar ? Kalian ikuti kisah perjalanan seorang pejuang muda itu sepanjang 20 tahun kembaranya dibumi Allah ini ? Andai dibandingkan dengan kita, Siapa yang lebih jasanya pada islam ? Kalian rasai ruh perjuangannya saat mata tertantap pada wajah nan suci penuh semangat juang itu ? Kalian dengar apa yang diperkatakan sahabat2x beliau tentang langkahnya menjejak saudara islam dan bercita-cita syahid ?

Remaja penguat agama ,

   Kematian beliau adalah satu kematian yang hidup.Allah tidak jadikan sesuatu itu sia-sia.Dia ambil semula insan yang Dia sayang kepangkuanNya,sebagai pengajaran dan kesedaran kepada kita.Adakah kita mengambil ibrah dari pemergian Ahmad Ammar ? Atau kita hanya menyatakan kesedihan dengan kehilangannya dari muka bumi ini ? Seterusnya masih goyang kai dan bersenang lenang tanpa ada rasa bersemangat untuk meneruskan perjuangan ahmad ammar ?

 Anak muda dan remaja,fikiran hanya tertumpu pada cinta sesama manusia.Sukarnya untuk mencari anak  muda yang benar-benar mewakafkan diri untuk islam.Ramai yang bisa melaungkan, ‘’Aku mewakafkan diri aku hanya untuk islam” . Tetapi dibelakang,tanpa ada yang dapat meneka,mereka bermain cinta.Nauzubillahi min zalik.Kita punyai rasa cinta,itu fitrah.Apalah kiranya kita salurkan cinta dan rasa itu yang lebih utama pada Allah.

  Zaman ini , zaman akhir zaman dan zaman fitnah berleluasa.Hatta pejuang islam pun, tanpa sedar menjadi agent kepada kehancuran islam.Nauzubillahi minzalik.Gerakan demi gerakan muncul di Malaysia seperti tumbuhnya cendawan selepas hujan.Terlalu banyak.Tetapi, mana muda mudi yang sepatutnya bersama dalam jemaah dan terus berbakti dan berjasa pada islam?Hanya sedikit yang sedar.Selebihnya melayan kehendak dunia yang tidak pernah sudah.

Pepatah Lama China berbunyi  :

“Andai inginkan kebahagiaan satu tahun,semailah benih.Andai inginkan kebahagiaan sepuluh tahun , tanamlah pokok.Andai inginkan kebahagiaan seratus tahun, didiklah manusia.”


Duhai remaja,

  Andai kalian punya adik,bicarakan pada mereka tentang islam dan peranannya.Kupaskan tentang ummah yang semkin parah dan cabarannya.Agar satu hari nanti adik-adik kalian akan bangkit meneruskan perjuangan rasulullah s.a.w.Perjuangan ini bukannya perjuangan yang perlu untuk kita mengangkat senjata.Tetapi perjuangan ini perjuangan yang terlalu mulia dan terlalu mencabar.Perlu ketetapan akidah dan iman,perlu ilmu yang benar-benar mantap dan kebergantungan pada allah yang tidak pernah goyah.Pasakkan kedalam jiwa mereka keyakinan yang teguh pada janji Allah.

Remaja harapan ummah ,

  Aku menulis bukannya kerana aku yang terbaik dan Cuma aku yang sedar akan kepentingan remaja dalam pembangunan khayra ummah.Tetapi kerana aku punya tanggungjawab sebagai seorang muslim untuk saling mengingatkan sesame kita.Aku remaja.Kalian remaja.Mereka remaja.Kita sama-sama remaja.Mungkin kita bisa bersama untuk menjulangkan dan memartabatkan islam.Tiada yang mustahil.Pilihan ditangan kita sendiri.Mahu atau tidak sahaja.

   Usah dibimbang halangan dan cabaran yang bakal mendatang.Tetapi bimbanglah kiranya kita tidak tergolong dalam kalangan orang-orang yang tidak menyumbang untuk islam.Nauzubillah.Yakin pada janji Allah.Tetapkan langkah ini.Insyaa allah Dia akan bantu.Ssekiranya kita kejar akhirat,dunia akan menghampiri kita.Tetapi sekiranya kita kejar dunia,tidak semestinya akhirat kita akan dapat.Ayuh kita maju !

Remaja pembangun khayra ummah ,

   Tinggalkan jauh rasa ingin bercinta sesama manusia,kejar cinta dan redha Allah dahulu.Seandainya hati telah tertaut pada cinta sesama manusia,segeralah untuk bernikah agar tiada maksiat yang berleluasa.Itu lebih baik.Cinta itu indah.Hiaskan ia dengan cara yang halal,bukannya haram.Serahkan pada Allah kerana Dia Maha Tahu.Jangan memburukkan islam dengan tingkah laku kita yang tidak mengikut syariat Tuhan.


  Perjuangan dalam islam bukannya satu perjuangan yang penuh dengan kemewahan dan kesenangan.Jalannya penuh liku dan berduri.Perlu berhati-hati untuk mengharungi.Penuh mehnah dan ujian yang bakal ditempuhi.Herdikan dan lontaran kata-kata kesat bakal dirasai.Tetapi kemanisan beriman mengenepikan segala rasa itu.Yang pahit menjadi manis.Mimpi buruk menjadi mimpi indah.Percayalah ! Bila ? Kita tunggu pada hari dimana tiada siapa yang berkuasa melainkan Dia.


Kata Saidina Ali Karamallahu Wajhah :

“Apabila kamu merasa letih kerana melakukan kebaikan,maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan itu akan terus kekal dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa-dosa,maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan itu akan terus kekal.”

Kita sendiri yang pilih.Pilihlah dengan kaca mata keimanan dan kecintaan yang agung kepada Allah. AKU ! Aku pilih letih dalam perjalanan ini.Meski dunia bakal mengherdik dan mencaci mengatakan aku bodoh dan ketinggalan zaman.Sesungguhnya golongan ghuraba’ itu pada akhir zaman adalah golongan yang sangat beruntung.Tiada yang aku harapkan melainkan cinta dan redha Dia.

    Aku juga punya rasa cinta.Cinta aku pada pejuang agama itu kerana Allah.Selagi dia masih dijalan ini,aku akn terus mencintai dia kerana Allah.Andai hilang cinta dia pada perjuangan ini,maka hilanglah cinta aku pada si dia yang membuang perjuangan mulia Rasulullah.Meski hati menangis,iman kental menguatkan bahawa tiada yang lebih agung dari cinta kepada Allah.Cinta manusia hanya cinta alat.Tetapi cinta Allah adalah cinta matlamat.




Ku taut segala cinta hanya pada Dia meski hati akan merana kerana bakal meninggalkan ‘nya’ yang Cuma manusia seperti aku yang tidak punya apa-apa seandainya dia pergi meninggalkan perjuangan ini.

Sunday 22 September 2013

terasa kosong ~



Adakah aku tidak punya tuhan utk mengisi kekosongan ini?
Adakah aku tidak punya iman yang menghias rasa disanubari?
Adakah aku tidak punya tokoh untuk menjadi qudwah pd diri?
Adakah tuhan,iman dan qudwah aku hanya mendiamkan diri?

Duhai hati,
Mengapa baru sekarang engkau merasa?
Mengapa baru sekarang kau menangis hiba?
Mengapa baru sekarang kau menolak segala dusta?
Mengapa baru sekarang kau mengakui semuanya?

Tatkala sebahagian isi bumi bersedih,
Sebahagian lain pula bercanda penuh kasih,
Tatkala hati disana diuji dengan keimanan yang utuh,
Hati disini dirobek-robek dengan maksiat yg membunuh,

Disaat aku menjejak kaki untuk berlayar jauh kehadapan,
Tika itu aku menoleh kebelakang melihat insan-insan,
Terasa kejamnya aku selama hayatku dikandung badan,
Banyak mana hati-hati insan yang telah tersentuh dengan tuhan?

Pejuanganku selama ini kosong,
Aku insan yang berjiwa pengelelong,
Hanya pandai melaung tetapi sukar untuk menolong,
Penuh dengan kepura-puraan yang dikendong,

Sewajarnya Allah bagi aku rasa,
Rasa kosong yang membuat aku terjaga,
Dari lena yang aku sendiri cipta,
Rangkaian dari gunungan dosa yang menghina,

Kekosongan ini menuntut aku untuk berlari,
Kekosongan ini mengajar aku untuk mencari,
Kekosongan ini mendidik aku untuk mengisi,
Berlari untuk mencari sesuatu untuk mengisi hati.

Kekosongan ini harus diisi dengan yang selayaknya ,
Allahummagh firli  =’(

12:33A.M
13SEPT2013
UniSZA



Friday 28 June 2013

Agamamu mencerminkan pemakaianmu~

-indahnya jika hidup bersyariat-


Jika kita  ingin lihat agama dalam diri seseorang,kita lihat ibadahnya.Jika kita ingin lihat agama dalam diri seseorang,semstinya kita lihat adabnya sesame manusia.Jika kita ingin lihat agama dalam diri seseorang,sudah tentu pemakaiannya menjadi salah satu factor utama yang penting bukan? Pemakaian juga memainkan peranan yang penting bagi seorang pelajar agama.Bagi seorang penuntut ilmu agama.bukan?

Dewasa kini kita tidak dapat membezakan mana satu yang belajar agama dan mana satu yang beraliran professional.Jika dahulu,perubahan sungguh ketara diantara pelajar agama dengan pelajar yang bukan beraliran agama.tetapi sekarang,semuanya berubah sama sekali.Tiada perbezaan langsung dari segi pakaian,bahkan adab! Mana perkara yang ‘istimewa’ yang dituntut dan yang dibelajar di gedung ilmu dahulu?Adakah hanya terukir disijil shaja?

Perbezaan atau ‘aib’ ini lebih tertumpu kepada pelajar ‘akhawat’(perempuan).Pelajar lelaki tidak berapa jelas sangat jika dibandingkan dengan pelajar akhawat.T-Shirt muslimah disarung.labuh betul-betul hingga lutut dan longgar.alhamdulillah menepati syariat.tetapi seluar…ada yang memakai seluar slack yang ketat dibahagian lutut.Tidak salah memakai seluar slack tetapi haruslah menepat isyariat.longgar dan tidak ketat dimana-mana bahagian.

Pakaian berjenama islamik terlalu bnyak seperti  cendawan tumbuh selepas hujan.mana-mana pun boleh kita dapati.tapi sayang,dari segi syariatnya ‘melencong’.tak menepati  syariat langsung.ada jubah yang besar dan longgar tetapi,terlalu sarat dengan labuci.tabarruj namanya.ada jubah yang simple tetapi,ketat dibahagian pinggang.terang-terang tersasar dari syariat tetapkan.Lambakan manusia yang inginkan caraislam.beli pakaian yang berjenama islam tetapi kurang dari segi ilmunya.

“aku sudah menutup aurat.dah pakai tudung dah.salah lagi?tak pakai salah,dah pakai pun salah”

Tudung sudah pakai,Alhamdulillah.tetapi,singkat dibahagian dada.terlalu rajin pula membela unta dibelakang(sanggul tinggi).kerana apa?ingin berubah tetapi tiada ilmu.Bagi pelajar agama yang melakukan hal sedemikian ,innalillahiwainnalillahiroji’un.sudah tahu tapi buat-buat tak tahu.kenapa?tanya iman didada.

Sahabat-sahabatku seislam terutamanya yang bertitle ‘pelajar agama’ ,

Sebagai pelajar yang pernah belajar agama di mana-mana sekolah agama,mereka akan menjadi daya tarikan orang ramai.Kerana pelajar agama belajar sirahnabi.kerana pelajar agama belajar ilmu tafsir.kerana pelajar agama belajar al-quran dan hadis.Mana datangnya semua itu?Dari Allah ianya datang,seterusnya kepada nabi disampaikan dan hadir kepada kita.Tidakkah kalian tahu?Adakah ianya kemuliaan?Ianya kemuliaan jika kita Berjaya melepasinya.Ianya sebagai taklifan(tanggungjawab).

Tolong,aku merayu pada kalian.Sebelum kakimu melangkah keluar,lihatlahpakaianmu dicermin melalui pandangan iman.pandangan akhirat.tanyalah sahabat-sahabat atau ibubapa disekeliling,adakah pakaianku sudah menepati syariat islam?


“Letakkan dunia ditanganmu dan letakkan akhirat dihatimu supaya dunia bisa kalian uruskan dan akhirat dibawa mati”
(imam Al-Ghazali)

“boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu dan boleh jadi kamu benci sesuatu padahal ia amat baik bagimu.sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahui.
(2:216)


Friday 7 June 2013

mengertilah kebisuan mereka~

    
 Diamnya seorang wanita itu tanpa jawapan yang pasti bagi persoalan yang bertemakan cinta dan perasaan,tidakkah kalian mengerti duhai lelaki? perginya mereka jauh dari hidupmu pabila dihamburkan rasa cinta terus kepada diri mereka,tidakkah kalian memahami duhai lelaki? tunduknya mereka tatkala mata kalian menatap sekian lama kearah mereka,tidakkah kalian cuba memikir sejenak mengapa begitu sekali mereka mempelakukan kalian duhai lelaki? Bisunya mereka pabila kalian menghantar pesanan ringkas ingin bertaaruf dengan mereka dengan lebih rapat, tidak timbulkah persoalan demi persoalan dalam diri kalian duhai lelaki?

    Aku,kau,dia,mereka dan sesiapa pun sudah mengagak dan juga sedia maklum.Apabila seorang lelaki ingin menyunting seorang wanita,tentunya inginkan yang solehah bukan?Ingin mendapatkan seseorang yang menyejukkan mata,semestinya pilihan kalian yang solehah bukan?ingin mendapatkan seseorang  yang bisa membantumu dalam perjuangan islam,tentunya yang solehah bukan?ingin mendapatkan seseorang yang boleh mendidik anak-anakmu nanti,juga yang solehah bukan?agar bahgia akan kalian dapat dunia dan akhirat.

   Tindakan mereka itu benar,tepat dan terbaik ! Bagi diri mereka,kalian, dan juga agama islam. Diamnya mereka tidak bermakna tiada rasa cinta yang mekar dihati.Perginya mereka tidak bermaksud tiada cinta yang tertanam dalam diri.Tunduknya mereka tidak bermakna tiada cinta yang berlabuh di sanubari.Bisunya mereka tidak bermaksud tiada cinta yang mengetuk lumrah insani.Tema cinta dan perasaan itu sangat unik untuk dihuraikan.Cuma masanya belum tiba.Cuma waktunya tidak mengizinkan.Cuma keadaan yang kurang meyakinkan.

   Telah kalian rasa seperti disakiti.Hati seperti dihiris-hiris sembilu.pedih.jiwa seperti ditusuk tombak berkali-kali.sakit.mungkin perkataan ‘kejam’ seringkali terlintas dibenak kalian.mungkin juga ‘jual mahal’ yang sering kalian laung-laungkan.Sudah puas kalian menunggu.balasannya hanya kebisuan berpanjangan.tiada langsung kata putus.tiada langsung harapan.yang tinggal hanya penantian yang dirasakan sia-sia.hanya memandang dari jauh untuk meredakan kesakitan yang terlampau.ataupun pandangan sinis yang menggambarkan kegeraman yang teramat sangat.sukarnya mengetuk rasa dihati mereka,bukan?sudah berputus asa??

   Disebabkan tindakan mereka,kalian mula mencari mawar yang lain untuk menyebarkan keharuman dihati kalian yang sudah lama kusam dan gersang.Begitu senang.Tiada langsung duri disekelilingnya.begitu mudah didekati.kalian juga tahu,mawar itu sudah beberapa kali dihirup madunya oleh lebah yang lain.tetapi kalian tetap mendekat.mengapa ya?bukankah kalian kata kalian inginkan yang solehah?tetapi,rasanya yang solehah itu punya duri disekelilingnya.bagi yang berhak dan layak sahaja yang mampu mendekati seterusnya memiliki.

  Kalian kata kalian tidak cukup hebat untuk berada sama taraf dengan wanita yang dahulu? wanita yang kalian cuba dekati itu? kalian kata kalian bukannya soleh untuk mendapatkan mereka yang solehah? kalian kata kalian tak dapat kata putus darinya? Kalian kata jika mereka member kata putus untuk berada didalam hati kalian,kalian akan tunggu ?

  Kalian tahu apa yang terukir dibenak mereka? Kalian tahu apa yang sedang mereka tanggung saat kalian melafazkan kata cinta? Kalian tahu nama siapa yang tertulis dihati mereka? Kalian tahu hatinya menyimpan perasaan kepada siapa? Kalian tahu apa yang mereka doakan dimalam hari? Kalian tahu??

   Mungkin sahaja mereka berdiam,mereka pergi,mereka tunduk dan mereka bisu bagi menyatakan kepada kalian agar berusaha diwaktu yang sesuai.mungkin sahaja mereka tidak mahu kalian tersungkur dibangku persekolahan kerana asyik mengingatkan mereka.mungkin sahaja mereka tidak mahu menjadi perosak kepada iman kalian jika mereka melayan kerenah kalian.mungkin,mungkin dan mungkin.Bukan semua perkara boleh diberitahu secara lisan.mungkin kebisuan itu untuk kalian mengerti dan berfikir.

   Jika begitulah wanita yang kalian cuba untuk mendekati,tahniah dan takziah ! Tahniah kerana kalian sudah dapat memilih yang benar dan terbaik. Tahniah kerana mereka yang kalian pilih itu adalah wanita muslimah yang sejati yang tidak mementingkan diri.Malah mereka memikirkan tentang masa depan.Tentang kalian,tentang islam dan tentang masyarakat yang lain.Takziah kerana anda sudah mendekati mereka dengan cara yang salah.Takziah kerana anda mendekati dan mencuba memiliki bukan pada masa yang sesuai.

   Pesanku pada kalian yang bergelar lelaki,jika kalian ingin mendapatkan yang solehah, tolonglah mengerti mereka yang solehah itu melalui tingkah lakunya.Fikir,fikir dan fikir.Kalian akan dapat jawapan.Tunggulah waktu yang sesuai.Jodoh itu ditangan Allah.

Kata saidatina Aisyah :

“wanita yang baik itu adalah wanita yang tidak memandang dan tidak dipandang”

(hadith)


# Tolong, mengertilah kebisuan mereka…
# couple bukan jalan terbaik


Thursday 6 June 2013

Pejuang yang kecundang ~

                                                  -bkn org dlm gambar tu erk-

Siapakah   pejuang  yg kecundang itu?Jujur aku akan kemukakan kisah seorang pejuang yg bukan calang2 orgnya,yg kecundang.Siapa tahu?Langkahnya sudah sumbang pada awal jejaknya.Punyai cita2 yg tinggi dan agung. Tetapi langkah pejuang itu songsang, yg akan menarik pejuang itu ke lembah yg hina dan terus kecundang.

Pejuang itu bkn calang2 kerana dia adalah seorang pejuang agama.Ilmunya,gred imtihannya. MasyaaAllah.Mungkin dia bukanlah yg terbaik.Tetapi markahnya seringkali dalam golongan yg terbaik.Siapa yg tak mahu bukan?Rupanya,sebaik2 rupa yg telah Allah ciptakan.Subhanallah.Cumanya kecundangnya pejuang itu bukanlah kerana markahnya tiba2 jatuh menjunam.bukan juga kerana dia tak mendapat tempat dimana2 universiti.Tetapi ‘kecundang’nya pejuang itu adalah kerana melanggar batas2 syariat.

Pejuang.Tentunya memperjuangkan sesuatu.Jika seorang pejuang agama,sudah tentu pejuang itu memperjuangkan syariat.Tetapi pejuang ini melakukan sesuatu yg bertentangan dengan syariat.Bagaimana pula dia boleh dipanggil pejuang?Ramai yg memanggil pejuang agama kerna belajar Usuluddin,Syariah dan lain2.Tetapi,apakah reaksi masyarakat yg dahagakan agama terhadap penuntut syariah dan usuluddin melakukan perkara yg salah disisi islam?

“Biarlah !Allah je yg tahu. Orang lain tak tahu.Aku dah jalankan tanggungjawab aku pada masyarakat utk mngajar tentang islam.Aku adalah pejuang agama.”
 (jawab pejuang yg ‘kecundang’)

 Hey manusia yang menggelar dirinya pejuang agama !
Jangan sekali kau panggil diri kau  pejuang agama kalau kau tak amalkan !
Jangan sekali kau panggil diri kau pejuang agama kalau xsebarkan !
Jangan sekali kau panggil diri kau pejuang agama kalau maksiat depan mata kau butakan !
Jangan sekali kau panggil diri kau pejuang agama kalau kau tenang dengan zina !
Jangan sekali kau panggil diri kau pejuang agama kalau kau kata tp kau tak buat !

Jelas dalam kitabullah :-

“Wahai orang-orang yang beriman,mengapa kamu katakana apa yang kamu tidak lakukan?sangat besar kemurkaan disisi Allah jika kamu katakana tetapi kamu tak lakukan.”
(as-saff:2 & 3 )

Hey manusia yang menggelar dirinya pejuang agama !
Kamu hafaz kalamullah yang agung tetapi kau ingkar !!
Kamu hafaz hadith yang mulia tetapi kau biarkan seperti angin lalu !!
Kamu ikuti sirah nabi yg menggamit kasih tetapi kau xpedulikan !!
Kamu pelajari dan mendalami agama islam yg syumul tetapi kau xmenghayati !!
Kamu lantakkan segala yg kau fahami tapi sebenarnya kau tak ‘mengerti’ !!

Hey manusia yg menggelar dirinya pejuang agama !!
Hati-hatilah dengan tingkah dan langkahmu setiap masa !
Manusia xkan berhenti memandangmu,apatah lagi Allah diatas sana !
Kau akan dipersoalkan apa yg kau lakukan dengan ilmu agamamu?
Hey manusia yang menggelar dirinya pejuang agama !!
Jangan jadi fitnah kepada islam !
Jangan kau biarkan jasa Rasulullah dipandang remeh !
Jangan kau  xpedulikan hati nabi yg telah membawamu bahgia hngga skrg dgnbntuanNya !
Jangan kau biarkan nafsumu merampas takhta iman dijiwa !
Kelak panas kau disana !

Kecundangnya pejuang pada pandangan aku adalah apabila seorang pejuang itu lemah dalam langkahnya,songsang dalam jejaknya.ya ! itu pun apabila sudah diingatkan berkali-kali.silap lalu diulang2 semula.seperti baru shja melakukannya.rasa manis setiap kali lakukan salah yg dahulu walaupun pahit telah dicalit di lidah.

Bagaimana ya pejuang itu akan mara kalau hatinya leka? Bagaimana ya pejuang itu akan sampai ke puncak jika kompasnya rosak? Bagaimana ya pejuang itu akan Berjaya jika matlamatnya masih
berlaga-laga? Bagaimana ya pejuang itu akan tetap atas landasan yang benar jika imannya tercalar?bagaimana dan bagaimana?

Manusia disekeliling hanya mampu menasihati dan teruskan menembak doa.Selebihnya, pejuang itu harus memahami, mengerti dan menjiwai segala yg terjadi dan muhasabah diri.setinggi mana sijil atau pengiktirafan yang kita dalam mmperjuangkan  islam,ianya xsame dengan pengiktirafaan yg kita dapat dari Allah.Allah sebaik2 penilai.manusia hanya mnilai luaran kita dan kualiti ilmu kita dari segi amalan kita yg zahir dan xtahu dalamannya ikhlas atau tak.Tetapi Allah Maha Mengetahui.Oleh itu,berjaga2lah dengan pemerhtian dari Allah.Allah tak pernah tidur dan takkan tidur.

Pejuang yg merasakan seperti akan kecundang atau sudah kecundang,bngkitlah melawan nafsu yg indah pada awallnya tapi pahit pd akhirnya.Selagi langit masih diatas,selagi laut masih mengalir,selagi jantung masih berdenyut,selagi nafas boleh dihembus,muhasabahlah dan betullkan langkah.aku tak kata kau tersalah langkah,Cuma aku kata langkah kamu songssang dan bengkok.aku takut kau tak sempat sampai ke puncak bersama bagi menikmati indahnya kehidupan selepas mati yang terlalu diingini manusia pabila redha Allah mengiringi.


Wallahua’lam =)

Saturday 1 June 2013

akan munculkah 'pelangi' ?



Ha !sapetahu? Kami yang sudah bergandak kepada umur  19 tahun.meneruskan perjalanan yang dirasakan semakin sukar.Rasa gembira tak terkata didalam hati kerana jumpa dengan rakan2 lain dan insan yang amat mulia bg kami.Legasi kami ramai dari dulu,tetapi…

Hari-hari yang berlalu semakin suram dan sunyi dan ianya sangat meleset dari sangkaan kami.Sungguh kami tak sangka akan berlaku begitu.pergi sini,lain crita. Pergi sana,lain pulak cerita.bingung! bukan kompius piker yg mana satu nk percaya,tapi  yang  lagi memeningkan adalah  semakin hari cerita makin menjadi2 tentang kami.Bincang punya bincang,terkadang semcam mengumpat pun ade.astaghfirullah.

Mengapa perkara sedemikian harus terjadi? Dari sudut lain kami Nampak kuantitti kami adalah lebih  baik dari tahun sebelumnya.tapi dari sudut lain dari kaca mata insane lain,lain pula yang jadi. Bukan senang nk menjaga hati manusia.manusia ni hati lain2.macam2 yang kena.Sampai satu saat,kami rasa ingin berjumpa salah seorang dari mereka dan menerangkan segalanya.Andai salah dipihak kami,kami mohon maaf.Andai bukan dari kami,kami redha dan minta Allah menutup mulut insane yg menaik2kan cerita dan yang penting mengukuhkan kekuatan kami untukmeneruskan perjuangan.

    Alhamdulillah sessi pembelajaran berjalan lancer kerana tenaga pengajar kami semuanya ceria.tetapi…saat kami melangkah keluar dari bilik kulliah,jiwa rasa tak  tenteram.Rasa malu walau tahu kami dipihak yang benar. Tetapkan melangkah untuk meneruskan perjalanan kehidupan sbgai pelajar islam yg bakal mendukung amanah Allah yang sangat berat.Permudahkan kami Ya Allah..

   Kami makin risau,takut juga kalau2 mmg ada salah dipihak kami.sampai suatu hari,salah seorang dari mereka yg kami sayang itu memanggil  kami untukmenolong.ramai jugak diantara kami yg agakkeliru.samaada mahu pergi atau tidak.kerana memikirkan apa yg kami rasa dan  takut kalau2 mereka terasa dengan kami.tapi,kami cuba delete rasa su’ zunitudan update husnuzun.insyaaAllah.bukan kememerlukan pengorbanan utk satu kebahagiaan? Yup ! kami cuba..

Diam..Tiada  seorang pun antara kami yang bersuara.mungkin rasa bersalah dalam diri.pertemuan itu mmbahagiakan ttpi menakutkan.hehe.seorangdari kami memulakan bicara sewaktu dalam perjalanan ke suatu tempat.6 org didalam kereta.ttpi yg membuka mulut hanya 2 org.mungkin masih ada rasa janggal dan malu. Biarkan waktu yg menentukan. Terus waktu berjalan.Allah.rasa waktu itu terlalu kejam kerana terlalu lama ianya berjalan.

Sesudah sampai,bibir kami mngukir senyuman melihat salah seorang dari insan yg kami sayang kerana Allah tersenyum ke arah kami.ya!mereka yg selama ini kami sayang,apabila terserempak,mereka biasa2 shj.allah maha tahu.terlerai satu kekusutan di jiwa. =) mngkinkah ini ‘pelangi’ selepas hujan? Meneruskan agenda utk membantu salah seorang dari mereka insyaaallah dengan hati yg ikhlas kerana ingiin mmbantu insane yg kami sayang lantas menerangkan kepada mereka bhawa kami ikhlas mnyayangi mereka dan kami mencuba untuk mnghormati  mereka.kami tidak sombong. Itu sahaja.kami tak suruh mereka melutut kepada kami untuk meminta maaf.jauh sekali  semua itu kerana kami sangat sayang akan mereka dan darjat mereka lebih tinggi dari kami.

     Kata2 ini : “ terima kasihlah datang,kamu semualah penyelamat anak bangsa…..tak tau nak cakap ape…   
                           terima kasih la ye…”

Allah ! demi Allah kami cakap..rasa tenang saja dalam hati ni.senyum kami melebar dan terus bt keje dengan riang dan bersemangat.cukup.itu sudah memadai bg kami.percayaakan kami dan terus menembak doa buat kami dunia akhirat.allahumma amen.kami percaya  dengan janji  Allah dan kami bersabar dengan segalanya.insyaaallah dan Alhamdulillah..

Satu lagi kejadian yang terlalu membahagiakan bg kami adalah kata2 dari seorang dari mereka juga : “ha ! mehsini…. jadipengerusi…hehe..korang ni…hahaha..”.
 xperlu dialog pnjang2 bersama kami.cukup dengan senyuman sudah dapat  menarik bibir kami utk turut tersenyum juga.cukup duduk bersama kami dan bergelaktawa, sudah cukup meleraikan kekusutan jiwa kami.cukup dengan bertanya khaba ratau mngenakan kami.itu sudah memadai bg kami.tersangat bahgia duhai insan yang kami cintai. Jika mereka mngenakan kami,kami akan turut terhibur kerana mereka sudi bergurau dengan kami walau darjat mereka lebih tinggi dari kami.Allahurabbi.tenang setenangnya kami tidur malam tu.

Senyum melebar.hati melonjak gembira.hari2 dirasakan seakan dihargai.cukup.itu sudah cukup. Wallahi ! kerana apa benda yg remeh dan kecil itu sudah cukup bg kami? Kami rasa itu sudah memadai kerana mereka masiih bnyak komitmen lain dan mereka sangat mulia bg kami.mereka sangat istimewa bg kami.merak juga adalah lampu yg mnyuluh kehidupan kami.terlalu bnyak yg mereka dah bg pada kami.takkan kami nk minta lebih2 pula.

“ ku sangkakan panas berpanjangan
Rupanya gerimis ditengah hari”

Betul dok kate2 tuh?Hehe..ape2 je lah. Yang penting,gerimis ygmembawak pd hujan yang semakin lama semakin lebat itu telah memunculkan satu ‘pelangi’ yang sangat indah bg kami.ya ! kami basah kuyup dan sejuk.ada juga antara kami yang demam dan selsema kerana hujan itu.tetapi dengan wujudnya ‘pelangi’ itu seperti menghilangkan segala rasa sakit dan terasa  seperti dunia ini kembali ceria seperti dulu,mungkin juga lebih dari sebelum ini.Alhamdulillah.Syukran Ya  Allah =)

Duhai insan2 yang kami sayang,
Jangan raguakan kasih yang tertanam dalam hati kami
Sungguh kami cinta dan sayang kalian
Tak pernah terniat di hati utk melukai kalian

Duhai insan yang kami sayang,
Waktu kami juga terkadang tiada kosong
Mungkin shj tak dpt berdepan dengan kalian
Tetapi ketahuilah kami ingin sekali bersama dengan kalian

Duhai insan yang kami sayang,
Dalam kami sibuk mngejar cita-cita yg mulia
Mungkin tiada masa beramah dengan kalian
Maaf dipinta setinggi2nya dari kami



Duhai insan yang kami sayang,
Mungkin ada silap dan khilaf tanpa kami sedari
Sungguh kami mencuba menebusnya dengan sedaya kami
Bg meraih kembali kepercayaan kalian

Duhai insan yang kami sayang,
Kerana Allah kami sayang dan cinta kalian
Kerana Allah kami lakukan segala demi kalian
Kerana Allah kami mencuba lakukan sehabis baik utk kalian

Duhai insan yang kami sayang
Tiada apa yg dpt mmbalas jasa kalian
Doa dari kami buat kalian agar sejahtera dunia akhirat
Kami panjatkankepada Allah Tuhan sekalian Alam

“KAMI SAYANG KALIAN WALAU APAPUN YANG TERJADI”





Friday 10 May 2013

Penambah ceria atau penyebab duka?




   
 Dahulu sewaktu aku disekolah menengah,seringkali aku menceriakan suasana.Teringat sewaktu tingkatan Empat.Aku yang dianggap hyper active di asrama aspuri.Selalu mengacau senior2  tgkatan 5 dibilik seusai waktu prep.Aku pun tak tahu kenapa aku rapat dengan senior.Oh ! Mungkin sbb akk aku pun tgkatan 5.Tteapi akak aku tak tinggal diasrama.Hampir setiap malam aku mengusik akk2 di bilik G.Mereka tengah study pun aku dating buat lawak yang sangat lah poyosss.Tapi mereka melayan je.best kan?
   
    Aku suka bila tengok orang lain suka.Lagi2 akk2.betul x?sebab mane ramai yang rapat dengan senior dan siap boleh berguarau2 lagi.gelak sakan aku tiap2 malam.dalam pukul 12 baru aku masuk bilik.itupun borak lagi dengan kawan2 dalam bilik.Aku perasan akn sikapku yang selalu suka buat lawak yang entah apa2.tapi ade je orang gelak.entah diorang nk jage perasaan aku kot.haha.husnu zun je beb.sape tak suka tengok orang keliling ceria,bukan? Aku bahgia bile mereka ketawa. Itu sewaktu aku tgkatan 4.
  
    Tahun seterusnya aku menjangkau usia 17 tahun iaitu SENIOR ! YEAH ! oh xsenior sangat sebab tahun kami ada tingkatan 6.Sungguh! Jujur aku kata,aku tak suka.haha.jahat tak? Yelah.baru ingat nk jadi senior,dan2 ade plak yg lebih besar..adeeii..Aku masih teruskan lawak aku yang tak berapa lawak tuh dengan kawan2 aku dan adik2 je.itupun sape yg rapat dgn aku.org okey dengan aku.aku ok je.hehe.senang je kan?tapi aku tak suke orang pijak kepala.sape suke?sakit lah kan kalau pijak?hahah..Geng akak2 yang aku kacau mse aku form4 dah xde.depa sume masuk U.Wah rupanya aku kawan dengan akak2 yg bijak lah yerk ! ahha..actually aku rapat dengan akak2 kelas sains.
   
   Awal2 tahun boleh lah seronok.alik2 jadi EXCO.Alamakkk !! xpernah sangke aku jadi exco beb. pperrrgghh!! Mmg kecut perut.sejuk tangan.xpercaya?tanya penolong ketua asrama.mmg tak tau nk ckp ape.bile dah kene lantik,agak2 lah kan nk bt hal.nk buat bising.itu ini xboleh.ahaha.mule2 je.pastu laam2 jadi mcm dulu gak.gelak sakan dengan kawan2.tapi langgar undang2 k.kire ni mcm exco sporting lah ni kan?hahha…pon boleh..kire macam slalu gelak dan happy2 dengan kawan2.suke bile kawan2 suka dan gelak.rase bahgia je bile gelak sama2.tapi,itu semua dulu.
  
    Kini aku terbayang semuanya.Ada ketika aku senyum sorang2.ada ketika airmata aku mengalir.entah kenapa pun aku tak tau.rindu?smemangnya aku rindu saat itu.tapi,ada yg lebih penting dari rasa rindu tu.Aku cuba piker,sewatu aku punya masa 5 tahun bersama rakan2 disekolah menengah.pernah tak satu ketika aku mengingatkan mereka pada Allah?pernah tak satu saat aku ingatkan pada mereka tentang akhirat?pernah tak aku tegur mereka jika mereka lakukan kesalahan?pernah tak aku bimbing mereka jika mereka tergelincir?pernah tak aku hulurkan tangan aku disaat mereka tersungkur menyembah bumi?atau tangan  aku setia didalam poket sendiri lalu mneruskan langkah perjalanan yg tak pasti?atau aku terus menghayun tanganku tanpa berpaling kebelakang melihat mereka kembali samaada mereka bersama aku atau tidak?ataupun aku yg tersimpang jauh?Allah.


Sabda Nabi Muhamad S.a.w : “siapa yg ingin tahu kedudukannnya disisi Allah,hendaklah dia mengamati kedudukan Allah dalam dirinya.Sesungguhnya Allah itu menempatkan hambaNya dalam kedudukan sebagaimana ia menempatkan Allah dalam dirinya”
(riwayat Al-Hakim)

    Kini aku kembali merenung kisah silam.melihat dan mengimbau juga mengira2.apakah sumbangan aku utk islam?penambah ceria kehidupan?? Adakah itu berbaloi?apabila aku menambah ceria mereka dan bibir mereka mngukir senyuman,adakah itu bahgia yg muslim itu patut cari?tidak terganggukah waktu pelajaran mereka?tidak tersinggungkah mereka dengan lawak2 bodoh ku?tidak lalailah hati mereka tatkala aku melontar kata jenaka?mungkinkah lawakku berunsurkan fitnah juga ghibah?adakah lawakku selama ini menambbah dosa mereka?aarrgghh!! kini aku mnyesal.mngapa aku tak gunakan waktu itu untuk aku mngajak mendekatkan diri pada Allah??!!
   
   Atau saat itu hati aku langsung kosong??kerna  saat itu aku mencari bahgia mngikut nafsu yg mmbuat aku dan mereka ketawa bersama yg hanya seketika.ya ! Cuma sementara yg aku rasakan xmenambah pahala langsung ! mungkin saat itu sesetengah dari mereka yg berduka, hadirnya aku penambah ceria yg mngukirkan rasa dijiwa.alhamdulillah jika itu yg dipandang Allah sbg taggungjawab muslim keatas muslim utk mmbahagiakan muslim yg lain.tapi adakah semua mereka begitu?aku tertanya lagi!! Allah !

“hati2lah kalau lidahmu memukul dan menjerut lehermu sendiri”
(pepatah arab)

 Aku takut aku menjadi  penyebab duka diakhirat sna.dan bila ditanya,bila?rupa2nya  sewaktu aku dan mereka bergelak tawa.mana mungkin?? Siapa tahu mereka lalai dari mngingati Allah saat aku melontar bicara jenaka?siapa tahu mereka hilang pertimbangan selepas bersama aku disetiap malam itu?siapa tahu?Hanya Allah yg tahu.Aku manusia aku tidak boleh membaca hati mereka.aku manusia aku ada tanggungjawab bersama.

    Sewaktu ingin berlawak jenaka,lihatlah manusia2 disekeliling.tanya khabar mereka dan hormati masa mereka.aku jarang melakukannya dahulu.yg aku tahu aku hnya ingin berseronok.salah ke?yup ! mmg salah ! masanya tak sesuai.kalu kita ingin orang lain bahagia,bukan dengan hanya terukirnya senyuman diwajah mereka.tetapi kita perlu salami hati mereka.mngerti masa mereka.dan hormati mereka.ada bnyk cara yg boeh dilakukn utk mmbahagiakan mnusia.setiap mnusia,lain caranya.berhati2lah untuk membahagiakan org kerana mngkin cara kita xkena.



“Andai inginkan kebahagiaan 1tahun,semailah benih.
Andai inginkan kebahagiaan 10 tahun,tanamlah pokok.
Andai inginkan kebahagiaan 100 tahun,didiklah manusia.”
(pepatah kaum cina)

 wallahu a'lam =)
  

Thursday 25 April 2013

Bila dah Remaje !

Bismillah..



   Straight to da point adalah tengtang chenta.memnag aku suka tulis tentang chenta.hahahhaa...best ape.kahkahkah.semua orang suka kan tajuk chenta.ia akan merubah segala-galanya.kehkehkeh.amek kaw !Bila sedang bercinta,semuanya indah dan damai.kentut pun wangi.ayyarrkk!! pelik betullah.cinta itu buat.kuangkuangkuang.betul ke?ke orang yg bercinta tu yg buta..huhu..betullah tu.mmg da buta.huahuaha..dah2.jangan marah.guraa je..ni geram sebenarnye.dah tulis bnyak dah td.terdete plak.adeeii..sakit hati betul..ok2x..teruskan dengan apa yg aku nak katekan.percintaan 'suci'bg pasangan dua sejoli.seperti belangkas.pegi mana2 berdua.pegang tangan.bergamba sket2 berdua.rapat2 plak tu.wah ! sucinya !! haha..kan dah kene.ape?xkene?urm..ade prasaan tak tu yg xterkena?hehehe..

   Itu bila dialam percintaan.bak kataorang,tengah belayar,baru kat tepian.mane ade ombak lagi.angin sepoi-sepoi bahase yg cukup mendamaikan.haha.tunggulah tengah lautan tu nanti.tergoyang ke tidak.haha.perhubungan yang tidak sah disisi agama,bukan sikit cabaran nye.bertimpa2 tau tak?sudah jatuh ditimpa tangga.jatuh tangge ditimpa rumah pulak.hehe(ade ke gitu?) gasak lah.haha..itu bila bahagia menjelma.kau ibarat bunga.kau umpama bintang.gred bape sastera korang?haha.bila dah putus ataupun clash.habis semua yg dahulunya wangi(kentut contohnya) semua jadi busuk.semua yg indah(indah laaa sgttt) semua jadi buruk.habis disumpah seranah sane sini.kutuk sana sini.adeeii.geram ! penuh kat wall fb.aku benci dia.aku kaciwa.haha.spe suh mula?haha.tapi ade satu lg plak yg jenis baguih.positif beb.xpelah.

xpelah.bukan jodoh aku dgn kau gamaknye.hahahha.xpelah.allah maha mngetahui.huhu.ya allah ! kuatkan aku utk harungi segala ini.trima kasih kerana mnyedarkan aku yg dia xbaik buatku.adeeii..tepuk sket dahi beb.eh ! silap! tepuk dada tanya iman lah,kawan.Alhamdulillah ingat Allah.sayu hati membaca status mereka2..hik3x..baguslah kalau dah sedar.

kata-kata yang sungguh indah dan mendamaikan hati.cewah !  Tapi,jangan waktu clash tu je baru nak bersabar.baru nak bersyukur kat ALLAH c0z tunjukkan keburukan si dia untuk mengubah diri.eerrkk!! macam pelik je.ok ! terserah ! memang semua tu betul.Dia datangkan seseorang yg salah,untuk mnguji kita.samaada kita lebihkan NAFSU ataupun kita lebihkan IMAN kita.check skarang !!! haha..Kalau dah sedar,itu bagus.tetapi,jangan pula tersungkur utk kali kedua dan seterusnya ok? hehe..terbaik(nada booyboi)haha..

  Kawan-kawan,
Tau tak sebab apa boleh jatuh chenta?haha.pandangan ! sebab itu Allah suruh tundukkan pandangan.Bukan Ulama' suruh.Bukan Ustaz Ustazah yg suruh.bukan kawan-kawan yg suruh.tapi Allah yg suruh.tak percaya? jom check sesama..


  Bagi lelaki:-

   "katakanlah kepada lelaki yang beriman,agar mereka menjaga pandangannya,dan memelihara kemaluannya,yang demikian itu lebih suci bagi mereka.Sungguh Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat"(An-nur:30)

  ha ! Dah ade bukti dah kan.Lepas ni mata jangan meliar ye wahai lelaki.Kalian seorang yg BERIMAN jika kalian MENJAGA dan MEMELIHARA pandangan kalian dari perkara yg haram dan maksiat.terbaik lah ! Aman dunia kalau semua lelaki macam ni.hehe..ameen..ape?perempuan boleh pandang?haha..sabar lah.nak crita kt pompuan la pula ni.Allah kan adil.Dua2 diberi peringatan.Dua2 diberi jalan.Dua2 diberi ganjaran(itu pun kalau ikut apa yg Allah suruh dengan ikhlas) haha..okey? bagus !

  Ha! wahai perempuan,amboi sakan gelakkan lelaki ye?ingat perempuan boleh meliar ke mata? no no okey ! haha..Ade pesanan khas jugak buat perempuan tau x? meh kite nengok,bace dan hayati.ops ! amalkan sekali lah yerk !

  "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman,agar mereka menjaga pandangan,dan memelihara kemaluannya,dan janganlah menampakkan perhiasannya(auratnya),kecuali yang (biasa) terlihat.Dan hendaklah mereka menutup kain kerudung ke dadanya  dan janganlah menampakkan perhiasannya(auratnya),kecuali kepada suami mereka,atau ayah mereka...."(An-Nur:31)


  Maaflah sebenarnya panjang lagi.tapi,xde mase nak taip.hehe.ngantok doh.sket je lg okey? Faham dah?Orang kata ape? 'dari mata turun ke hati'.haha.betullah tu.kalau xjage mata or pandangan,ia kan turun ke hati.Jika hati itu suci,xpe lagi.boleh basuh dengan clorox cap IMAN.tapi kalau hati itu kotor?nak basuh dengan apa?takut plak clorox yg diguna tu cap Nafsu.habeslah.kita kan manusia.kita tak tau hati kita ditahap apa.iman manusia pula adakalanya naik dan adakalanya menurun,jan?sow,apa2 hal..kenelah jage perkata terpenting.iaitu pandangan.yup ! itu yg penting.
xpercaya?Ni ! Rasulullah pun ade bgtau.

"pandangan mata adalah panahan dari panahan syaitan.sesiapa yang menjaga pandangannya,Allah akan mencampakkan ke dalam hatinya kemanisan iman yang akan dimiliki sehingga hari bertemu denganNya"(Hadis Riwayat Muslim)

WAh ! Dah kene panah la beb.sakit?Sakit itu akan terasa bila ada rasa iman dalam jiwa tau?haha..contohnya,bila dah tangkap lentok dengan chenta.semuanya indah.menjalin hubungan berlainan jantina.wah.xsakit beb.just kene 'suntik' pil khayal.haha..indah.cantik.best.semua adaaaa..haha..betul x?tapi bila hati disapa iman,Allah ! sakitnye xterperi.begitu ianya menanahkan hati.rsa nak pecah-pecahkan je nanah tu bukan?haha.xyah pecahkan.sapu ubat,sabar.ingat ! jangan sapu dengan minyak afiat.bukan makin baik.makin teruk adalah.sapu dengan gamat(yeke?)apa-apalah.asalkan dengan ubat yg sepatutnya.

Dalam proses baik pulih,memang sakit.tapi hati kene kuat.jiwa kene tabah.Sakit utk baik sementara dan berbaloi daripada sakit yg mencampakkan kita ke neraka.haha.faham ke tidak?sastera tahap everest tuh.hahaha..ape-apelah.haha..maknenya,berubah kepada kebaikan tu,mmg susah sket.tapi ianya berbaloi.semuanya indah jika ia bersulam rasa cnta pada Allah.

    ok!Kalau mata jaga,tapi aurat tak jage,xjadi jugak.sebab tu Allah ade pesan kat perempuan.dengor ye pompuan.ops ! bace dan teliti ye pompuan.Jangan menampakkan aurat.sebenarnya,bila dah kitakan perempuan,automatik ianya aurat.lelaki akan attract terus kat perempuan ni. seriously ! mana -mana kita pergi kene hati2.Dengan pakaian,dengan pandangan.semuanya tau.Sebab wanita itu sendiri adalah aurat.suaranya lagilah.jangan lembut sangat , jangan kuat sangat(nakmenjage lah katekan)..haha.agak-agaklah beb.Bersederhanalah.ok?

  Jangan takut untuk berubah, dan jangan lah sesekali berubah kerna manusia.takut ianya hanya sementara.tapi,jika kita berubah kerana Allah,insyaa Allah Dia akan guide kita,kay?nak berubah pun kene ade ilmu tau.alamak ! susahnye..eh2! sabarlah dulu.adoi..cepat sangat susahnya.xsusah manelah.senang macam makan kacang je..kunyah je..haha.carilah kawan yg boleh membimbing  kita.xde?tulah suruh cari/sebab,bila kita lemah,ada yg tolong support.kan best?hehe..then,serahkan semunya kepada Allah.Tawakkal kepada Allah.

"serahkan dirimu sepenuh hati kepadaNya.dengan itu Allah akan memberi kekuatan sebagai kelemahan,memberi keamanan sebagai ganti dari ketakutan dan memberi kecukupan sebagai ganti dari kemiskinan"(prof Dr.Yusof Al-Qardhawi)

  Jangan kata tak sampai seru tau kawan! Seruan Allah tu tiap-tiap mase ade.cuma kita je xsedar.pandang keliling kita dengan mata hati.bukan dengan pandangan mata kasar.dari kaca mata seorang hamba yang sentiasa mengharapkan ampunan dan rahmatNya.Bukan dari kaca mata hitam Nafsu yang penuh noda yang membawa dosa.kita bijak jika kita pandang dengan Iman.

   Semoga Bermanfaat ! Couple dengan Allah dan Rasul je ye. Kalau dah suke,nikah je terus.haha..itupun kalau mampu lah.kalau xmampu,puase yerk.Al-maklumlah,bila dah meningkat remaja,ade je yg menarik kearah bende-bende macam ni.Yang penting kita pandai kawal.Kalau hati dah berkenan,doalah pada Allah.Minta Allah tunjukkan jalan dan bimbing diri.Agar xterikut2 trend sekarang yg membawa ke jjurang binasa.xsalah kalau suka.Cinta dan Suka itu Fitrah.Cuma terserah pada kita bagaimana nak salurkannya..



Wahai teman,
jika hati meronta ingin kasih manusia..
itu bermakna kurangnya kasih pada Yang Esa..
jika mata menangis kerana hati xdengar pada bisikan syaitan..
itu bermakna mata itu mulia kerana patuh arahan Tuhan..

Jika kau dikatakan ketinggalan zaman kerana xpunyai kekasih hati..
jika kau dicemuh kerana sudah berubah kepada kebaikan dr jahili..
jika kau dikeji kerana sombong terhadap kata2 manis sang lelaki...
sebenarnya kau meletakkan Allah dihati yg tiada ganti..

"ANDAI NAFSU DAPAT KAU TAHAN,
    TANGISANMU HANYA KERANA TUHAN"

wallahu a'lam =)