Sunday 7 April 2013

SOROTI KISAH TERDAHULU YANG MENDAHULUI :-

Duhai manusia yang menggelar dirinya pejuaang agama !




Selamilah UMAR AL-KHATAB seorang yang berani dan gagah.Tatkala sahabat yang memeluk islam sewaktu hijrah pergi ke madinah sembunyi-sembunyi.takut.Umar turun ke kaabah.tawaf 7x dan solat 2rakaat.dan bertnya pd kafir quraisy yg berkelompok2 ” Hey ! siapa yang nak si teri jadi janda?siapa yang na jd anak yatim?ni umar.sudah islam.xperlu bersembunyi” smbil mnunjukkan pedang.kerna yakin dgn kebenaran islam!

seperti didalam firman Allah dlm surah ali-imran ayat 139:

139. Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa Yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang Yang tertinggi (mengatasi musuh Dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang Yang (sungguh-sungguh) beriman.

contohilah kesetiaan yang mulia seperti Anas bin Malik , mendampingi rasulullah kerana akhlak baginda yang sungguh indah.sudah menipis kewujudannya diakhir zaman ini.”sekian lama aku mngikuti rasulullah s.a.w, xpernah beliau berkata kasar.kerna itu anas setia.sebarkan akhlak seperti baginda."aku diutuskan utk mnyempurnakan akhlak y mulia (hadith)

jadilah berani dan Kritis seperti Salman al-Farisi di madinah sewaktu perang khandak.dia mngusulkan kpd nabi supaya buat parit seperti di parsi dan rasul menerima.Mahu atau x yg mnerima pandangan anak muda? Berbeda dgn Rasulullah yg mendengar pandangan anak muda.Usul yang masuk akal,apa salahnya menerima?hnya kerna mereka muda,dan dipikirkan mereka tiada pengalaman?lontarkan pandanganmu dengan berhemah duhai anak muda.

daripada Abi Hurairah r.a:rasulullah bersabda : mukmin yang sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya"(riwayat ahmad)

hayatilah erti Tabah dan sabar seperti Abu Hurairah.sedang perutnya lapar,xpernah bercakap dan mngadu.Ketika umar lalu,Abu Hurairah mnduga “hey umar.na gi mne?”.smbil didalam hati mngharap umar bertnya sudah makan belum?.namun umar membalas,”mau balik.makan”.Abu bakar pula,ditanya lagi “kemana Abu Bakar?”.”na balik makan”.jawapan yang sama.tetapi xpernah Abu Hurairah menagih simpati.hnya diam.dalam keadaan lapar,tetap dipertahankan harga dirinya.bukankah itu sulit?sehinggakan Rasulullah lalu, “Ya Rasulullah,mau kemana?balik ya?”.nabi balas, “ ya.sudah makan belum?”.bijak x rasulullah?prihatin xrasulullah?Dia tahu apa yang dia mahu.cuba selami hati insan sekeliling.kau akan ketahui rahsia diakhirnya.

"iman yang sempurna itu adalah menyucikan hati daripada sifat keji dan dan menanamkan sifat dalam hati segala sifat terpuji" (imam al-ghazali)


jejaklah langkah Ali bin abi talib,seorang pemuda.ketika malam hijrah,orang quraisy mengepung diluar rumah bginda.berkata kpd ali.”Ali,engkau hendaklah tidur ditempatku.menggantikan posisiku.”apa risikonya? Bukan kah mati?ali berkata “aku siap”.Ali sanggup gantikan tmpt bginda.mngapa? jiwa muda yang sanggup apa shj kerana nabi !apa yg tertarik kpd rasulullah?smpai siap mati? sumanya adalah kerna satu.baginda cakap dan baginda buat.pabila berkata,bginda buat.”jadilah engkau orang pemaaf”.bginda seorang pemaaf bukan?

seperti surah as-saff ayat 2 dan 3 :

2. Wahai orang-orang Yang beriman! mengapa kamu memperkatakan apa Yang kamu tidak melakukannya!
3. Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu Yang kamu tidak melakukannya.

Ketika Rasulullah berhijrah bersama harith bin zaid,dilempar batu sehingga berdarah tumit kaki baginda.Gigi harith bin zaid pun habis.Malaikit Jibril bertanya kepada Muhamad “Muhamad ! Bgtau aku.Jabal Uhud aku angkat dan timpakan atas mereka yang telah menyakitimu.” Kalau rasul mau,bisa shj disuruh Jibril angkat dan timpakan atas mereka.Ttapi tidak ! kenapa? Kalau orang ini diazab lalu mati,siapa yang memeluk islam lagi?mungkin dia xberiman kpdku kerna dia belum tahu.ttpi harapan pd anak cucunya nanti”. “ALLAHUMMA YAHDI QAUMI FAINNAHU LA YA’LAMUN !” kerna mereka xtahu.kita mudah sj balas dendam.jelas sudah akhlak baginda sungguh luar biasa.

daripada Abi Umamah r.a berkata:"rasulullah telah bersabda:sesungguhnya Allah takkan menerima mana-mana amalan kecuali amalan yang ikhlas dilakukan semata-mata mencari keredhaan-Nya"(Abu Daud &Nasaie)

QUDWAH QABLA DA'WAH !
sememangnya lebih berkesan dan terkesan !
Mustahil bayang-bayang akan lurus kalau kayunya bengkok.
Begitu juga buat pejuang !

"kita jarang contohi pemimpin seperti Mahatma Gandhi.begitu rendah diri.Jika naik keretapi,jarang naik kelas pertama,tetapi memilih kelas ketiga.Rakyat hairan dan bertanya : " Mengapa Tuan beli tiket kelas ketiga?Beliau menjawab: Kerana tiada tiket kelas keempat!" (HAMKA)

"aku merendahkan diriku pada ulama', mereka pun memuliakan aku.Seseorang tak akan dimuliakan jika dia tak merendahkan dirinya"(imam syafie)

*rendahkan dirimu,tinggikan maruahmu !

No comments:

Post a Comment