Thursday 31 January 2013

Eh samelah !


       -luar sama dalam hanya allah yg tahu-

     Ape yang sama dan bukan semuanya sama? Ni nak habaq sket ni.Petang tadi tengok tv.Satu family dlm tv tu adalah satu keluarga yang sederhana.Keluarga yg mmpunyai 3 orang anak dan mempunyai masalah dengan keluarga sebelah isteri yg mengambil hak anak mereka.Anak sulung yg dipanggil Along  belajar Medical di Universiti dlm negara dan anak kedua menuntut di Universiti dlm negara juga tetapi dlm bidang Law.Anak pertama seorang yg baik dan tinggi drpd anak kedua yg agak rendah dr kakaknya dan dia seorang yg pantang dicabar dan juga seorang yg bersikap terburu-buru tanpa berfikir panjang.tegas! dan juga garang!

    

       Ape yg same?
   Keluarga yg sederhana.bukankah itu yg paling baik?hehe.bersederhana dlm segala perkara.Anak sulong belajar medic.Yes!akak ana belajar medic juga.baik bukan?even kita belajar di sekolah agama,kita juga boleh masuk bidang professional.betul x?lagi baik bukan?masukkan elemen agama dlm bidang medic dan juga merawat ‘jiwa’ juga ‘rohani’ pesakit.keep it up,sis!Anak pertama seorang yang baik.serba salah nk tulih.haha.pikir dua tiga kali nk tulis ke xnak.tapi xpe.kita manusia ada baiknya kan?haha.jangan marah kak.kang kene jual.hehe.boleh la baik.haha.Anak kedua pantang dicabar dan terburu-buru.yes! ana xselindung sifat ana.mmg mcm ni sikapnye.haha.tegas dan garang! Tanye seniri kat kawan2 dan adik beradik.sure mereka akan setuju 200 %.hahaha.

   Ape yg lain?
  3 Orang anak.maknanya 3 beradik shj.ana ade 5 org adik beradik.konflik.kami tiada sebarang konflik atau pergaduhan dengan family belah mana2.alhamdulillah.Anak sulong dipanggil along.Anak sulong dlm keluarga kami dipanggil ‘akak’ dan bukannya along.Apa2 je kan?same je.Anak pertama belajar di Universiti dlm negara.Akak ana belajar di luar negara,Mesir.Anak kedua belajar di UIA.Ana? xmasuk U lg tp niat dihati ingin ke mesir juga.amin ya rabb.Anak pertama tinggi dr anak kedua.hahhaa.yg ni mmg jauh.sebab? Ana lagi tinggi dr ana.itulah antaranya.Cuma ada yg xpastinya disini..

  Yang tidak pasti ?
  Anak kedua belajar law di UIA dlm tv.realiti dlm hidup, ‘nak’ amik law di mesir.itu yg diharapkan.Moga2 yang terbaik tercatat.Saje 2 tulis tentang ni sebab ada kaitan sedikit dalam kehidupan seharian ana sekeluarga.that all,I think. Maas salamah ! wa ilal liqo’. Salam alaik

Wednesday 16 January 2013

Doakan kami jadi macam akak ye !


      

       
 Pertama dan selamanya ana merafa’kan setinggi kesyukuran atas limpah dan kurniaNya kerana memberikan segala yang baik yang ada pada diri ana.Sesungguhnya semua yang baik itu datang dari Allah semata yang menciptakan segala sesuatu.Alhamdulillah wa syukru lillah daiman abada.Sebagai seorang hamba, ana rasa semuanya yang terbaik dari Allah.Wallahi !

        Ketika sessi bersalaman sesama fasi dan adik2 kulliah baru2 ni,ada bermacam2 adegan.Kami fasi2 pun xtahu mengapa mereka tetibe je mcm tu.Macam mana?Ada yang menangis,ada yang lama berpeluk,ada jugak yang gelak bukan main lagi.Terkedu saat bersalaman dengan adik2,ada beberapa orang adik ni cakap kat kami fasi2, “akak,doakan kami jadi macam akak ea !”. serius memang terkejut.Jadi macam kami?Kenapa dan mengapa?Pelik menerjah diri.Hanya mengangguk,senyum dan berkata, “in shaa allah,antunna lebih baik dari kami”.

     Entah apa yang lebih pada kami yang adik2 nampak.Sedaya mungkin bagi muslim,menyembunyikan kelemahan dan aib sendiri.Terselit pula kelebihan yang entah datang dari mana yang dinampak mereka.Mungkin ada yang kami tidak perasan , apa yang mereka ‘ternampak’ dari kami.Kami harap biarlah mereka nampak apa yang baik dari kami yang sedikit sebanyak mereka boleh contohi demi memajukan islam.in shaa allah.


           
  Adik-adik,
    Sesungguhnya kami hanya insan biasa yang punya salah dan silap.Semua insan tidak sempurna.Mungkin adik2 hanya nampak baik kami dan kelebihan kami shj sepanjang program berjalan.Tetapi sebagai tuan punya badan sementara didunia dan Tuan yang memiliki segalanya didunia lebih tahu.Kami tahu kurang kami.Kami tahu sifat sebenar kami yang antunna tak ketahui.Mungkin ada satu atau dua ataupun lebih perkara yang kami xlakukan dalam kehidupan seharian kami yang patut kami lakukan,kami hanya buat sepanjang program.mungkin kebaikan yang antunna nampak disitu yang selama ini antunna xtahu samaada kami lakukan atau tidak.Mungkin shj hanya kebaikan dan kelebihan yang terpampar pada pandangan mata kasar antunna yang mungkin baru dilakukan kami sepanjang program berjalan.

   Mungkin dan mungkin lagi.Pelbagai kemungkinan yang mungkin terjadi.Moga2 apa yang baik yang adik2 nampak pada kami adalah baik juga di pandangan Allah buat selamanya.Moga2 kebaikan yang adik2 nampak pada kami itu adalah rutin harian kami yang mungkin selama ini kami tidak sedar.Jika tidak,ambillah yang baik itu dan sandarkan semuanya kerana Allah dan doakan agar kami segera sedar dari lena yang mengasyikkan.

   Sabda Nabi Muhamad S.A.W :
     “Allah takkan menerima mana-mana amalan kecuali amalan yang ikhlas dilakukan semata-mata mencari keredhaan-Nya” (Abu Daud & Nasai)

 
     Adik-adik,
   Ingatlah sabda nabi kita,ikhlas itu yang utama.Tiada yang lebih penting dari itu.Tajdidkan niat selalu,kita buat semua perkara hanya kerana Allah.in shaa allah.Ikhlas itu memang susah.Ianya ibarat semut hitam yang berjalan di atas batu yang hitam dimalam yang gelap gelita.Bersama kita lakukan semuanya kerana Allah taala.In shaa allah.

   Semoga suatu hari kan tiba untuk kita semua bersua kembali dalam waktu dan ketika yang lebih diredhai allah, in shaa allah..

   salam alaik !!

Tuesday 15 January 2013

Waktu itu ..


      

       2011 ana form5 di sekolah ana,2 tahun yang lepas.Kelas sains yang dipanggil 5 ULUM.Seorang guru yang kami anggap seorang ibu bagi kami pelajar 5 ulum,Satu hari beliau masuk ke kelas dan menguar-uarkan tentang DQ(darul quran).Bg pelajar sains,kami boleh apply utk persijilan tahfiz untuk setahun setengah shj dan seterusnya menyambung ke UIA dlm apa bidang sekalipun.ttapi ramai yg amik medic uia lepas DQ.Excited sgt2.Tahfiz beb.tapi,adatlah tempat hebat mesti nak orang yg hebat2 je.result pun kene hebat.ana bukanlah orang yang cemerlang.biasa2 shj.semua apply.doa dan tawakkal.bukan main semangat sampai dah start mengapal.hihihi.bukan senang nk cari..hihihi.selain itu,kami kena buat salinan pemohonan tu jugak.letak dalam fail dan bawak mane aje pergi.sampai satu ketika cikgu bgtau hanya 4 org shj yang terpilih utk temuduga.4 orang shaja.zzuuupp!! 2 laki 2 pompuan.dah sah xdpt.

SMA AL-MAIDAH ADDINIAH PADANG TENGKU

     Siapa xsedih?geram memang geram time tu.sabar2x.bile cikgu dah settle dgn bdk yg bkaitan dgn DQ tu,cikgu keluar dr kelas.ana  dgn rakan sebelah ana ni memang xdpt tahan kesedihan dan kekecewaan yang teramat sgt. GGRRR!! yang terpilih tu memang yang hebat2 blake.bukan tentang tahfiz ni yang ana nak cite sebenarnye.tunggu ea.hihihhihii.sekarang  baru bermula cerita yang sebenarnya.Disebabkan geram yang melampau xboleh ditahan lagi,keesokan harinya ana dan sahabat sebelah meja ana gi sekolah dengan perasaan frust lagi.time jalan tu memang xsenyum lgsung.moody pagi tuh.sampai dalam kelas,sahabat ana yang duduk belakang ana tegur, “atiQ !”. ana diam shj dan hempas ana punya beg sekolah atas kerusi.xramai lagi yang dtg time tu sebab kali ni ana dtg awal ke sekolah.

     Siapa yang xterkedu,pagi2 kene mcm tu?sahabat ana senyap je.ana pun xtegur dan xbercakap dengan dia.Nafsu amarah yang sia2 kini mneyelubungi ana.semua ana buat xkesah.kecuali dengan sahabat ana yang mmg geram jugak.kami buat hal seniri.sekali lagi sahabat ana yang duduk belakang ana tu tegur ana,lembut shj.tiada langsung kata yang bernada tinggi dan bersifat amarah. “atiQ,kenapa ni?”. Ego yang terlalu tinggi dalam diri telah kabur dan buta dengan sifat lemah lembut insan lain.tiada kata balas yang meniti dibibir ana.Diam membisu sendiri.Jumaat minggu tu balik kg.ana balik rumah.malam tu pulak bila ana tengok tv,ada msg masuk.Dari sahabat ana yang menegur ana dengan lemah lembut tu.

“AtiQ , Allah tahu apa yang terbaik buat hambaNya.Terkadang kita suka sesuatu ttpi kita xdapat apa yang kita suka tu.kenapa?Firman Allah: ‘ Boleh jd kamu suka sesuatu pdhal ia amat buruk bgmu dan boleh jd kamu benci sesuatu pdhal ia amat baik bgmu.sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahui’(2:216).ingatlah sahabat,mungkin kita xsesuai untuk berada ditempat yang kita suka.mungkin rezeki kita ditempat lain.siapa tahu?”

     Msg darinya membuka hati ana.Tersirap darah ana.betul jugak.selama ini baca ayat Quran xpernah terrpikir.tulah.tau baca je.faham x,hayati ape lagi.astaghfirullah. dia ! dialah yang ana ingin ceritakan sebenarnya.sikapnya,tutur katanya, semuanya.seperti post ana yang lepas2,selalu ana katakan dan bicarakan tentangnya.kerana dia teramat istimewa bg ana.asyik nak tulis shj tentang dirinya. Rasanya,waktu ini kami rapat biasa2 je.tetapi upin ipin dah sebati dengan kami.macam budak2 kan?biarlah.Bg ana,sikapnya yang lemah lembut dalam bicara dan tingkah laku telah menarik ana. ops ! ana normal okey.menarik ana untuk lebih dekat dengan dirinya.



          Dia sentiasa positif dan ana rasa jarang dia marah.Pabila dirinya marah,selalu di ‘cover’ dengan mngetap bibir dan berkata, “ah biarlah.malas layan”. Sambil menyibukkan diri dengan perkara2 lain.berbeza bukan?tentunya berbeza dengan ana.kerana ana adalah seorang yang panas baran.tengoklah waktu ana balas sapaan dia yang lemah lembut dengan hempasan beg sekolah.fuuhh!! malunya jika dia ingat kembali.apa2 pun. Waktu itu, waktu yang sukar dilupakan . Dia tetap positif dan dia memang insane yang lemah lembut.xpernah mencarut dan sedia senantiasa untuk membantu orang.Kini,dia tetap seperti waktu itu.sukar untuk ana melupakan waktu itu.

syukran ya allah.
syukran , sahabat !
assalamualaikum ..

Pergilah 'GELITA' , hadirlah ' CAHAYA'




       Siapa yang tidak pernah merasai kepahitan dalam kehidupan?siapa yang tak pernah geram dlm hidup?siapa yang xpernah pernah marah?siapa yang tak pernah melakukan dosa?semuanya pernah kan?seterusnya terserah kepada kita samaada utk terus hidup dalam permainan syaitan ini ataupun beralih pada yang lebih baik yang telah diatur Allah buat kita semua.Rasulullah pernah bersabda : “Setiap anak adam tak akan sunyi dari melakukan dosa”.dan Allah pula berfirman: “Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka mnegubahnya sendiri”(ar-ra’du:11).

    Buat ‘GELITA’~

      
        Pergilah wahai gelita agar aku bisa menjemput ‘cahaya’ dalam kehidupanku. sesungguhnya kau hanya menggelapkan hatiku dan merosakkan hidupku shj.letih dan penatku semakin hari semakin bertambah kerana selama ini aku xpenah bg tempat langsung buat ‘cahaya’ menerangi kamar hatiku.pergi ! jangan pernah kembali lagi, ‘gelita’.sungguh, kau masa silamku yang patut dan harus aku tinggalkan.terkadang aku rasa seperti xmahu lagi mengenangkan kau lagi , ‘gelita’.tetapi selepas aku fikir dan fikir,harus juga aku menoleh kepadamu.

         bukan aku menerima kau kembali,tetapi untuk ambil pengajaran dari apa yang aku dah lakukan dahulu sampai kau menggelapkan hidupku. ‘gelita’ , tolong jgn dekati aku lagi.jika x,aku teraba-raba dalam kegelapan.merangkak dalam kehidupan amat sulit buatku sebagai hamba, duhai  ‘gelita’.aku akan menyusahkan manusia lain.engkau pun xdapat apa2 manfaat, ‘gelita’.semua xsuka kau, ‘gelita’.kau kacau semua manusia.manusia terbantut segalanya kerana kau, ‘gelita’.tetapikan,xpatut juga salahkan kau , ‘gelita’.sapa suruh manusia tu pilih kau kan, ‘gelita’?

      patutnya bila rasa ‘bateri’ lampu dah low,pandai2 lah recharge kan? Barulah kau xmenjelma kan,
‘gelita’?ini x, kau pulak yang dipersalahkan.tak pun bersedialah awal2 kan?bak kata orang,sediakan payung sebelum hujan, kan? Taklah nanti asyik salahkan yang lain je.contohnya macam ‘ gelita’.maaf ye ‘gelita’ , Cuma membawa cerita utk pedoman sesame manusia.

Buat ‘CAHAYA’~



     HAYYA ANNUR !! Jom lah masuk dlm kehidupan ana.ana xnak kawan dengan ‘gelita’. ‘gelita’ menyusahkan ana.ana xdapat buat sesuatu dengan sempurna kalau ‘gelita’ berdamping dengan ana.ana jd xtentu hala dan serabut juga rimas.Kehidupan manusia memang membutuhkan kamu , ‘cahaya’.buat menerangi alam ini juga menerangi segalanya.mcm lampu suluh, ‘cahaya’ amat sinonim dgn lampu suluh.xdinamakan lampu suluh kalau tiada ‘cahaya’ utk mnyuluh alam ni, bukan? ‘cahaya’ amat penting untuk kita mngenali siapa musuh,siapa kawan.juga untuk memudahkan kita.taklah teraba2 kalau ada ‘cahaya’.

     Begitulah kehidupan sebagai seorang muslim. ‘cahaya’ yang dibutuhkan seorang muslim adalah petunjuk dan redha Allah.siapa yang boleh hidup tanpa ‘cahaya’ ini?menipu kalau ada yang kata boleh hidup tanpa cahaya.dalam Quran pun ada sebut hidayah Allah itu sebagai ‘cahaya’. ingat ! bila dah rasa ‘lampu suluh’ kita kekurangan ‘bateri’ ,cepat2 charge ye agar x mengalu-alukan ‘gelita’ dlm kehidupan kita.

   syukran ya allah.. assalamualaikum..


Itu petunjuk , kawan !





         Selalunya dalam usia remaja,yang paling digemari dan selalu menjadi topic hangat adalah percintaan.tak sah kalau xbincangkan isu ini.darah remaja dan inginkan diri disayangi dan menyayangi.kalau dikatakan ingin disayangi,mak kita dan ayah kita ada utk disayangi.tetapi bg para remaja.ingin menyayangi insan yang berlainan jantina.ada yang bangge mnyatakan dialah kekasihku.dialah pakwe aku.dialah segalanya.okey2x.malas bercerita tentang ini.semua dah tahu.pabila on9 shj fb,yang ni akan kata cmni.bila frust,abis semua disumpah seranah,bila terbuai dengan cinta sidia,mulalah x nampak akhirat.ana Cuma ingin ceritakan sesuatu tentang salah seorang sahabat ana yang juga dahulunya terperangkap dengan jerat syaitan ini.jom kita nengok.

    

    Dalam perjalanan pulang,ana dan sahabat ana ni naik bas.Sebelum naik,ana terperasan sesosok tubuh yang memang ana kenali sgt2,apatah lagi sahabat ana.ana lihat sahabat ana tu mcm xnmpk je.ana biarkan shj.Seterusnya pabila kami naik bas,sahabat ana duduk betul2 belakang lelaki tadi.ditakdirkan kami lain seat.ana lihat lelaki td tegur sahabat ana.ana xdengar apa2.dlm 15 minit bas bergerak,sahabat ana td msg, “salam,ana da putus dekat 3bln.so,ana xnak enti piker kami janji naik bas same.ini kebetulan.mnyesal balik arini”. Itu kata sahabat ana.ana xtuduh apa2 dan ana xcakap apa2 pun tentang ni.Cuma ana perhatikan shj gelangat mereka.biasa shj.alhamdulillah.

      Kata sahabat ana tu,dia xsedap ati.dia mnyampah tengok laki tu main pegang2 dgn prempuan.kehdupan sahabat ana dan kehidupan lelaki tu memang berbeza.kamibelajar dan di tarbiah di kawasan yang memang suasana agama.in shaa allah akan kuat menghadapi dugaan.tetapi lelaki itu memang di tempat yang mnguji keimanan.barangsiapa yang kuat,in shaa allah akan terlepas dari belenggu nafsu.kehidupan dikelilingi perkara yang terlalu social ana rasa.sahabat ana kata lagi,si perempuan itu xsegan silu letak kepala ats bahu lelaki td.then,main usik2 pipi.astaghfirullah.ada basic agama tp jd macam tu.kenapa sahabat ana kata ada basic agama?lelaki itu sebenarnya pelajar sekolah agama.sudah tentutahu basic agama.dah tahu halal haram.habis sek men agama yang sama,lelaki itu juga masuk ke tempat pngajian yang sama dgn kami juga.tetapi keluar awal sbb dapat tawaran yang padanya lebih baik.terserah.yang penting pandai jaga agama dan diri.

      Disebabkan kredit ana tinggal berapa sen shj,ana xboleh nak balas.sahabat ana ajak tidur je dari tengok maksiat.nak tergelak pon ade jugak.ana pun tidur je.sebenarnya ana nak cakap sesuatu pada sahabat ana tu.

      “praise to allah because He safe you from the illegal attitude.and take an action what you’ve done before.just let him with his life and don’t forget to pray for him.may allah give him chance to change for what he’ve done.itu petunjuk dari allah,kawan.Allah tak jadikan sesuatu itu sia2 bukan?sebenarnya ana sudah tahu dari awal tentang perangainya disana,ana ingatkan enti sudah tiada apa2 lagi dengan si dia.Disaat enti bertanya pada diri atau pada Allah,mengapa dibiarkan enti bertemu dengan insan sepertinya?Allah sgt2 syg padamu,teman.Diberikan enti rasa disayangi oleh insan yang bergelar lelaki.Diberikan enti ayat2 manis dan kata cinta dari bibir seorang lelaki yang tidak semua dapat merasainya.diberikan enti rasa  bangge kerana memiliki cinta sang lelaki yang rupanya boleh tahan dan juga seorang yang popular.Dia membiarkan enti rasa semua itu dan Dia berikan enti rasa sakit yang sementara cuma untuk membiarkan enti memikirkan segalanya dan terus muhasabah diri.kerna pabila enti dah rasa semua itu,enti sudah berpengalaman tentang semua itu, enti tidak mudah untuk jatuh buat kesekian kalinya atas dasar nama CINTA SEORANG LELAKI.enti sudah tahu peritnya bagaimana .hati enti sudah lembut dan xakan percaya padayang fana hanya genggam cinta yang kakiki adalah CINTA ALLAH. “

Generasi seterusnya ~ 2013





       Sudah sebulan ianya berlalu.Terasa seakan baru semalam ku melangkah masuk.Dengan rasa berat hati ku mulakan perjuangan dan begitu juga pabila kaki ini melangkah keluar meneruskan perjuangan seterusnya.Dulu dengan hati yang dipaksa,sekarang dengan terpaksa ku melangkah jua.Tibalah masa untuk generasi seterusnya menyambung sejarah kami yang biasa2 kepada yang luar biasa.in shaa allah.



KULLIAH AL-LUGHAH WADDIN AS-SULTAN ABU BAKAR

     Ya ! Tempat inilah yang ku ceritakan diatas td.sukar untuk dihuraikan.                Biarkan Allah dan ana shj yang mngetahui.Lipis ke Pekan,kuantan teramatlah jauh.5 jam perjalanan memang memenatkan.Selepas secara rasminya keluar dari kulliah bulan 11,ana menziarah semula kulliah pada 23-25 dis 2012 untuk join FCR.Then,kembali sekali lagi pada 3-11 jan 2013 untuk berkhidmat sebagai fasilitator pelajar baru kulliah.Al-usbuk ath-tsaqofi watta akhi ( minggu kebudayaan & persaudaraan ).Ramai yang memanggil minggu orientasi.

  Seterusnya ana ingin menceritakan tentang generasi baru yang telah bersama2 kami selama 1 minggu.1 minggu shj kami mngenali mereka2.Masya allah !! Generasi yang hebat dan ana rasa generasi ini adalah generasi yang mampu menaikkan lagi nama baik kulliah,nama baik ibu bapa dan sudah tentu nama baik agama islam yang memang baik dari azali.kenapa ana berani katakana begitu?mari ana tunjukkan.

    Setiap pagi sebelum azan subuh,dalam pukul 5.45 ana dan rakan seunit ana menjalankan tugas untuk meronda asrama aspuri untuk kejutkan adik2 dan ajak pegi surau.tahu apa yang kami nampak?Katil dah kosong,yang solat semua dah pegi ke surau.ada lah 3 4 orang yang baru nak pegi surau waktu azan subuh dah berkumandang.Overall, SUPERB ! .inilah yang diinginkan Rasulullah.Inilah yang akan menggetarkan musuh2 islam.Subuh diawal waktu dan BERJEMAAH.Dari tingkat 1 kami naik hingga tingkat 3, suasananya sama.terpegun dihati.hanya mengucap syukur xterperi.berbisik kepada rakan yang meronda bersama,”bagusnya mereka.bersemangat ! kita dulu xlah mcm ni”. Alhamdulillah.Tidakkah ini menggetarkan hati kita semua? Menaikkan semangat kita?

   Selesai kami meronda,kami balik ke rumah fasi.Kami bagitahu rakan2 yang lain.Ada yang mengatakan “baguslah mcm tu”.ada juga yang mengatakan “alah,awal2 tahun memanglah semangat.takut kene marah dgn akak fasi”. Senyum shj yang mampu kami beri.sekurang2nya mereka tunjukkan yang mereka ini awal,yang mereka boleh lakukan semua ini tanpa perlu dikejutkan.positif lah sikit,kawan.Raikanlah sedikit.

     Usai solat subuh berjemaah dan bersarapan,kami adakan perhimpunan di dataran aspuri sebelum ke dewan shas.minta maaf adik2 ya kerana suara akak serak sedikit.tetibe xsihat waktu orientasi ni.terpaksalah menjerit.ada yang terkejut.kem komander lah katakana..hik3x..nak tergelak pon ade gak.entah sape yang naikkan nama ana jd kem komander muslimat.nasib antunna lah adik2 yea.Adik2 memang ikut shj apa yang akak2 cakap.xde cakap belakang,xde bising2.senyap.kagum tersemat dihati.beraturlah mereka panjang2 untuk ke dewan shas.muslimin xde lg?ni lagi bangge.syabas adik2 muslimat.walaupun muslimat ni lebey sulit sedikit dalam pemakaian dan cerewet,ternyata muslimat tetap boley awal dari muslimin.MABRUK ALAIK ! maaf ya muslimin. J

  
       Adik2 tetap menyanyi lagu tema yang rancaknya xpayah cakap lah.fasi pun teragak2 lagi.apa2pun,kami mencuba dan kalian pun mncuba.apa tidaknya,asyik kene marah dengan kem komander muslimin.katanya xkuatlah,xsemangatlah.adatlah.kem komander xde mende lain nak buat selain marah2x.sabar jelah.just untuk sminggu je xlame pun.Adik2 tetap ikut.takut kene marah ea?hehe.Seterusnya untuk MC,tazkirah,baca doa dan selawat diketuai sendiri oleh adik2 baru.Subhanallah ! Memang hebat.tiada ketar langsung.Fasi yang dah berkali2 jadi MC pon boleh salah jugak.Tazkirah adik2 baru memang hebat.gaya imam muda.ada lawak,ada loghat daerah masing2,ada tegas , semua ada.

   Waktu LDK dan Riadah memang adik2 bg 200% komitmen.ana bangge. cikgu ! cikgu nampak x potensi mereka? xtakut untuk kedepan.tidak malu untuk bersuara bahkan boleh mintak gula2 10 biji kat ana.memang terlampau berani.Adik2x,jangan berani sgt ea.hihi.nasib baik ade gula2 10 biji dlm poket.disebabkan adik berani ke hadapan,akak bg jugaklah.Ana suruh sujud atas rumput,semua akur.bagus ! ana denda pun buat muke redha.Adik2 2013 memang sporting.Waktu disoal oleh kak fatiemah pon antunna  berebut kedepan nak jawab.amboih ! berani nye.xsegan langsung.hadiah?gula2 sebiji je kot.Fasi xtahan nak pecah perut pabila kak fasi tnye,siapa nama kakitangan lelaki dlm  pjabat?ada seorang je.nak tahu mereka cakap ape?abg ghazali.kesian abg faizal,tetibe nama jd abg ghazali.sabar ea abg faizal.bila mereka kenal abg faizal,msti mereka gelak seniri.hihihi.

   Dari pengamatan kami para fasi,adik2 tahun ni terutama muslimat,memang berani.memang bersemangat dan memang terbaik. Ustazah,Cikgu ! lihatlah mereka.in shaa allah mereka akan menaikkan nama kulliah satu hari nanti. Adik2 ! buktikan semuanya pada guru2.antunna boleh.Cuma perlu berdikari sedikit.jangan jadikan kesusahan yang antunna lalui di kulliah itu sebagai penghalang.itu adalah cubaan buat antunna.antunna kena kuat sedikit.terus rujuk cikgu lepas ni.kami dah xde utk ditanya apa2 lagi.hihihi. baiklah.ana rasa setakat ini sahaja kot.

    Semoga antunna boleh majukan agama untuk selamanya.in shaa allah.keep it up, sisters !! antunna generasi seterusnya selepas kami untuk majukan kulliah. Bittaufiq wannajah !

Assalamualaikum J