Thursday 25 April 2013

Bila dah Remaje !

Bismillah..



   Straight to da point adalah tengtang chenta.memnag aku suka tulis tentang chenta.hahahhaa...best ape.kahkahkah.semua orang suka kan tajuk chenta.ia akan merubah segala-galanya.kehkehkeh.amek kaw !Bila sedang bercinta,semuanya indah dan damai.kentut pun wangi.ayyarrkk!! pelik betullah.cinta itu buat.kuangkuangkuang.betul ke?ke orang yg bercinta tu yg buta..huhu..betullah tu.mmg da buta.huahuaha..dah2.jangan marah.guraa je..ni geram sebenarnye.dah tulis bnyak dah td.terdete plak.adeeii..sakit hati betul..ok2x..teruskan dengan apa yg aku nak katekan.percintaan 'suci'bg pasangan dua sejoli.seperti belangkas.pegi mana2 berdua.pegang tangan.bergamba sket2 berdua.rapat2 plak tu.wah ! sucinya !! haha..kan dah kene.ape?xkene?urm..ade prasaan tak tu yg xterkena?hehehe..

   Itu bila dialam percintaan.bak kataorang,tengah belayar,baru kat tepian.mane ade ombak lagi.angin sepoi-sepoi bahase yg cukup mendamaikan.haha.tunggulah tengah lautan tu nanti.tergoyang ke tidak.haha.perhubungan yang tidak sah disisi agama,bukan sikit cabaran nye.bertimpa2 tau tak?sudah jatuh ditimpa tangga.jatuh tangge ditimpa rumah pulak.hehe(ade ke gitu?) gasak lah.haha..itu bila bahagia menjelma.kau ibarat bunga.kau umpama bintang.gred bape sastera korang?haha.bila dah putus ataupun clash.habis semua yg dahulunya wangi(kentut contohnya) semua jadi busuk.semua yg indah(indah laaa sgttt) semua jadi buruk.habis disumpah seranah sane sini.kutuk sana sini.adeeii.geram ! penuh kat wall fb.aku benci dia.aku kaciwa.haha.spe suh mula?haha.tapi ade satu lg plak yg jenis baguih.positif beb.xpelah.

xpelah.bukan jodoh aku dgn kau gamaknye.hahahha.xpelah.allah maha mngetahui.huhu.ya allah ! kuatkan aku utk harungi segala ini.trima kasih kerana mnyedarkan aku yg dia xbaik buatku.adeeii..tepuk sket dahi beb.eh ! silap! tepuk dada tanya iman lah,kawan.Alhamdulillah ingat Allah.sayu hati membaca status mereka2..hik3x..baguslah kalau dah sedar.

kata-kata yang sungguh indah dan mendamaikan hati.cewah !  Tapi,jangan waktu clash tu je baru nak bersabar.baru nak bersyukur kat ALLAH c0z tunjukkan keburukan si dia untuk mengubah diri.eerrkk!! macam pelik je.ok ! terserah ! memang semua tu betul.Dia datangkan seseorang yg salah,untuk mnguji kita.samaada kita lebihkan NAFSU ataupun kita lebihkan IMAN kita.check skarang !!! haha..Kalau dah sedar,itu bagus.tetapi,jangan pula tersungkur utk kali kedua dan seterusnya ok? hehe..terbaik(nada booyboi)haha..

  Kawan-kawan,
Tau tak sebab apa boleh jatuh chenta?haha.pandangan ! sebab itu Allah suruh tundukkan pandangan.Bukan Ulama' suruh.Bukan Ustaz Ustazah yg suruh.bukan kawan-kawan yg suruh.tapi Allah yg suruh.tak percaya? jom check sesama..


  Bagi lelaki:-

   "katakanlah kepada lelaki yang beriman,agar mereka menjaga pandangannya,dan memelihara kemaluannya,yang demikian itu lebih suci bagi mereka.Sungguh Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat"(An-nur:30)

  ha ! Dah ade bukti dah kan.Lepas ni mata jangan meliar ye wahai lelaki.Kalian seorang yg BERIMAN jika kalian MENJAGA dan MEMELIHARA pandangan kalian dari perkara yg haram dan maksiat.terbaik lah ! Aman dunia kalau semua lelaki macam ni.hehe..ameen..ape?perempuan boleh pandang?haha..sabar lah.nak crita kt pompuan la pula ni.Allah kan adil.Dua2 diberi peringatan.Dua2 diberi jalan.Dua2 diberi ganjaran(itu pun kalau ikut apa yg Allah suruh dengan ikhlas) haha..okey? bagus !

  Ha! wahai perempuan,amboi sakan gelakkan lelaki ye?ingat perempuan boleh meliar ke mata? no no okey ! haha..Ade pesanan khas jugak buat perempuan tau x? meh kite nengok,bace dan hayati.ops ! amalkan sekali lah yerk !

  "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman,agar mereka menjaga pandangan,dan memelihara kemaluannya,dan janganlah menampakkan perhiasannya(auratnya),kecuali yang (biasa) terlihat.Dan hendaklah mereka menutup kain kerudung ke dadanya  dan janganlah menampakkan perhiasannya(auratnya),kecuali kepada suami mereka,atau ayah mereka...."(An-Nur:31)


  Maaflah sebenarnya panjang lagi.tapi,xde mase nak taip.hehe.ngantok doh.sket je lg okey? Faham dah?Orang kata ape? 'dari mata turun ke hati'.haha.betullah tu.kalau xjage mata or pandangan,ia kan turun ke hati.Jika hati itu suci,xpe lagi.boleh basuh dengan clorox cap IMAN.tapi kalau hati itu kotor?nak basuh dengan apa?takut plak clorox yg diguna tu cap Nafsu.habeslah.kita kan manusia.kita tak tau hati kita ditahap apa.iman manusia pula adakalanya naik dan adakalanya menurun,jan?sow,apa2 hal..kenelah jage perkata terpenting.iaitu pandangan.yup ! itu yg penting.
xpercaya?Ni ! Rasulullah pun ade bgtau.

"pandangan mata adalah panahan dari panahan syaitan.sesiapa yang menjaga pandangannya,Allah akan mencampakkan ke dalam hatinya kemanisan iman yang akan dimiliki sehingga hari bertemu denganNya"(Hadis Riwayat Muslim)

WAh ! Dah kene panah la beb.sakit?Sakit itu akan terasa bila ada rasa iman dalam jiwa tau?haha..contohnya,bila dah tangkap lentok dengan chenta.semuanya indah.menjalin hubungan berlainan jantina.wah.xsakit beb.just kene 'suntik' pil khayal.haha..indah.cantik.best.semua adaaaa..haha..betul x?tapi bila hati disapa iman,Allah ! sakitnye xterperi.begitu ianya menanahkan hati.rsa nak pecah-pecahkan je nanah tu bukan?haha.xyah pecahkan.sapu ubat,sabar.ingat ! jangan sapu dengan minyak afiat.bukan makin baik.makin teruk adalah.sapu dengan gamat(yeke?)apa-apalah.asalkan dengan ubat yg sepatutnya.

Dalam proses baik pulih,memang sakit.tapi hati kene kuat.jiwa kene tabah.Sakit utk baik sementara dan berbaloi daripada sakit yg mencampakkan kita ke neraka.haha.faham ke tidak?sastera tahap everest tuh.hahaha..ape-apelah.haha..maknenya,berubah kepada kebaikan tu,mmg susah sket.tapi ianya berbaloi.semuanya indah jika ia bersulam rasa cnta pada Allah.

    ok!Kalau mata jaga,tapi aurat tak jage,xjadi jugak.sebab tu Allah ade pesan kat perempuan.dengor ye pompuan.ops ! bace dan teliti ye pompuan.Jangan menampakkan aurat.sebenarnya,bila dah kitakan perempuan,automatik ianya aurat.lelaki akan attract terus kat perempuan ni. seriously ! mana -mana kita pergi kene hati2.Dengan pakaian,dengan pandangan.semuanya tau.Sebab wanita itu sendiri adalah aurat.suaranya lagilah.jangan lembut sangat , jangan kuat sangat(nakmenjage lah katekan)..haha.agak-agaklah beb.Bersederhanalah.ok?

  Jangan takut untuk berubah, dan jangan lah sesekali berubah kerna manusia.takut ianya hanya sementara.tapi,jika kita berubah kerana Allah,insyaa Allah Dia akan guide kita,kay?nak berubah pun kene ade ilmu tau.alamak ! susahnye..eh2! sabarlah dulu.adoi..cepat sangat susahnya.xsusah manelah.senang macam makan kacang je..kunyah je..haha.carilah kawan yg boleh membimbing  kita.xde?tulah suruh cari/sebab,bila kita lemah,ada yg tolong support.kan best?hehe..then,serahkan semunya kepada Allah.Tawakkal kepada Allah.

"serahkan dirimu sepenuh hati kepadaNya.dengan itu Allah akan memberi kekuatan sebagai kelemahan,memberi keamanan sebagai ganti dari ketakutan dan memberi kecukupan sebagai ganti dari kemiskinan"(prof Dr.Yusof Al-Qardhawi)

  Jangan kata tak sampai seru tau kawan! Seruan Allah tu tiap-tiap mase ade.cuma kita je xsedar.pandang keliling kita dengan mata hati.bukan dengan pandangan mata kasar.dari kaca mata seorang hamba yang sentiasa mengharapkan ampunan dan rahmatNya.Bukan dari kaca mata hitam Nafsu yang penuh noda yang membawa dosa.kita bijak jika kita pandang dengan Iman.

   Semoga Bermanfaat ! Couple dengan Allah dan Rasul je ye. Kalau dah suke,nikah je terus.haha..itupun kalau mampu lah.kalau xmampu,puase yerk.Al-maklumlah,bila dah meningkat remaja,ade je yg menarik kearah bende-bende macam ni.Yang penting kita pandai kawal.Kalau hati dah berkenan,doalah pada Allah.Minta Allah tunjukkan jalan dan bimbing diri.Agar xterikut2 trend sekarang yg membawa ke jjurang binasa.xsalah kalau suka.Cinta dan Suka itu Fitrah.Cuma terserah pada kita bagaimana nak salurkannya..



Wahai teman,
jika hati meronta ingin kasih manusia..
itu bermakna kurangnya kasih pada Yang Esa..
jika mata menangis kerana hati xdengar pada bisikan syaitan..
itu bermakna mata itu mulia kerana patuh arahan Tuhan..

Jika kau dikatakan ketinggalan zaman kerana xpunyai kekasih hati..
jika kau dicemuh kerana sudah berubah kepada kebaikan dr jahili..
jika kau dikeji kerana sombong terhadap kata2 manis sang lelaki...
sebenarnya kau meletakkan Allah dihati yg tiada ganti..

"ANDAI NAFSU DAPAT KAU TAHAN,
    TANGISANMU HANYA KERANA TUHAN"

wallahu a'lam =)




Tuesday 23 April 2013

Adik kecil yang 'bijak' ! =)


   Bismillah..
   -ni bukan adam.ni cezen-


 Adam.Seorang kanak-kanak yang sungguh comel.Pipi yang sungguh tembam dan gebu,pabila dicubit sekali,selamanya akan kemerahan pipi ‘cute’ itu.Dahulunya dia selalu ditimang2 oleh aku dan kakak.kata akakku, “angah,cuba kau angkat ! Lenguh tangan”.aku Cuma ketawa.sememangnya siapa yang jumpa kanak2 sperti Adam,ingin sekali mendukungnya walau sedia maklum tangan pasti lenguh sesudah mendukungnya.kini,aku terlihat Adam dikawasan rumah.Jika ingin ditimang2,bukan shj tangan terasa lenguh,bahkan seluruh badan.Masih tembam dan comel seperti dahulu.Mungkin sekarang Adam berumur sekitar 5 atau 6 tahun kerana pukul 8 dia ke taska di kawasan bawah rumahku.

   Seorang lelaki yang agak berumar menemani Adam dari kawasan atas (kawasan rumah agak tinggi.main skate best !).Beberapa langkah menemani Adam,ku lihat Adam berjalan sendiri menuruni bukit(bukit laa sgt! Haha) untuk menuju ke taska sambil diperhati oleh akinya(same dengan atok lah).Sampai dalam beberapa langkah,Adam patah semula ke atas.Sangkaku,Adam takut dengan salakan anjing2 ‘comel’ dikawasan rumah.Tapi hairan menerjah benak.Kalau takut,mungkin Adam lari.Tetapi dia berjalan sperti biasa.Seakan tiada apa yang berlaku. ‘oh ! Mungkin tiba2 tak nak pergi taska.mcm aku jugak dulu.hehe’,celotehku sendirian sambil menjemur pakaian di ampaian.

   Mata masih lagi memandang Adam. ‘’aik!Kenapa?” Tanya aki kepada Adam dek pelik mngapa cucunya berpatah balik.Adam Cuma berjalan tanpa menghiraukan persoalan akinya.Ibunya yg juga memandang disebelah kereta menjadi pelik.Lantas Adam berkata “ nak salam aki dulu”.Allah ! Anak kecil yang berumur  sekitar 5 hingga 6 tahun meminta restu akinya untuk belajar? Kita? Terkadang terlupa bukan? Dek kerana ingin segera ataupun sudah terlambat utk ke sekolah atau kolej.(kalau dok hostel jgn menyebok =P ).Tatkala bibir mulus si kecil itu melontar kata-kata yg sungguh membuatkan hati ini jadi sayu,terpancul dari mulut seorang aki. “Allah !”.Adam bukan hanya dapat salam dengan akinya.tap Adam dpt ciuman ikhlas seorang aki.restu+redha.tak ke untung?

   Tersenyum aku seorang diampaian.Kalau orang Nampak aku begitu,mesti ingat aku gila! Hehe.tak kesah lah.Asalkan aku senang dengan keletah budak kecil itu yang bernama Adam. “dah2! Pegi kelas”,kata akinya.balas Adam “jap.salam ibu pulak”.Allah! Segera ibunya menguir senyuman penuh ikhlas dan mendapatkan Adam.lagi sekali.restu+berkat+redha.Subhanallah ! Bnyak nye pahala Adam ni bg kat mak dia.anak yang baik.yang belum baligh,yang buat kebaikan,pahalanya akan diberi kepada ibu bapanya.mabruk Adam ! Lalu Adam meneruskan ‘langkah’ menuntut ilmunya itu dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir dan tangan menghayun laju,menceritakan rasa hati  yang ceria dan senang.ingin sahaja aku buat video brtajuk : “ingin hati tenang bila menuntut ilmu?” by Adam.haha.comel jugak.sambil menoleh ke kamera dan thumbs up lalu berkata, “Adam tenang dengan berkat insan tersayang(yg halal ea !)’’ dengan lakonannya seperti yang ku lihat td.ARRGGHH !! berangan.haha.

   Kanak-kanak yang sudah diajar dengan amalan seperti ini,dirasakan seperti hilang sesuatu dari diri pabila terlupa untuk melakukannya.Teringat kisah seorang ulama’ yg mahsyur,tak ingat namanya.Beliau naik kereta untuk memberi ceramah (kalau tak silap),sudah terlalu lama perjalanan dari rumahnya.beliau teringat beliau lupa untuk NIAT.Lantas patah semula kerumahnya dan turun dari kereta.Masuk ke rumah.NIAT dipasang,dan baru diteruskan perjalanan semula.Allah.seorang yang terlalu mementingkan niat.


Daripada Amirul Mukminin,Abu Hafs,Umar bin Al-Khattab r.a,aku mendengar Nabi S.A.W bersabda : “sesungguhnya setiap amal itu dinilai pada apa yang diniatkan.Setiap orang dinilai dengan niatnya.Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya,maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan rasulNya.Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia dan wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu”(riwayat Bukhari dan Muslim)

Monday 22 April 2013

Ajariku ilmu persiapan mati T_T

Bismillah..


   Sahabatku tercinta yang sangat aku rindu,sangat aku sayang dan sangat ingin aku tatap wajahmu.Tolong ajari aku ilmu persiapan mati.Walau kita tidak tahu siapa yang bakal menjadi jenazah dahulu.Sama ada aku ataupun kamu yang bakal dijemput ajal,duhai sahabat tersayang yang jauh dimata.Sungguh aku merasa gerun,sahabat.Aku gerun dan mungkin juga takut untuk meghadapi mati.Kata seorang teman di alam facebook, "jika kau takut mati,itu bermakna kamu tidak bersedia utk mnghadapinya.kerna amalmu dirasakan kurang".

Sahabatku di bumi yg penuh barakah,aku tidak meminta kamu membentangkan ilmu persiapan mati berjela-jela dihadapanku ataupun melalui slideshow 'osem' spt video tntg kita dahulu,tidak pula mnyuruh kau tempah 'tiket segera' utk ke malaysia semata2 untuk mmbentangkan padaku ilmu2 persiapan mati.tidak perlu sedemikian rupa.ianya tentu mnyulitkan dan mnyukarkanmu dalam keadaan sebegini.aku ingin memudahkanmu bg memudahkanku.

 Sahabatku yang penuh tarbiyah didalam dada,kau ajari ilmu persiapan mati itu dengan perilaku dan tingkah kamu yang sungguh mngingatkan aku tentang kehidupan di akhirat.itu sudah memadai.kau ajari aku ilmu persiapan mati dengan nasihat penuh bermakna bersulam kasih kerana Yang Esa.itu sudah memadai.Kau ajari aku ilmu persiapan mati dengan memaafkan insan lain disekeliling walaupun hati perit utk mlakukannya.itu sudah memadai.Kau ajari aku ilmu persiapan mati dengan msg yg sarat dengan tarbiyah agar aku sentiasa ingat segala didunia ini takkan kekal melainkan Nya.itu sudah memadai.

  Sahabatku yang lembut bicara kerana iman tertanam dalam jiwa,kata-katamu shj sudah mampu membuatkan diriku 'tersentap' dengan kesalahan yang aku lakukan dahulu.ianya ilmu persiapan mati.kata-katamu yg berbunga kasih kerana Allah membuatkan mata ini mengalirkan butiran permata jernih dahagakan ampunan Allah.bukankah itu juga ilmu persiapan mati?Nada suaramu yang tidak pernah ditinggikan,mengingatkan aku tentang peribadi Rasulullah yg terlalu berlemah lembut pada ummatnya mnyentuh hatiku.Tidakkah dengan mngingati dan merindui Rasulullah itu juga adalah sebahagian dari ilmu persiapan mati?

Sahabatku yang sering melemparkan senyum manis dibibir menambahkan pahala sedekah,sentiasa membuatkanku senyum keseorangan pabila menatap wajahmu dan kenangan kita bersama.Menambah lagi rasa sayang padamu kerana Allah.bukankah kita berkasih sayang kerana Allah?Kau tidak pernah melalaikan aku dengan perkara maksiat.Bukankah itu juga ilmu persiapan mati?

Sahabatku Sampai Syurga,hanya engkau seorang..
   Katamu,perilakumu,tingkahmu,gayamu,senyummu,nasihatmu,marahmu semuanya bgku adalah ilmu persiapan mati.Dari seorang yang amat aku sayang,cinta,rindu dan hormat membolehkan aku belajar ilmu persiapan mati.Sentiasa mengingatkan aku tentang kehidupan diakhirat,membuatkan aku sedar dengan izinNya,tanpa kau sedar wahai sahabatku.

Sahabatku,
terima kasih tak terhingga aku rakamkan jauh disudut hati..
kerna kau mengajarkan aku ilmu persiapan mati..
moga-moga aku tenang pabila bertemu illahi...

Monday 8 April 2013

guruku !


hadirnya seorang guru xperlu diragui...
jgn dipersoal kredibiliti...

jalan dakwah itu !

sahabat,




setinggi mana kau harus daki untuk kecap bahagia disyurga abadi.
setingggi mana kau harus daki utk merasa manisnya pengorbanan kerana Rasulullah.

dekatkan hati dan jiwa dgn al-Quran !





kalau kita nak Allah bercakap dengan kita,bacalah al-quran..
kalau kita nk cakap dgn Allah,solatlah...
hati xkan mati jika sentiasa bce al-quran...
hati xkan lemah jika berdampingan dengan al-quran...
hati xkan kecewa jika didada penuh dengan ayat al-quran...

pejuang !
walau sesibuk mana pun kau dengan tamrin....
walau sesibuk mana pun kau dengan usrah...
walau sesibuk mana pun kau dengan program membina...
walau sesibuk mana pun kau dengan kem tarbiyah...
jangan pernah kau tinggalkan al-quran....

kerna al-quran itu penguat jika rase lemah !
kerna al-quran itu penyelamat bile kau rasa terancam !
kerna al-quran itu syifa' bila kau sakit !
selamanya al-quran itu segalanya...
 

Sunday 7 April 2013

anakmu asetmu : samaada menikkan islam atau tidak !


didiklah anak-anak ketika masih kecil dengan agama...
jgn biarkan mereka leka dan seronok dengan hiburan yg melampau...
jauhi mereka dengan hedonisme yg semakin mnjadi merosakkan peribadi muslim..
agar kelak mereka mnjadi pejuang agama...

hiasan seorang wanita muslimah !


malumu mahkota yg tidak perlukan singgahsana...
tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama..
duhai wanita !
malumu itu cerminan bg imanmu...
malumu itu mampu memberi impak yg besar..

pd nama baikmu sendiri..
pd agamamu sndiri..
pd ibubapamu sendiri..
pd teman2 mu sendiri..

ianya sgt berkuasa !
malu mu adalah hiasan dirimu sebagai wanita islam sebenarnya..
ya ! sebagai wanita islam, malu itu adalah harus bgmu..
agar maruahmu terpelihara..
agar imanmu terjaga..
agar akhlakmu mulia..

malu juga haruslah kena pd tempatnya...
awasilah rasa malu mu itu...
agar ianya tidak terkurang dan tidak terlebih..
seiring dengan tuntutan agama yg terbaaaeekk sepanjang masa..

ayuh bersama2 !! ;)

SOROTI KISAH TERDAHULU YANG MENDAHULUI :-

Duhai manusia yang menggelar dirinya pejuaang agama !




Selamilah UMAR AL-KHATAB seorang yang berani dan gagah.Tatkala sahabat yang memeluk islam sewaktu hijrah pergi ke madinah sembunyi-sembunyi.takut.Umar turun ke kaabah.tawaf 7x dan solat 2rakaat.dan bertnya pd kafir quraisy yg berkelompok2 ” Hey ! siapa yang nak si teri jadi janda?siapa yang na jd anak yatim?ni umar.sudah islam.xperlu bersembunyi” smbil mnunjukkan pedang.kerna yakin dgn kebenaran islam!

seperti didalam firman Allah dlm surah ali-imran ayat 139:

139. Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa Yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang Yang tertinggi (mengatasi musuh Dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang Yang (sungguh-sungguh) beriman.

contohilah kesetiaan yang mulia seperti Anas bin Malik , mendampingi rasulullah kerana akhlak baginda yang sungguh indah.sudah menipis kewujudannya diakhir zaman ini.”sekian lama aku mngikuti rasulullah s.a.w, xpernah beliau berkata kasar.kerna itu anas setia.sebarkan akhlak seperti baginda."aku diutuskan utk mnyempurnakan akhlak y mulia (hadith)

jadilah berani dan Kritis seperti Salman al-Farisi di madinah sewaktu perang khandak.dia mngusulkan kpd nabi supaya buat parit seperti di parsi dan rasul menerima.Mahu atau x yg mnerima pandangan anak muda?