Sunday 18 December 2011

berkata baik mahupun diam shj..

bismillah...

assalamualaikum...
alhamdulillah.dpt juga ana teruskan mnulis lps exam.ssungguhnya kita sbg manusia xdpt lari dari ujian.ia mengajar kita erti khidpan.ok!tajuk untuk ary ni buknnya tntg imtihan..but,tntg..berckp baik ataupun diam.

  ada hadis nabi yg mngatakan lebih baik kita mngatakan perkara yang baik atauoun diam shj.kenapa?cuba kita fikir effectnya..kalau kita ckp perkara yang buru,apa kita dapat?sah2la dosakan?

example 1:tngok tv n nmpak org xtutup aurat.
says:hey!pesallah dy ni xttp aurat.xreti2 lg ke?hey..bnyok nye lah dose dy..xmalu..bukak  
        itu..tayang ini....suke sgt dedahkan...
bg org y bkte:tngok dah dpt 2 dose.mngutuk dpt 1dose.sow,bpe dose?

fikir2kan ya.drpd mngata org yang x tutup aurat uh,lbey bek ckp ny...

must say:astaghfirullah!(smbil berplg)..moga2 dbukakan pintu hati dan dpt hdyah..amin ya 
               allah...

ape y dpt?pahale ucap astghfirullah..phale berpaling dr mksiat.phale mndoakan yang bek.ha!kan lg bgus dar ngutuk x pasal2..

peringatan untuk diri sendiri n sahabat2 yg len.n,klau dengar or 6pak org ckp cam yg 1st td,katakanlah padanya....moga2 kita dpt phale gak.iaitu phala mngajak org pd kebaikan..islam ini sungguh indah...jika kita selitkan segala yang kita lakukan dengan niat untk allah,insyaallah dpat phale..

  yg 6pak ssh adlah manusia itu sendiri.knape?c0z dy yang mnyusahkan.ana akan ceritakn kat post lain yea..ana rasa ny post yg plg singkat.tp xperk..moga2 dapat manfaat..insyaallah...wallahu a'lam....

Friday 28 October 2011

hikmah tersembunyi~

assalamualaikum...

  hari ini tiada apa sangat untuk dicoretkan.hnya luahan hati untuk hati yang mencari iktibar..insyaAllah..baru2 ny.mcm2 cubaan yang terjd.an apun kadang2 terputus harapan juga.nasib baik allah titipkan seorang insan yang bergelar shabat yang mnjadi 'plaster' kepada hati yang luka.knape luka?biar ana gambarkan.

   sekolah ana dalam sebulan ni duji dengan satu ujian yang mnyebbkan pembelajaran kami semua terbantut.biarlah ana rahsiakan demi menjaga imej dekolah ana.ujian dari Allah untuk semua.smpai kadang2 tu hmpir satu hostel  nangis dan x sanggup dok hostel.bukan di hostel  je yg berlaku.sekolah pun jadi.masyaAllah.harapan kami semua dsekolah adalah unuk berwaspada dan sentiasa dekatkan diir denganNya.MUngkin ini adalah satu amaran dari Allah supaya kami dekat dgnNya.Mngkin sblum ini kami tersasar dalam beribadah padaNya.



   Allah xkan jadikan sesuatu itu sia2.semua yang berlaku ada hikmahnya.seterusnya,permohonan ana ditolak.xmengapalah.mungkin bukan rezeki ana di sana.biarpun mata ini sudah bengkak menangisi apa yang berlaku,ana redha dan pasrah.tempat yg ana pohon tu mmg ana yakin dengan pengajian disana.mgkin sbb Dia nk tngok sjauh mana keimann kita utk mnempuh sgala ujianNya.kita mengadu atau tdk padaNya ataupun kita berputus asa trus?saqma2 kita renungkan.urm,result ana bukn power pon.sbb apa dy nk pilih result yang x power kan?bg sahabat2 yang berjaya...tahniah dan biar berjaya masuk terus!antum semua mmg insan yang terpilih.




        kadang2 tu kan,orang yang beria nk masuk itulah yang x berjaya masuk.dan orang yang xberapa minat tp nk mncuba nasib itulah yang lepas..xpelah.walaupun ana yang beria mngajak mereka tngok2 rezeki tu.moga2 ana dpt ganjaran juga c0z knlkan dyorang ngan program yang power tu.harap2x begitu.namun! bukanlah ana kalau ana x cuba untuk program lain di tempat yang sama.ttpi,lama sketlah.orang kata bazir umur.yup!hakikatnya mmg bazir masa..ttpi,jika kita lihat dari keberkatan pengajiannya..tiada istilah mmbazir.siapa yang akan menolak pmbelajaran yang berasaskan al-quran dan bakal mlahirkan huffaz2 di muka bumi ini?insyaAllah kalau ada rezeki disana.

  seorang shbat datang mnenangkan hati ana.katanya,mungkin Allah nk bg kita trus jd doc!tp dengan syarat!usaha kene lebih seperti kerja doctor.pernah nmpak doctor duduk goyang kaki?xde kan?hatta sebelum jadi doctor pun kne kerja keras.inikan pula dah jadi doctor..on call memanjanglah...kadang2 x tdo 32 jm.ha! sape sanggup jadi doc?xkesah orang nk cakp ape.doctor kan kje mulia??lagipun kne lah ramaikan docto dari kalangan yang berpngetahuan tntg agama.lagi bagus.slain merawat jasmani..bley rawat rohani jugak kan?spe untung?ini adalah pendapat ana shj.




  mungkin shabat2  lain ada opinion.bleylah kongsi2 untuk mendapat redhaNya.kita kenelah berbaik sangka.dlm hidup ada satu konsep yang terkenal dikalangan umat islam.iaitu TAWAKKAL!!tahukan entum sume apa itu konsep tawakkal?tawakkal ini adalah pasrah padaNya selepas berusaha.contohnya pada zaman nabi dulu ada seorang hamba Allah yang ingin mningglkan unta dtengah padang pasir bt smentara waktu utk ke suatu tmpt.lalu dia mnggalkan unta tersebut begitu sja dan berkata,aku tawakkal kpd Allah.skembalinya dia ke tmpat letak untanya,dia lihat unta itu hilang.lalu dia prgi brtemu rasulullah.katanya,"Ya Rasulullah,td aku ltk untaku di tpi pokok tamar dan aku bertawakkal kpd Allah.ttpi untanku hilang."..jawab nabi,"seharusnya engkau berikhtiar dahulu sblm mngglkan unta kau bgitu shj.konsep tawakkal adalah berusaha dahulu.strusnya barulah pasrah dan tawakkal kpd allah.sptutnya kamu mngikat dhulu untamu dgn tali pada pokok tamar dan barulah kamu boleh bertawakkal padaNya"....


   Begitulah..bermaksud,sblm kita tawakkal dalam kehdupan, kita mesti berusaha dahulu.spt kita belajar dan study sungguh2...pastu,tawakkal padaNya.Apa yang Dia akan bg pada kita adalah yang terbaik bg kita walaupun kita x suka.




firman Allah:

     "boleh jadi kamu suka ssuatu pdhal ia amat buruk bgmu dan boleh jadi kamu benci ssuatu padhal ia baik bgmu.ssungguhnya Dia Maha Mengetahui sdgkn kamu x tahu"(al-bqarah:216)

wallahu a'lam.....

Friday 14 October 2011

aristotle ke-2?

salam alaik !...

  disini ana terdetik untuk menulis sedikit untuk pngajaran kita semua.insyaAllah.dalam kehidupan seorang pelajar,tidak sah jika dlm hati pelajar itu tdk ada ruang yg mulia untuk guru2.mengapa?apa kaitan guru fengan aristotle?pernahkah kita mendengar tentang aristotle?seorang ahli falsafah yang terbilang smasa zaman yunani dahulu?sebenarnya,dia bukanlah ahli flsafah yang terbilang.ttpi ia adalah seorang ahli falsafah yang kejam dan lupa daratan.mengapa?

   aristotle blajar terlalu bnyak kitab2 dari gurunya iaitu plato.semua dituntut dengan plato.tiada apa yang dia tidak belajar dari plato.ttpi,aristotle bertindak kejam dengan mmbunuh plato(gurunya).tidak terlintaskah dibenak semua,sanggup mmbunuh seorang yang telah mngajar semua yang kita x tahu?dari sekecil2 hal kepada sebesar2 perkara?allah hu akbar!!ama rasakan,orang yang sebegini rupa x menggunakan sepenuhnya ilmu yang dtuntut.boleh jadi juga niat utk mnuntut ilmu tdk betul.lantas nafsu dan syaitan yang merajai diri.nauzubillahi min zalik!

   sahabat2 sekalian,;perbetulkanlah niat kita semua mnuntut ilmu demi kerana Allah dan agama.insyaAllah.jgnlah sekali2 mmperkecilkan guru.ingatlah!manusia x sempurna.ya!mmg ckg kita juga ada klemahan.ttpi,pandanglah kelebihan dan ilmu nya yang mulia.nabi pernah bersabda "guru itu hampir kpd rasul kerana ilmu yang dsampaikan"..jika ckg mmndang kita dengan prasaan benci dek krana perbuatan kita,bersegeralah mohon kemaafan sblum apa2 terjadi.pndgn guru trhdap kita adalah satu doa.jika ingin keberkatan dunia dan akhirat,jagalah hati guru2.

   kata2 mencarut ataupun kata2 yang mmburuk kan guru adalah kata2 dari mulut seorang anak murid yang mmg xsedar dan lupa daratan.mungkin dalam keadaan yang tdk waras.walau bgaimanapun keadaan guru kita,bgaimanapun rupa mreka..positifkan pandangan agar dberkati kelak! insyaAllah....

wallahu a'lam....

Saturday 3 September 2011

salam imtihan !

assalamualaikum.....

      kepada semua spm candidates,gud lark ea utk trial next week.walaupun ada yang mngatkan xstudy lagi or whatever punye reason..gasaklah..yg penting..kite semua kan hadapi gak..sedia atau x..sma juga dengn kehidupan sbg seorang hamba.xpernah xderk ujian.bg yg tngah study tu,study lek lok.jgn lentok sudah yea..hehe...especially sejarah.hehehe...

     nasib baik ari selasa start.bley lar release tension skejap..wlaupun ada yg release tension mse raye.mkn kueh tu jgn bnyk2..kang xlarat mate tu nk mmbce.bg yg nk gi DQ,kne wat elok2..c0z,DQ nk tgk result trial.klau ader rezeki lepas je..ada jugak yg kate nk masuk stam(utk skolah agame jelah)....ikulah masing2..rase mne sesuai pegilah...ilmu tu kat mne2.terpulang pd kita nk atau xnk je.


       rase2kan,mcm xnk je amik spm ny tau.tp,nk gi mesir..xkn xnk exam kot.kalau dpt DQ,abskn DQ dlu...klau xdpt DQ,pegi kuliah amik stam lah nmpak gayenye..eh ! ini bab mase depan..ade post special utk ny...berbalik pada spm and trial ea..anyway and papepon..gud lark lah yea...kepada semua calon spm 2011.kasi gempak dari tahun lepas.and...jom gi overseas ramai2...

   ucapan ny khas utk calon2 spm bg SMA Al-Maidah Addiniah padang tengku...dpat semua A dlm stiap mada yea...and kpd geng2 lama..calon skolah SMA Al-Ihsan....smoge berjaye dunia dan akhirat yea...
wallahu a'lam....

Sunday 28 August 2011

kenapa tudung labuh?



persoalan demi persoalan menerjah ke muka ini..tetapi tidak pelik bg ana dan juga sahabat2 yang lain yang mngenakan pakaian ini.ana yang cakap nak tunjuk wara' dan ada yang cakap.bajet  je tu.ada juga yang brtanya.xpanas ke?eeii..srabutlah..susah nk buat kerja.

shabat2,jika ianya serabut..xknlah ada yang mmkainyakan?bg ana,ana pakai ana mngenakan tudung labuh ini kerana ana ingin mmperingatkan diri ana sendiri..ingat kat ape?pakai tudung pun bley ingatkan diri ke?ha!tulah yang ramai xtahu.pada ana,jika ana pakai tudung labuh ini,ana akan rasa malu untuk buat perkara2 yang mungakar ataupun mnyalahi syarak.so,ana xkn buat perkara2 maksiat.insyaAllah.

ada juga yang akan pangkah ana dengan mngatakan,habis tu orang yang okai x mnutup aurat ny nk sngat lah buat maksiat?astaghfirullah.ana xkata bgitu.cumanya,ace try fikir.pakai pakaian yg xmnutup aurat tu kan maksiat?buat dosa dan bg dosa pd orang lain.sama jelah kan?maknanya mnempah tiket ke neraka dlm bhasa kasarnyalah.

  ada juga yang bertudung labuh x mlambangkan pakaiannya.insan ini adalah insan yang mmburukkan orang yang mmkai tdung labuh dan berakhlak baik.mngapa pulak?bukan semua yang bertudung labuh ini adalah ahli syurga ya sahabat2.bukankah kta pernah dengar,"dsebabkan nila setitik,rosak susu sebelanga".inilah perumpamaannya bg insan yang berpkaian mngikut syarak ttpi berakhlak bukan dari acuan al-quran.

urm,ana ada kerjalah.lain kali kita smbuang lg ya?
wallahu a'lam...
salam....

Saturday 25 June 2011

Renungan untuk Aktivis Dakwah

Bismillah....

ini adalah renungan untuk aktivis dakwah..seperti soalan dan luahan buat semua yang berkecimpung dalam usha dakwah ini kerana ALLAH....insyaAllah..jgn pula mngeluh ya!

Ketika Tarbiyyah Bertasbih

Bismillah...

sama2 hayati yea..smoga mendpat manfaat..insyaAllah..

sebenarnya tarbiyah ini bukan hnya dapat dipondok shj ttpi ada disekeliling kita..terserah pada diri kita..samaada kita bk atau xnak ataupun kita sedar ataupun x..

kat sekolah pun ada tarbiyahnya juga...dan ssungguhnya kat sekolah ataupun alam persekolah itu adalah alam tarviyah..




wallahu a'lam..

Friday 24 June 2011

tawaran :cuci toilet sekolah !!

bismillah...

urm, jika kita mndapat tawaran ny ape perlu kita buat dan apa reaksi kita??mungkin ada separuh daripada kita yang akan menolak dengan serta merta dan separuhnya akan berfikir dua tiga kali dan ada juga yang kan mnerimanya dengan pantas ..mari kita lihat apa jenis hati kita dengan ketiga-tiga reaksi tadi...

        mksd dsblik gmbar ini hnya ana dan tuhan shj yg tahu

~menolak dengan serta merta~
  
   s'seorang yg mmentingkan pandangan orang lain dan tidak terfikir tentang pahala..xmngambil peduli tentang jenis hati sendiri..

~berfikir dua tiga kali~
  ada peluang untuk mnjadi hamba Allah yang baik dan juga ada peluang tlh berjaya dhasut oleh syaitan...hati terdoring kpd perkara yg baik

~menerima terus~

  tahniah! anda seorang hamba Allah yg xkira pandangan makhluk ttpi hnya mngambil kira pandangan Allah yg suci untuk mngubah hati menjadi baik atau mngubah hati itu kepada yang lebih baik...

mengapa??

cuba entun semua fikir2kan....jika ada tawaran sebegini untuk diri kita...teruslah ingat bahawa Allah tlh berfirman :

"Dia xakn mmbiarkan makhluk-Nya mngatakn diri mereka beriman tanpa adanya ujian untuk mnguji keimanan mereka"

lihat ! Allah xkan mmbiarkan manusia hnya mngatakan.."aku beriman"..ttpi,sbnarnya x..jika kita beriman,...ayuh!!terimalah tawaran itu dengan hati terbuka...

Allah juga ada mnyebut ddlm kalam-Nya..

"wahai org2 yg beriman,mngapa kamu katakan apa yang kamu x lakukan?"(as-soff:2)

mksudnya...cakap xserupa bikin...cakap je lebih..tp x buat pun..

"ssungguhnya perbuatanmu itu amatlah dibenci dsisi Allah"(assoff:3)

ingat!! jika hanya pandai bercakap tapi x buat...perbuatan itu dbenci oleh Allah...

mengapa perlu trima tawarab tu??
   kerana toilet tu kotor...jika kotor kene buat ape?mestilah bersihkan smpai putih dan berkilat juga wangi kan?cuba bayangkan toilet tu seperti hati kita...kita berusaha untuk mmcuci hati kita dari segala daki2 maksiat dan palitan dosa yang tercalit pada hati kita...lagi satu...apabila kita mencuci toilet, secara automatic kita akan merasa rendah diri..ini sbnarnya bgus bg orang yang bongkak dan sombong..hehe...

     ya ! mmg kotor...mmg busuk...tp,siapa yg gunakan toilet tu?kita juga kan?xkan kita nk guna toilet yg kotor??Allah ada berfirman..:

"boleh jadi kamu mnyukai ssuatu pdhal ia mat buruk bgmu dan boleh jadi kamu mmbenci sesuatu pdhal ia amat baik bgmu..ssungguhnya Allah lebih mngetahui sedangkan kamu tidak mngetahui"(al-baqarah:216)


   mmg xsuka kan kalau kena suruh?anggap tawaran itu adalah hidayah daripada Allah dan kesempatan untuk kita lakukan perubahan juga pembersihan hati yang mungkin sedang lalai ataupun tengah syok cintakan dunia...cuba think positif sket...

firman Allah:

     "Allah adalah seperti yang kamu sangkakan"

  jika kita anggap Allah ny kejam dan jahat..maka Dia kan kejam dan jhat kpd kita...jika kita anggap Allah baik dan Pemurah...maka Dia akan baik dan Pemurah pd kita...

cumanya ana terkilan c0z x dpt joint 'tawaran' tu...mulanya shbat ana mncari org utk bersma2 dia trima 'tawaran' tu...dia tnya ana..ana kata xnk..then,ana pikir dua tiga kali...eh! -k lah pulak(ingin redha-Nya)...hehe....1 jam kmudian ana dpt berita exco asrma ada meeting..Allah...terlepas pulak...rase mcm nk excuse plak meeting tu...tp ckg ckp emergency!! "Ya Allah..mengapa ini yang terjadi??"..keluh ana sndirian..then,teringat kata2 k.suha dhulu...

"dik,Allah ada perancangan-Nya trsendiri..jgn mudah mnyalahkan ssuatu...terima shj apa yg berlaku dan ingat!sentiasalah berbaik sgka pd-Nya...dan Allah ingin mnguji tahap keimanan adik..jgn mudah putus semngat dan redhalah apa yg telah dtetapkan.."

  ya! mungkin Dia ingin mnguji dahulu ana smaada ana trima atau tidak twaran untuk mmbersihkan hati ana dan kmudian Dia ingin mmbuka peluang untuk insan lain pula..insyaAllah ianya akan datang juga dengan 'tawaran' yang lain dan ana harap ana x berfikir dua kali ttpi terus mnerima sambil mnghrap redha-Nya...insyaAllah...

Thursday 2 June 2011

peringatan utk diri~

bismillah...

   salam semua sahabat2 di alam maya ini...moga apa yang telah kita catitkan dimana2..insyaAllah Allah meredhai...

                 "ssiapa yg mnolong agama Allah, maka Allah menolongnya"

   tapi,apa yang penting adalah ikhlas dan tidak riak...kerana ikhlas itu seperti semut hitam..yang berjalan atas batu yang hitam di malam yang gelap gelita...nmpak x semut tu?mesti x nmpakkan?kecualilah jika disuluh dengan torchlight..baik.straigh to da point jelah....

ni nak cerita satu kisah benar tentang ana mase on da way balik ke lipis dari masisupa aritu....bas kami berhenti di R&R Gambang utk solat and makan...so,kami semua pergi solat dulu..bak kata nabi.."utamakanlah solat walau apa jua keadaan"...usai solat,ana tggu shbt ana di luar surau...

ada beberapa gadis yg ana rasa baru selesai solat..mestilah habis solatkan kalau bru kluar dari surau..malangnya tidak mngenakan tudung di kepala...sayangnya...

ana : urm,tngoklah..bukannye pkai tudung..ruginye lah....

hamba Allah :  alhamdulillah dy solat...ok lah tu daripada yg pkai tdung..tp,xsolat    
                        lgsung...sikit2lah...doakan je..

ana :gulp ! (terkedu)..urm...betul2x...

astaghfirullah....apa yg ana dah ucapkan?ana ingat ana di perfect sgt ke?nk tau apa ana rasa bile salah seorang akk kta mcm tu kat ana?terkedulah....kita jgn nk menghakimi orang..yg penting kita doakan mereka...terima kasih kak....mungkin ini teguran dari Allah melalui makhlukNya...takkan Dia nk tgur makhluk Dia direct kan?cuba imagine kalau Allah tegur direct...ana rasa lintang pukang manusia lari...

nk nyatakanlah disini...mulut tu kene jaga...kan dah kene sendiri..malu  xpsl2...adoi...mmg kita tahu mnutup aurat tu wajib..tp,jgn dok redah kalau x suke prbuatan tu...ada hadis yg mnyatakan..kalau x mampu utk tgur dgn lidah,tegurlah dengan tgn(kuasa),kalau xmampu,cegahlah dengan hati(selemah-lemah iman)...bermakna,kita mmbenci ssuatu perkara itu...jgn ckp ikut sedap mulut je...



   dalam masa beberapa minit shj,ana dah dpt plajaran bru...ilmu ni bukan shj disekolah...tetapi,kat mana2 pun..semuanya adalah ilmu.....terserah pada manusia itu sendiri..kadang2 kita xsedar pun Allah nk tegur kita...yg penting kne alert lah...


cubalah ubah diri kita..dari yang buruk kepada baik..dari baik kpd yang lebih baik...seperti firman Allah..

       "Allah xkn mngubah ssuatu kaum itu melainkn dia mngubah dirinya sendiri"
(ar-rad:11)

seperti yang ana sudah nyatakan tadi,semua  perkara yang brlaku kat dunia,terserah pada diri kita sendiri...tp,jgn pula mnangis kalau apa yng kita buat tu xberjaya..ingat shj kata2 yg ada tercatat dlm al-quran tp ana lupa ayat dan surah apa...kita hnya mnrancang...yang mnentukan adalah Allah...Dia tahu apa yang lebih baik untuk kita....


   Apabila Allah memakbulkan doamu..
bermakna Dia menyayangimu..
apabila Dia lambat memakbulkan doamu...
Dia sedang mnguji mu..
apabila Dia xmemakbulkan doamu,
Dia sediakan ssuatu yang baik utkmu...

firman Allah :
"boleh jadi kamu suka sesuatu pdhal ia amat buruk bgmu dan boleh jadi kamu benci sesuatu pdhal ia amat baik bgmu.sungguhnya Dia Maha Mengathui sedangkan kamu x mngetahui
(al-baqarah:216)



luahan hati,
pencinta syahid94
1:39pm
3 jun 2011
rumah

Wednesday 1 June 2011

warkah mujahideen ~

Pesanan Syeikh Ahmad Yassin


SYEIKH AHMAD YASSIN 1938-2004

Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mu1ia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.

Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.

Wahai para pemuda, aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kalian untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian. Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.

Wahai puteriku, aku ingin kalian berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kalian berjanji kepada ALLAH bahawa kalian akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian. Haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.

Kepada semua, aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang. Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan. Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar.

Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. Berpeganglah kepada agama kalian. carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada ALLAH.


   

sumber  :    http://islamicsyahirah.blogspot.com

Tuesday 31 May 2011

jika ini ujianMU...

Bismillah....

   jika ini ujianMu untukku,aku terima seadanya apa yang telah kau lemparkan padaku sebagai hambaMu supay aku menjadi hamba yang benar2 taat perintahMu..segala yang terjadi aku tahu ada hikmahnya..mungkin jika aku di tempat teratas,aku bisa riya'..jadi Engkau letakkan aku hnya di tempat kedua...kerana aku tahu Kau mahu menjaga diri ini....

masisupa telah berlalu..sungguh sukar untuk kontigen kami menerima..tapi,atas dasar taqwa dan iman yang benar2 kukuh..bersabarlah yang lebih baik kerana telah diajar kepada kami tentang janjiMu..

"boleh jadi kamu mnyukai ssuatu pdhal ia amat buruk bgmu dan bley jadi kamu mmbenci ssuatu padahal ia amat baik bgmu.ssungguhnya Allah lebih mngethui dan kamu tdk mngetahui"
(2:216)

  telah dijar kpd kami tdk benci-membenci antara satu sama lain..lagipun masisupa adalah salah satu medium penggerak bg semua plajar agama bg merealisasikan atau memvariasikan dakwah...melatih minda dan fizikan untuk lebih tabah dalam mengharungi jalan dakwah yang penuh liku..

ada ulama' yang mngatakan..ssiapa yang melangkah ke jalan dakwah,beerti dia telah mnjebakkan diri kedlm ksusahan dan juga ksulitan...ini bermakna jalan dakwah bukannya senang...perlukan semangat yang tinggi dan juga iman yang tiada tandingan....moga dpt mmilikinya...

semua yg brlaku ddunia tiada siapa yang dpt mngetahui...menang atau kalah...semuanya hnya ddunia..pengiktirafan yang sementara dan tdk mmbawa ke akhirat langsung..mngapa ingin bergaduh kalau tdk mnjamin syurga?semuanya hanya ddunia...apa yang kita perlu dapatka atau gapai ddunia ini untuk mndpt akhirat adlh ibadah..hatta beriadah masa masisupa...ataupun ilmiah...semuanya mlatih kader2 dakwah untuk berdakwah secara sedar ataupun tidak....

''otak yang cerdas ada pada badan yang sihat"

tidak dinafikan lagi...islam adalah agama yang kamil..semuanya berkaitan dlm hidup ini....

Ya Allah,
Jika ini adalah ujian dariMu,
aku terima...
biar baik ataupun buruk..
kerna semua yang Kau tentukann bersebab

Ya Allah,
Jika ini ujian dariMu,
kau lapangkanlah dadaku untuk terus maju
maju kehadapan dan tidak sskali tersentak
ataupun khuatir dengan tindakan Mu


Ya Allah,
jika ini ujian dariMu,
kau ringankanlah mindaku
untuk tetap terus diatas landasan agamaMu
agar iman ku terus terpelihara
dan tdk goyah walau dilanda angin dilautan


Ya Allah
jika ini ujian dariMu.
ingatkanlah aku untuk senantiasa berzikir padaMu
supaya aku tdk hnyut seperti hnyutnya kayu2 mati
dibawa arus sungai yang deras mengalir tanpa henti
semuanya terjadi atas perintahMu...


madah pencinta_syahid94
sendirian berbicara
30 mei 2011
5:05 pm
rumah 

Saturday 21 May 2011

pemurahnya Engkau~

bismillah....


ku pinta setitis dakwat
inginku coretkan sesuatu di lembaran,
diberikanku sekeping hati,
untuk ku lakarkan segala kenangan
baik yang manis mahupun yang pahit

ku impikan setangkai bunga
utk ku mnikmati keharumannya tatkala kegelisahan
diberikanku sejambak ros sbg panduan
cantik dpandg ttpi sukar utk dsentuh
melainkan yang benar2 ikhlas kpdNya..

ku pohon seteguk air
utk mnghilangkan dahaga sesaat
dikirimkan ke seluruh ummat termasuk aku
seorang rasul bersama al-Quran agar menjadi petunjuk
utk diriku sekaligus memusnahkan keresahan
dan kecelaruan hati seumur hidup


ku dambakan seorang teman
sbg penghibur duka dan laraku
dikurniakan kau utkku bt sementara waktu
yyg x psti saat trpisahnya satu roh dari 2 jasad
yg senantiasa mngintai pluang mngejar syahid brsamamu..


ukhtie fillah,
sepanjang hayatku dgn amalku yg aku lakukan
aku ingin ianya mndapat keredhaan Nya dan ingatlah satu perkara
buat diriku yang teramat penting yakni cita-cita hakiki ku...
syahid yang terlalu aku pinta,pohon,ingin dan dambakan

ukhtie fillah,
syukran kathir kerana sudi menjadi sahabat selama perkenalan kita
sahabat kpd s'orang hamba yang bgitu hina tp,
menginginkan syahid yang Karim dan Syarif disisi Allah..
kerna aku adalah pencinta dan perindu syahid
dsebalik jasad seorang thabibah yang mukminah dan mutiah ilallah
wa rasulullah..insyaAllah...

p/s:pesan umi ayah,nk jadi doctor no problem.tp,kne jadi doctor yg mukminah(beriman) dan mutiah(taat) pada Allah dan rasul..agar semua yg kita lakukan ini diangkat dan diterima menjadi ibadah kpdNya scara x langsung..c0z,ape yang kita buat kat dunia ini adalah ibadah kita yang ingin dijual pada Allah...pasrahkan dirimu wahai hamba Allah ajma'in...

salam alaik !

bicara kesunyian,
1:19 a.m,
22 may 2011,
bilik kat umah

Saturday 30 April 2011

mengenang dirimu sahabat~


assalamualaikum..

ketika saat kita bersama,
semuanya benar dan tiada dusta
tp ku x mngetahui kerna engkau juga manusia biasa
bisa shj kau mndustai jiwa dan hati ini.

teman,
dihadapanku kau mnangis dan mnyesali
semua perlakuanmu terhadapnya
tapi susah bgku mempercayai
kerna pernah dahulu kau mnghilangkan kpercayaan ku

teman,
mngapa in yang harus terjadi
pada aku dan dirimu,
xpernah aku mmarahi mu,
bukan niat untuk mlukaimu
ttpi ikhlas utk mnghindarkan dirimnu dari azabNya..

teman,
adakah kau mahu dlempar ke nerakaNya
aku juga takut kerna aku sahabatmu
bisa jadi aku diseret krna x mnasihatimu
kesekian kali kpercayaan ku luntur pada dirimu...

teman,
sudah mnjd tanggungjawabku mnarikmu
juga mnghindarkan diiri dari belenggu syaitan.
dulu,kini dan slamanya...
kerna saudaraku yang x pernah putus ikatan itu...

teman,
aku mahu kau buktikannya
bukan dengan tangis esakmu mnyesalu perbuatanmu dii hadapan aku,
dihadapan semua ummat manusia yang bersama berjuang dgn mu
tp aku mahu bukti segalanya dgn perlakuanmu selepas ini,

teman,
jika sukar bgmu melanggar janji syaitan,
biarlah engkau bersama shabatmu itu,
jgn pernah diingatkan aku utk kmbali padamu
jika perangaimu masih seperti dahulu.

teman,
jgn pula satu saat kamu mnunding jari padaku
mngatakan aku x pernah mnegurmu
sudah berbuih,sudah berombak gelora didadaku
selama bersahabt denganmu sungguh ikhlas kerana Allah...

teman.
aku saudaramu selamanya tetap saudaramu,
xkan terputus perkataan itu samaada aku masih ddunia ataupun didalam bumi,
dasar iman yang aku kembara xkn pernah hilang jejak
walau dengan siapa aku bersahabat asalkan aku pndai mmlihara iman ddada...


monolog sebentar,
pencinta_syahid94,
2:50pm
1 mei 2011

Saturday 16 April 2011

salam kerinduan..

bismillah...

kuhulurkan salam kerinduan 
buat semua teman dan taulan
yang senantiasa mengajak aku
juga memimpin tanganku setiap waktu..


tidak kira waktu susah atau senang
hnya lemparan senyuman kau tujukan
buat diriku yang sungguh lemah
dan hina yang tidak sempurna mana

ya Allah 
aku pohon rahmat Kasih dariMu...
Kau tebarkan atau campakkan
rasa kasih dan sayangMu yang tiada penghujung
pada diri mereka yang setia membantu aku...

menjalani hari-hari yang sukar
adalah sulit bgku malinkan kau tetap disisi...
tika aku tersungkur..
segera kau menghulur tangan..ikhlas..

ku tahu dengan pancaran sirna dimatamu...
walau tidak kau katakan melalui bibir...
kerna ikhlasmu itu..
semuanya jadi manid dimata dan hatiku...

harapanku senantiasa mengiringimu...
tanpa kau sedar..
aku ingin selalu dengan dirimu
kerna baktimu dan jasamu yang x ternilai padaku...

saat airmataku bergenang ditubir mata
kau datang lalu mnyapa..
lalu mnitis jua tanpa aku rela..
kau mngelap titisan itu dengan tangan lembutmu....

walau ianya hanya khayalan semata..
tapi aku sangat merasainya..
kau jauh disana meniti jambatan kasih Illahi 
dengan penuh gigih...

wahai serikandi umar 93
ku nukilkan semuanya tentang dirimu
walau kita tidak pernah bersua muka dan b'bicara scra berdepan
aku selalu mmbayangimu disisiku
dan sperti mendengar kalammu berbicara denganku..


serikandi,
hadirmu mngubah semuanya atas izin Allah...
kata-katamu sarat dengan nasihat
penuh hikmah penuh semangat dan aku tahu
kau ikhlas dan berdua kita bersama mnunaikan amanahNya...

kau disana dan aku disini
berkelana ditempat sendiri dan suatu hari 
melawat ke tempat orang dengan tujuan yang satu
menyebarkan agamaNya dengan sabar dan istiq0mah...

insyaallah sahabat..
xpernah aku lupa akan kata2mu juga nasihatmu
walau sesaat..kerna kau sahabatku dunia akhirat
ku memohon padaNya agar kita kan dipertemu xkira dmana
agar dapat kita semai sengat kita yang xpernah lebur ini sahabat!!!

salam kerinduan dari pencinta syahid94 kepada serikandi umar 93....

bicara sebentar,
pencinta_syahid94
5:13 pm
rumah

Saturday 19 March 2011

jangan pernah kau lepaskan genggaman erat ini ~

bismillah...

sudah ku taip,ttpi ku delete semula post...tiada yang ingin kubicarakan lagi rasanya...saat  mnghantar msg semalam..aku jadi kaku dan kelu...menitis airmata ini mngenangkan saat kita bertemu...mengapa kau seperti melepaskan genggaman erat ini?sesudah kau menghulurkannya?aku terkesima dan terkilan.....maaf berkali2 ku utus buatmu...satu demi satu katamu mngusik jiwaku....seperti tiada apa lagi antara kita...kini,hnya kita berdua dan Allah shj yang tahu...biarlah aku pendam sendiri...

  pagi td, satu msg ku hntar..tiada sebarang balasan...tolonglah mgerti aku..walaupun aku punya Allah untuk mngadu..tp,aku perlukan seorang teman yang amat mmahami...walaupun kita bru shj berkenalan...aku sygkan kamu....cuba kau bilang sudah brapa kali aku mnaip kalimah sayang?kerna tiada kata putus bgku...aku tetap ingin dengan dirimu walau apa yang terjadi..yg mmisahkan kita hnyalah maut shj..tiada yang lain...



"sahabt,kiranya waktu sekejap itu mnjadi kenangan utk kita ingati sepanjang zaman,ingatlah aku selagi kau mampu...jika pula masa mendatang memisahkan keakraban yang telah bertahun terbina,ukirlah secebis tentang aku di hatimu,agar nanti tika bersua kau masih mngingati ku sahabat"          (msg yang ku terima darimu)







   

sungguh !! perit hati ini sahabat..saat bibirku mnutur satu persatu kalimah yang tertera..mngalir airmata sebak yang x dapat ditahan oleh tubir mata ini...manakan dapat ku melupakanmu kerna bru shj kita berkenalan dan kau yang mnghulurkan tangan...daku genggam erat tangan itu..dan aku merasakan yang engkau melepaskan genggaman erat itu sedikit demi sedikit...JANGAN!!!! JANGAN sahabat !!!aku ulangi...aku memerlukanmu...dan ingat satu hal...tiada yang dapat mmisahkan kita melainkan maut...dan pasti kita kan bertemu kmbali di syurga kelak..insyaallah...


"hati itu milik Allah..jika ia celaru,kembalikan kpd pemilikNya,bila ia sudah tenang..pulanglah kpd Nya..doa itu senjata mukmin..pelihara dirimu ibarat hari esok tiada lagi"  (satu lagi msg yang kau kirim)

aku xkesah apa yang kau akan katakan padaku...tapi jelas,aku x nyatakan namamu...ya ! aku mengerti dengan hakikat ini bahawa hati itu milik Allah...mmg aku kena kembali padaNya..ttpi aku perlukan shabat sepertimu untuk mmbimbing aku ke arahNya...genggaman tanganmu yang ku inginkan dengan setulus hatimu untuk mmimpin aku ke jalanNya..itu yang aku maksudkan...fikiranku menerawang ke sepelosok dunia...berpusing2 seperti roller coaster....tolonglah teman...ku merayu disini...datanglah kepadaku walau dalam mimpi..agar aku tahu keadaanmu dan perasaanmu tika ini...

"utk mnjadi diri tabah dlm mnjalani hidup ini,jdkanlah mutiara sbg pnduan...mutiara terhasildlm seekor tiram yang hidup jauh didasar laut dan hnya terbentuk slepas bertahun2 menapis segala jenis kotoran,hablur  dan debu....slpas mlalui proses yang sgt lama,brulah mutiara trhasil dgn rupa yang cntik,padat dan berkilau2...kmudian mnjadi rebutan dan harganya juga mahal...bgitulah dengan iman..iman yang mantap trbentuk  slepas mlalui pelbgai kesukaran,dugaan dan ujian...oleh itu,jika hidupmu dirasakan sukar maka bersabarlah dgn ujian Allah krn ujian itu adlah untuk mnjadikan hidupmu bertambah bermakna,hebat dan bernilai"


ya ! benar...mmg bgiitu yang aku inginkan..dan ku mmerlukan sahabat sepertimu yang mngajak dan pimpin tangan ku....kau mnyuruh aku bersabar..ttpi kau yang mnyebabkan hidup aku mrana sekarng yang melepaskan genggaman tadi...semalam...segalanya telah bermula...aku terlalu sepi,sendiri dan terus sendiri walau ku tahu Allah itu ada...tapi,hidup ini x ada mkna juga jika ada yang mminpin sekali...yakni SAHABAT!!...tolong aku sahabat !!!

   cara kau sampaikan segalanya seperti tiada lagi engkau disisi ku selepas ini..bukan niatku utk mndustakanmu kelmarin...aku jadi malu pada keterangan ku sendiri semalam...ttpi ku gagahi jua supaya tiada syak yang kau lemparkan pada wajahku...jgn kau tersasar dalm mntafsir wajahku...juga suaraku yang baru bersua...mncari apa yang sebnarnya aku sembuyikan...

hp berdering...

   arrgghhh!! aku ingatkan engkau...sakit hati ini kau lakukan sebegini...apa lagi yang harus kukatakan padamu agar kau mmpercayaiku...sungguh...hatiku kosong dan sunyi tnpa msg dan suara darimu...aku terlalu mrinduimu...tolonglah teman...aku merayu...jika adanya kau dihadapanku kini...pastiku melutut menuntut jawapan darimu yang xku pasti...jgan kau mmperlakukan diriku sebegini..hari ini aku pulang untuk mnuntut ilmu dan mngejar cita...aku takut....aku takut fikiranku terganggu teman...tolonglah..beri respon....


"kenang daku dalam doamu"

mmg !! dan sentiasa !!  x pernah henti dari mnyebut namamu...

wahai insan yang dinyatakan dalam stiap doaku....tolong jawab persoalan ku....
aku terlalu mrinduimu...Ya Allah...Kau perkenankanlah doaku ini....




luahan hati,
pencinta_syahid94
20 mac 2011

Thursday 17 March 2011

monolog pencinta syahid94~

bismillah...


aku seorang insan biasa...
yg ingin dikenali sbg pencinta syahid..
kerna cita tertinggiku adlah syahid...
mati dijalan Allah...

seringkali insan lain merungut...
sikapku makin berubah...
xseceria dahulu dan xterlalu happy...
kini aku ingin berikan jawapan wahai teman yang aku syangi kernaNya...

aku hanyalah pencinta syahid dan bukannya pencinta dunia ini...
apa guna jika aku terlalu bergembira..
sedangkan malaikat maut memerhati??
aku gerun sahabat..aku takut..

takut untuk mnghadapi hari2 selepas hari hidupku  jika aku sllu bergembira....
bukan niatku untuk berpaling dari apa yang kalian harapkan...
ttpi tuntutan agama yang utama aku lakukan sebelum tuntutanmu teman..
tolong mngerti aku sebagai pecinta syahid...

pencinta syahid ini adalah insan biasa yg punya hati dan perasaan..
kalian mngajak aku spya sntiasa kelihatan ceria dan peramah seperti dahulunya...
sahabat...aku kini ingin perubahan...
anjakan paradigma yang ingin ku wujudkan dalam diri ini...


dari seorang suka main2 kpd insan yang serius dalam tujuan hidup...
dulu aku adalah kawan atau teman yang selalu boleh diajak berborak kala malam...
sekarang aku punya target sendiri...
walaupun cita2 adlah uutk mnjadi doktor..
seringkali juga aku ingatkan diri agar aku mnjdi insan yg x lupa pd agama aku....

aku rahsiakan namaku dan mngambil nama pencinta syahid..
agar kalian terang lagi bersuluh tntg tujuan aku ddunia kini dan slamanya...
bukan aku ingin serius stiap msa..
ttp tolong mngerti dan fahami masaku yang kian suntuk....

dalam 2 cita2....d0ktor dan pencinta syahid...
menuntut aku keseriusan dlm mnuntut ilmu dan keikhlasan..
agar diberkati ilmuku untuk islam....
fahami jiwa syahidku teman...

terkadang aku juga terkilan dalam mncari mkna pncinta syahid yg bnar2 aku inginkn...
tiba satu saat aku brani mnyebutnya...
tujuan aku ddunia adalah amat brmkna jika aku syahid...
walau apa yg kulakukn...
aku ingin ianya dianggap sbg ibadah kpdMU...

pencinta syahid hnya ingin dmengerti tntg tugasnya....
jika xmhu terima xmngapa...
aku hnya inginkn Allah mngerti dan brkati...
dan aku punya Allah yang Maha Segalanya...


monol0g pencinta_syahid94
18 march 2011
12:10 a.m

.::Serikandi_Umar::.: Renungan Buatmu Sahabatku....

.::Serikandi_Umar::.: Renungan Buatmu Sahabatku....

Wednesday 16 March 2011

cinta merubah semuanya~


bismillah~

   assalamualaikum teman2  yang saya kenali mahupun x..yg penting kita semua adalah saudara ssama muslim..itu semua sudah cukup kerana kita semua dulu,kini dan selamanya telah dikurnianya 2 nikmat dari Illahi yang terbesar yakni nikmat iman dan islam...Alhamdulillah...


  jika merujuk pada tajuk yang terpapar mungkin ada shj yang tersenyum lebar dan mungkin juga ada yang berkerut dahi.mungkin student masisupa zon 4 terutamanya muslimat pernah terbaca tajuk ini untuk kuliah subuh.ttpi,xkesampaian untuk mmberi kuliah krana ada hal.maaf ya..dan juga ada yang berkerut..kerana apa?kerana,ada ssetengah pelajar yang x suka jika sy bicarakan tntang cinta..


baik!kita disini bukan untuk mnafikan dan mnyangkal cinta..dan bukan juga untuk mnyemarakkan cinta sesama insan yang tiada ikatan.cinta ini terbahagi kpd 2...

pertama:cinta kepada Al-kHALIQ(PENCIPTA)

dan yang kedua : cinta kepada insan @ manusia...

cinta kpd insan tyrbhagi pula kpd 3: 1)Rasululllah
                                                              2)ibu bapa
                                                              3)manusia biasa yang tiada apa2 ikatan yg sah...


baik...kita terus kpd cinta kpd pencipta..Dia Yang Maha Esa dan Maha Segalanya...tiada Yang lain melainkan Dia...Tanpa rahmat dan kasih sayangNya,kita x dapat mrasa cinta dari manusia..ingatlah!! cintalah kpd yang mnciptakan insan itu sendiri..spt yang telah kita dengar saban waktu..seperti msg yang sentiasa kita baca..


cinta kan bunga,bungakan layu..
cinta kan manusia,manusia kan mati...
cintakan Allah..itulah cinta yang hakiki dan kekal abadi.....

bisa sekali kita  mncoret kata2 seperti diatas..ttp,manusia..lumrahlah..ingin mncintai dan dicintai...apa kata kita cari dahulu cinta Allah sebelum mncari cinta insan...yang penting,jika kita mnggapai cinta Allah..sudah tentu cinta manusia kan kita sentuh....percayalah...sy bukan inginmnyalah sesiapa dan ada yang akan mngata bhawa sy bajet baik..ttpi sudah tanggungjawab ssama muslim..salinga tegur mnegur satu sama lain...

   seperti yang telah yermaktub dalam al-quran

    "berpesan2 dengan kebenaran dan berpesan2 dengan kesabaran"(al-asr:3)

  benar bukan?mngapa sy terlallu brani untuk mmbicarakan dan mngetengahkan tajuk ini?kerana sy x terjebak dengan cinta mnusia...ttpi mungkin shj ada yang akan mngutarakan kbimbangan dan persoalan dalam benak..

   mari kita ungkap,marikita singkap satu persatu persoalan dan kerisauan yang berlegar2 dalam kpala sahabat2 kita...


yang pertama:bukan ke lumrah manusia yang ingin mnyatangi dan   
                         disayangi?just nak kawan  jew...bukan ape pon...call 
                         sikit2..tnye kabar...tnye ape crite  tntg  masisupa...menang  
                         ke x??ader injured ke x??so,nak wat cmne?? 

answer:  mmg lumrah manusia ingin rasa disayangi dan mnyayangi..ttpi,perlu ke kita mncari kasih sayang dari insan yang xpasti akan kita miliki?lagipun,manusia ny bukan kita punya..hnya pinjaman sementara...

"dan tidaklah kami ciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadah"                                                (az-zariyat:56)

kita hidup ssama kita ny adalah untuk  beribadah...beribadah pula bukannya hnya sujud..rukuk dan solat jew...apa yang kita lakukan kat dunia ny adalah ibadah...back to da point! dah melalut ke lain dah ny...
juz nak kawan?bukan ke ramai lagi perempuan yang belum kita jdikan kawan?apa perlu llaki untuk mnjadi kawan kita?ada yang akan mngatakan...llaki ny paham sikit kita..itulah yang dinamakan taktik yang selalu dgunakan oleh orang llaki ny...dyorang ny mmg akan mnjadi pendengar yang sangat setia pada mulanya...tp,ingatlah wahai teman seaqidah...jgn mudah kita mmpercayai manusia...dgn mnelefon.boleh mnjerat kita kpd zina...zina hati...yang penting bila kita bercakap..mesti ada terbit rasa lain macam..dan ingat jugalah bhawa jika kita berdua,ada yang ke3(syaitan)...
    
   Allah dah befirman:

      "jangan mendekati zina"

  sy x ingat surah apa...Allah x ckp jgan buat zina..tp,Allah kata JANGAN MENDEKATI!!maknanya jgan mnjebakkan diri dengan perkara2 yang akan mmbawa kepada zina....nak tnye pasal masisupa?macamlah xderk kawan2 sejantina utk tnye pasal msisupa?sj mncari alasan untuk mnyelamatkan diri...tolonglah fikir kehadapan sedikit...jgnlah berfikiran kolot....matlamat  xmenghalalkan  cara...ingatlah wahai teman yang aku syangi sekalian...



Wahai Yang Maha Pengasih,
jika sahabatku ini jatuh cinta,
benihkan cintanya kpd seseorang 
yang melabuhkan cintanya kpdMU,
agar bertambah kekuatannya untuk mncintaiMu..


Wahai Yang Maha Pemurah,
jika sahabatku ini jatuh hati,
izinkanlah dia  mnyentuh hati 
orang yg hatinya tertaut kpd-Mu..
agar dia x jatuh dalam jurang  cinta yang murah...

Wahai Yang Maha Penyayang,
jika sahabatku ini rindu..
rindukan dia kpd seseorang yang mnjaga rindunya kpd-Mu..
agar dia x lalai dalam merindui surga-Mu...


  ingin ku luahkanwahai sahabat,,,meskipun ada sepotong hadis yang mngatakan...

"sesiapa yang mncintai seseorang,maka luahkanlah"

jika kita lihat disini mmg mbenar kalau jika jatuh cinta,luahkanlah..mka luah mcm mana?ini adalah untuk mluahkan bg yang mmpu untuk brkahwin.xkanlah kita dalam usia begitu muda dah ingin kawin?jika kita mncintai seseorang..mka pendamkanlah dahulu...

 ingatlah tntg hadis ini pula...

  "sesiapa yang jatuh cinta,kemudian dia mnyembunyikannya shgga kmatian datang mnjemputnya,maka dia adalah seorang yang syahid"...

allahu akbar!!  xternilai rahmat yang Allah kurniakan satu persatu kpd kita meskipun kita sujud ataupun meninggi diri...Allah yang mnciptakan kita...so,Dia dah tahu kepada apa manusia itu cenderung...xlarang kita mncintai seseorang...bahkan Allah siapkan jalan2 untuk kita mncapai cinta itu dengan cara yang halal disisiNya...

renung2kan ya sahabt....

buka mata..pusingkan minda dan aktifkan otak kalian...jgnlah kalian hidup dalam nafsu yang xterdidik....

wallahu a;lam bissawab...

jika ada salah dan silap harap ditegur....


catatan pencinta_syahid94
             2:07 p.m
tatkala memikirkanmu sahabat



bicara teman~

sahabatku,
sedarlah bahawa hati ini terlalu merinduimu..
aku sudah x kuat menanggung rinduku ini..
aku rindu utk menatap wajahmu sahabat..
aku rindu akan kehangatan pelukan kasihmu teman..


sahabat,
aku rindu akan laungan jihad kita bersama wahai rakan jihadku..
bersama menggetar sanubari tatkala melaungkan takbir!!!
juga doa wehdah yang lantang jua bersemangat..
tatkala itu aku bangkit dengan ruh juang yang baru..



sahabat,
bilakah kan kita ketemu lagi?
dalam sebuah halaqoh yang bertunjangkan akidah yang satu,
menggenggam erat tangan menadah doa..
yang seringkali kita gentarkan musuh nyata..
bersama rasa ruh juang yang x pernah pudar..


teman,
aku terimbau kenangan kita bertamrin,
indah sekali saat itu..
ingatkah lagi engkau kata-kata ini?
yg x pernah lekang dari bibir...


"ana adalah enti..enti adalah ana..kita adalah roh dalam satu jasad"



kita pasti kan ketemu lagi..
aku yakin dengan aturan illahi
ukhuwah kita berdasarkan keimanan ukhtieku sayang..
dengan nikmatNya yang terbesar yakni iman dan islam....


sabarlah kita dalam menempuh ujian...
kerna sekali kita melangkah ke dunia dakwah..
ibarat selamanya kita terseksa..
ttpi ingatlah mujahadah itu perit kerna syurga itu teramatlah manis...

Tuesday 15 March 2011

bantu aq wahai muslimat..

assalamualaikum...

  sahabat..dlm aq mnongkah arus kehidupan yg x bisa aq bayangkan...terkadang aq tersasar jauh dari landasan yg sbenar..aq merangkak dlm mncari sinar illahi..ingin skali aq mnjdi spt sang pelangi yg bisa mmbahagiakan insan lain terutama kamu semua..ttp,aq sedar..aq hanya insan yg seringkali terjerumus kelembah yg aq sendiri x pasti..

   shabat..aq ingin engkau patuh dan bantulah aq kali ini..aq amat2 mmbutuhkan pertolongan kalian..tolong janji dengan aq!pimpinlah aq jika aq tersasar dari landasan g sebenarnya..jangan engkau biarkan aq trcungap2 mminta pertolongan dalam lautan dusta yg nyata dekarang..tolonglah..bntulah aq dan selamatkan aq jika engkau fikir aq temanmu..

    seandainya aq dlm keadaan sdemikian..tentulah aq tidak lagi mmpercayai kata2mu...kerna hati aq telah dtampal dgn titik2 hitam..dan tolonglah aq dsaat itu...kau pimpin lah aq..pimpinlah aq untuk tetap berada diatas jalan yg Dia redhai selalu..dan singsinglah lenganmu sambil mnarik tanganku untuk tetap berdiri diatas bumi yg nyata saat aq hilang harapan dan hilang percaya pada diriku sendiri..aq x tahu apa yg bakal mnimpa aq 1 saat dari sekarang..1 minit dari sekarang..1 bulan dari sekarang..1 tahun dari sekarang..

   aq mohon dan merayu pada kalian agar bntu aq dan pimpinlah aq dsaat aq tersasar jauh...tariklah dan bantulah aq berdiri semula dsaan aq jatuh dan x berdaya..kau berilah santapan kpd rohani aq agar aq kmbali pd Allah yg satu saat aq kcewa dek mainan dan tipu daya dunia..ssungguhnya..aq x mahu tenggelamnya kbenran dalam kbnjiran dusta..kbenarn kini kian tenggelam dek kerana mata yg bisa mlihat mewahnya dunia..x bisa mrenung dan mngingat azab Allah jika mlkukannya..

  justeu itu,aq pohon bantulah aq..kerna mungkin shj aq termasuk dlm golongan yg sdemikian tanpa aq sedari..dan dsaat itu aq mmbutuhkan janjimu..walaupun tika itu aq tidak lagi mngingati akan jnji ini....

bntu aq sahabat...
pimpin daku teman...
tunjuki aq landasan yg dredhai ya sodiqi...

wallahu a'lam...

cara untuk menilai diri~

assalamualaikum...

   kehidupan kita ny bnyak peringkat ataupun kategory..such as kanak2..teenagers..belia..dan lain2 lagi..dlm tiap2 peringkat ny msti berbeza dari sgala aspek..contoh amal ibadat kita..juga ganjaran pahala bg yg baligh..apa yg saya ingin ktengahkan adalah konsep see..talk and make a change..macam mana??

   semua sy ambil kata2 dari ustz sekolah saya iaitu us.Arshad smasa bliau mnyampaikan kuliah maghrib..katanya..lihatlah anak2 kecil (mcm kanak2 yg x baligh lagi area 5-8 thn)..dan tgok diri kita juga..katakan pada diri kita tntg anak kecil tu..dan bndingkan amalan kita..mungkin ada sebelah pihak yang kata.."alah..buat apa nak tengok budak kecik..dyorang tu pikir bukan betol pun..bt semua bnde..bukan tau pun pasal dosa pahala..YES!! that's right.

  sbb tulah sy suh tgk bdk kcik tu..sbb dyorg x derk account amalan lagi..sbb tu dyorang bebas..so,maknanya..diorang tu suci..bersih..tiada satu pun titik hitam dalam hati dyorang..xyah crite lah hal account amalan dgn mumaiyiz tuh...skarang just tgok dosa dan pahala je..masa kita kecil dan belum baligh..kita boleh buat semua tu..xdek pon yg nk catatkan dosa atau pahala..cuba bermonolog dlm diri..kalau dbndingkan dgn budak kecik..sapa lagi bnyak dosa??hati siapa paling bersih?cuba think +ve pd org lain dan think -ve pd diri sendiri agar kita dpat lakukan anjakan paradigma pd diri kita..

  then,tgok pula pada insan yg lebih tua pada kita..tp,jgn lah tgok pada 0rg yang tua stahun or 2 tahun dari kita..carilah yg lebih berusia..are 60 -70 an..fikirkan je amalan pakcik dan mak cik tu lagi bnyak dari kita..xkan kita nk ckp.."xpelah..cukup dah ny...buat ape bnyak2"..HEI!!wake up!!cukup ke slama ny kita buat??perfect ke kita dlm sgala urusan kta??ikhlaskah kita??renung balik..tiada istilah cukup bg yg merindukan atau x sabar mnnti negeri abadi dalam beribadah..mungkin saja dlm ssuatu urusan kita tu ada sedikit cacat cela..dan..mana tau x dterima...hidup ny hanyalah untuk beribadah..

firman ALLah :"dan tidaklah Kami jadikan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadah (kepada Kami)"(Az-Zariyat:56)

  so,semuanya dah terbukti dlm Al-Quran..terserah pada kita untuk buat atau tidak...Allah x paksa..tp,Allah janjikan ganjaran bg yg mlukukan dan azab yang amat pedih bg yang meninggalkan apa yang disuruh..pilihlah..

sama2 duduk sebentar dan fikir sejenak..
mengajak minda dan hati mncari punca...
dan bergerak seiringan dgn syariat Islam yg hakiki...

Insya Allah..
Wallahu a'lam..
gapailah tanganku dan pimpinlah daku..
bersama2 mnuntut ilmu Allah utk duniawi dan ukhrawi yg utama..

setitis rasa kasih~

detik saat x pernah mnunggu aku...
jadi aku yang harus mngejar...
dlm perkiraan waktu yang semakin pantas berlari...
aku jadi terpinga2 dan terkilan...

sedarkah kalian akan apa ynag sedang kalian lakukan?
mruntuhkan iman yang telah dibina..
perlakuan yang tidak disedari..
sedikit demi sedikit mngajak kpada zina..astaghfirullah...

ingatlah wahai sahabat...
cinta manusia x bermakna...
jikalau cinta Allah dan Rasul x pernah terbit dalam hati...
lebihkanlah cinta Pencipta dari cinta makhlukNya...

nauzubillah min zalik..
pernahkah kalian terpikir dan hayati apa yang telah kalian pelajari?
ilmu fikh,tauhid,al-quran dan lain2??
tolong..jgn mmburukkan madrasah kita....

jika kalian inginkan maksiat atau zina...
pergilah ke tempat yang tiada siapa pun nmpak...
pergilah ke tempat ynag tiada undang2...
pergilah ke tempat yang mana tiada siapa yang kisah tentang anda..

dimana?
mana ada tempat seperti itu..
fikir2 dan renungkan..
dalam mmberi sepatah dua kata..
bukan untuk kalaian shj...malah untuk diri saya...

kerna padaku..
jika kita bisa elakkan dari c0uple..
bermakna kita boleh elak yang lain..
jika sebaliknya...
bermakna ia adalah hamba Allah yang amat2 rugi...