Saturday 30 March 2013

"isteri bergetah vs isteri solehah" : tercabarkah suami?


       


      Satu rancangan tv baru-baru ini bertajuk "isteri bergetah,tercabarkah suami?" .terkejut mendengar tajuknya.kadang-kala tertanya juga,apakah definisi bergetah pada pandangan masyarakat,pada pandangan penerbit rancangan dan juga pendapat orang-orang yang lain.Dari dulu hingga sekarang,pada saya jika dikatakan bergetah ,saya masih lagi tertanya-tanya dan akhirnya membuat spekulasi sendiri .haha.nasib lah ye.Bila taip sahaja bergetah di google,keluar gambar-gambar perempuan yang berpakaian seksi.Bermakna,bergetah pada pandangan masyarakat atau umumnya adalah perempuan yg kurus dan mempunyai bentuk badan yang cantik dan yang seksi.Bila ditanya pada ayah,ayah kata “bergetah itu adalah yang berpenampilan cantik dan bergaya”. “oh ! bukan yang ‘melentik-melentik’ tu?hehehe”jawab saya yang  kurang ilmunya.begitu ke?

       Rasa-rasanya  itulah pandangan bagi perkataan bergetah.Maaf jika salah.Dalam siaran tadi panel-panelnya  memang seperti yang dikatakan tadi.Ada pemanggil pula mengatakan dia tak pernah tercabar dengan isterinya yang bergetah malah berbangga.Ramai orang tengok isterinya cantik dan bergaya,suami mana yang tidak bangga.Andailah makna bergetah yang dimaksudkan pemanggil itu dengan berpakaian yang seksi dan tidk menutup aurat,maka bukanlah rasa bangga atau tercabar yang harus hadir dalam jiwa seorang lelaki yang bergelar suami.Sepatutnya ada rasa takut dan bertanggungjawab jika isteri  seorang yang bergetah di luar rumah.Jangan pula buat tidak tahu sahaja,takut-takut nanti menjemput dayus.Nauzubillah.

   Bangga isteri dipandang orang ramai dan dipuji,cantiknya?Pujian cantiknya itu pada pandangan manusia yang telah dikaburi nafsu oleh syaitan.Mengapa?Kerna pakaian itu bukannya pakaian seorang muslim.Bagi muslim,aurat hendaklah dijaga dan dipelihara dengan sebaiknya.Berpakaian tidak bertutup aurat dan dipuji-puji?Bila akhir zaman,inilah jadinya.Yang tidak menutup aurat dan auratnya ditayang-tayang dan didedahkan yang terlalu dipuji dan disanjung.Yang berpakaian menutup aurat pula dikatakan kampong dan ketinggalan zaman.Pelbagai panggilan dilontar kepada yang menutup aurat dengan sempurna.

    Wajib hadir rasa gelisah jika isteri berlebih-lebihan dalam berpakaian apabila keluar rumah.Bagi muslim yang mukmin(orang islam yang beriman),selalu menegur isteri,adik beradik,keluar dan kawan-kawan agar menutup aurat dengan sempurna.kerana apa?kerna menyahut seruan Allah.


žwÎ) tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä (#qè=ÏJtãur ÏM»ysÎ=»¢Á9$# (#öq|¹#uqs?ur Èd,ysø9$$Î/ (#öq|¹#uqs?ur ÎŽö9¢Á9$$Î/ ÇÌÈ  
3. Kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar.(al-asr:3)


   Duhai manusia ! Berpesan-pesanlah kamu semua untuk mematuhi syariatNya.Berkatah benar walaupun pahit,tapi berhikmahlah.

    Baik ! jom kita tengok tajuk seterusnya.’Isteri soleh,adakah suami tercabar?”haruslah ! jika seorang isteri itu solehah kepada si suami,takkan si suami hanya menjadi suami yang biasa-biasa shj?Mestilah suami itu akan tercabar dan berusaha untuk menjadi soleh juga ! Bangga? Haruslah ! Tak tahulah nak cakap kalau dah dapat seorang isteri yang solehah,masih lagi dok garu-garu kepala dan pening-pening sambil berkata,mengapa isteri aku ni solehah?hah ! xke pelik gituh?Sujud syukur dan bersyukurlah :)

    Suami yang mukmin(beriman) itu,akan berasa bangga jika isterinya keluar dari rumah dengan pakaian yang betul-betul menutup aurat dan yang pasti adalah tidak melanggar syariatNya.Perginya isteri dengan berpakaian yang menutup aurat dan pulangnya isteri dengan aurat yang terpihara sepanjang perjalanan keluarnya.Berbahagialah seorang suami jika mendapat seorang isteri yang sebegitu.Dia tahu,jika isterinya dicaci dan dipandang serong jika berpakaian begitu,dia sangat berbangga kerna arahan dariNya telah terlaksana walaupun manusia memandang hina.Tapi lagikan gembira jika orang lain pun menutup aurat seperti yang diarahkan Allah kepada semua manusia yang beriman kepadaNya.

    Duhai si suami ! Kalian telah menempah satu rumah dineraka jika kamu membiarkan isterimu berjalan diluar tanpa menutup aurat mengikut syariatNya.Saat kalian melafazkan akad menerima nikahnya,bermakna kalian melafazkan janji akan menanggung semua dosa-dosanya.Jika kalian tidak menegur isteri kalian agar menutup aurat,bermakna  anda kan jatuh dayus.nauzubillah !

  Jadi ? Mana satu yang akan menang?Tentulah pasangan yang benar-benar menjaga hak-hak Allah ! Iaitu yang menjaga aurat dengan sebaik-baiknya.Penutupan aurat yang sempurna tidak menjamin iman yang teguh dijiwa,tetapi iman yang teguh dalam jiwa sudah pasti menjamin penutupan aurat yang sempurna.

 Sabda Nabi Muhammad S.a.W: “Setiap anak adam ada melakukan kesalahan dan sebaik-baik orang yang melakukan adalah yang kembali semula(taubat)

حاسبوا أنفسكم قبل تحاسبوا"
Maksud: Hisablah dirimu sebelum kamu dihisabkan(Saidina Umar)

No comments:

Post a Comment