Friday, 28 December 2012

ku simpan doaku buat ummatku !


Bismillahirrahmanirrahim…



      Siapa yang sayang dan cinta akan nabi?siapa yang tahu kesemuanya tentang nabi?siapa yang kenal nabi?siapa yang ikut sunnah nabi?siapa yang selalu teringatkan nabi?siapa yang pernah menitiskan airmata kerana cintakan nabi,kerana teringat pengorbanan nabi kita muhamad s.a.w.

   Sabda Rasulullah s.a.w :
       “Setiap nabi mempunyai doa mustajab,masing-masing sudah meminta  didahulukan doanya untuk dimakbulkan (didunia), sesungguhnya kusimpan doaku sebagai syafaat ummatku pada Hari Kiamat.Syafaatku pasti akan sampai-dengan izin Allah-kepada sesiapa yang mati tidak menyekutukan Allah”(riwayat Muslim)

   Allahu rabbi.Pertama kali ana membaca hadis ini didalam buku Q&A isu 5,ada semacam ada sesuatu yang tersirap didalam dada.Masha allah.Betapa sayang dan cintanya nabi kita terhadap ummatnya.tetapi terfikir atau tidak kita tentang pengorbanan demi pengorbanan nabi?terbalaskah kasih sayang dan cinta nabi itu pada kita?allahu rabbi.begitu kasih dan syangnya nabi pada kita.sampai satu ketika sakaratul maut menjemput baginda pun baginda masih ingatkan ummatnya.

   Ya ! ummat yang sering melakukan dosa ini yang disayang nabi.ummat yang sering bermaksiat inilah yang diingat nabi.ummat yang  bernfsu serakah inilah yang didoakan nabi seusai solat baginda.apa yang kita balas pada rasulullah?rindu pun tidak,apatah lagi untuk membalas segalanya :”( .. Ya Rasulullah,maafkan kami yang tidak pernah mngenangkan jasa dan pengorbananmu dalam membawa kami kepada agama islam yang suci ini.



       Sahabat-sahabat,suatu hari nabi mengangkat kedua tangannya seraya berseru,”Ya Allah ! ummatku..ummatku !” Lalu baginda menangis .Allah berfirman:”Wahai Jibrail ! Datanglah kepada muhamad-dan sungguh tuhanmu Maha Mengetahui segalanya-tanyalah kepadanya,apa yang mnyebabkan kamu menangis.”Jibril segera turun dan menanyakannya.Baginda pun mmberitahu Jibrail.Allah berfirman,”Wahai Jibril ! Datanglah kpd Muhamad,dan katakanlah kepadanya ,sesungguhnya Kami akan menjadikanmu senang hati akan nasib ummatnya , kami tidak akan sekali-kali akan membuatmu sedih”(syarah sahih muslim).

   Lihat ! apa yang Allah bagi untuk kita yang digelar ummat muhamad?ummat yang paling beruntung.Ummat yang terakhir tetapi dimasukkkan kedalam syurga awal dari ummat lain.apa lagi yang kita nak?tidak cukupkah semua ini untuk kehidupan kita di akhirat?henti2kanlah membuat kerja-kerja yang lagha(lalai) yang menjauhkan kita daripada islam,syariat dan juga sunnah rasullullah.Mari kita hidupkan sunnah nabi yang bahagia dan tentunya mmembahagiakan.

   Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan:
       “ketika aku lihat Rasulullah sedang gembira,aku mengambil peluang daripadanya,aku berkata:”Ya Rasulullah!Berdoalah kepada Allah untukku!”.Rasulullah pun berdoa:”Ya Allah ! Ampunkan dosa Aisyah yang dahulu,dan yang akan dating,yang tidak nampak dan yang nampak”.Aisyah tertawa sangat gembira.Rasulullah bertanya,”adakah doaku tadi menggembirakan kamu wahai Aisyah?””Tentunya aku sangat gembira,Ya Rasulullah !”.jawab aisyah.Rasulullah bersabda:”Demi Allah ! sesungguhnya itulah doaku untuk ummatku setiap selesai solat”.(Ibn Hibban).

    Cuba katakan pada diri sendiri,siapa yang masih lagi meragui Rasulullah?Siapa lagi yang tidak tersentuh dengan apa yang telah dilakukan nabi untuk kita?selama ini kita tidak sedar tentang kecintaan dan pengorbanan demi pengorbanan nabi.sampai sanggup biarkan sahaja apa yang dilakukan penduduk thaif kepada nabi.Dibaling semunya kepada nabi hingga berkocak septum nabi kerana dipenuhi darah.Basah janggut nabi kerana darah juga.

    semata-mata untuk mnyebarkan agama islam.sesudah islam kita anuti dengan senang dan tenang,dengan mudah kita lupakan semuanya tentang seorang insan yang paling mulia yang berkorban segalanya demi memberi kita kebahagiaan yang sedang kita rasakan sekarang?sungguh xberhati perut bg sesiapa yang xsedetik pun memikirkan nabi yang diuji lebih dari kita.

    saat Jibril bertanya kepada nabi,”Ya Rasulullah ! Mahukah kamu aku timpakan kepada mereka atas apa yang telah mereka lakukan kepadammu?Jawab nabi:”Tidak perlu,sesungguhnya mereka tidak mengetahui”.

   Allahu Rabbi ! tidak perlu bukti yang terlalu bnyak untuk kita buktikan kasih sayang nabi kepada kita.semuanya telah Allah sertakan didalam kalam-Nya yang terpelihara. Bacalah ! fahamilah !
Tadabburlah ! . In shaa allah kita akan dekat dengan Allah dan juga rasul-Nya.ameen ya rabbana !



  Ya Rasulullah, kami SAYANG & CINTA padamu !!

   ~sollu alan nabiyyina Muhammad s.a.w

Wallahu a’lam..

seorang hamba~
atiqah hanifa

sporting : berpahala atau tak?


Bismillahirrahmanirrahim…

     Ape maksud sporting dalam kalangan orang melayu?Sporting adalah yg mengikut shj kehendak kita tanpa alasan dan syarat.Best !
Memahami dan yg membuatkan kita bahagia.tetapi sedarkah kita dalam zaman cyber sekarang ini,sporting itu banyak membawa kepada kerosakan akhlak dan akidah ummat islam.nauzubillahi min zalik. L

     Dialog2 seperti ini selalu kita dengar bukan?

“biarlah dia tidur.esok2 boleh solat”
“dia baru 12 tahun,kecik lagi.da besar sket nanti kita suruh la”
“adik letih?okeyla.esok bru pegi ngaji ok?”

   Pelik,pelik,dan semakin pelik.ramai ibu bapa yg ‘terlalu menyayangi’ anak2.sayang memanglah sayang anak tu,tetapi jangan kerana sayang kita mengenepikan soal agama,didikan agama.terutama sekali yang berkaitan solat.Bila nampak anak dah tidur,kesianlah pulak.bila anak seronok main2 dan letih untuk solat,dikata mereka masih kecil.

  ingatlah nabi pernah bersabda:
     “ajarlah anakmu solat sewaktu berumur 7 tahun dan rotanlah jika mereka enggan sewaktu usia mereka 10 tahun.”


Ibu2 dan bapa2,
    TAHNIAH ! kerana anda sungguh kasihankan anak2 dan menyayangi mereka.subhanallah J.tetapi tidakkah kita kasihankan diri kita?apabila kita dah meninggal,siapa yg akan bacakan yaasin untuk kita jika tidak diasuh dari kecil?bagaimana kita nak dapat doa dari anak2 yg soleh jika solat pun ‘patuk ayam’ ataupun ‘tonggang-tonggek’ sahaja?jika sayang,kita sanggup lakukan apa2 untuk ana kita agar mereka bahagia di masa hadapan kelak dan semestinya dianggap disisi Allah.bagaimana pula ingin mngecap bahagia jika mengaji dan solat pun ‘lintang-pukang’?

  “bahagia itu ialah tunduk dan patuh mengikuti garis2 yang ditentukan allah dan perikemanusiaan”(ibn khaldun)
  Tidak salah untuk sporting dengan anak2,mari kita tukar dialog dengan anak2.

“adik nak tengok tv boleh,tapi kena mengaji dulu”
“nak main game boleh,tapi kena solat dulu”
   Atau dalam tone garang sikit:
“no pray,no game”
“tak mengaji,tak boleh tengok tv”

     Sahabat2,
  Jangan pula kita melepaskan tanggungjawab semua ini hanya kepada ibu bapa.kita sbg akak ataupun abang mestilah bertanggungjawab mengajak dan menyuruh adik2 melakukan apa yang dituntut dalam agama kita J.kita pun dapat saham,bukan?tak rugi pun ajak kepada perkara yg baik.Dalam menjaga hati manusia,kita perlu juga menjaga agama kita agar kita xterkeluar dri agama yg suci.in shaa allah J.

   Semoga sahabat2 mendapat sekurang2nya 1perkara untuk kita semua gunakan dan ambil ibrah(pengajaran) dari apa yg dicoretkan.ana nukilkan semua ini adalah untuk membetulkan diri ana dan juga sahabat2.tak dilupakan untuk kedaulatan dan ketinggian agama kita kerana dunia sekarang semakin mencabar dan dirasakan tercabar.

   Wallahu a’lam bissawab J

benarkah cinta kita?


Bismillahirrahmanirrahim…

    Sahabat-sahabat,mari kita renung kata-kata dibawah.

“Kamu buat maksiat kepada Allah
Sedangkan kamu mengaku mencintai-Nya
Inilah sepanjang umurku
Satu perbuatan yang tidak benar
Jika kamu mencintai-Nya dengan benar
Nescaya kamu akan mentaati-Nya
Sesungguhnya pencinta
Akan taat kepada orang yang dicintai”

(Abdullah ibn Mubarak)

    Allahu rabbi :’( .Maafkan kami Ya Allah.sahabat2 dan teman2,terkadang rasa diri ini munafiq.memperakui mencintai-Nya tetapi tingkah laku tidak menggambarkan sedemikian.jika kita lihat dalam masyarakat kita sekarang ini,ramai bahkan terlalu ramai yang mngungkap ayat-ayat cinta pada si kekasih hati yang selalu dipuji dan puja.lantaran terlalu cinta dan sayang yg terlalu menggunung,sanggup lakukan apa shaja demi cinta.masya allah.hebatnya cinta kalian !

    Bagaimana pula cinta kalian terhadap allah?terhadap rasulullah?mereka2 yg bercinta akan menjawab begini.”allah yg lebih utama.allah kami paling cinta dan sayang.rasul paling kami cinta dan sayang”.masya allah ! hebatnya kalian.jika kalian mngatakan cinta kpd allah dan rasul-Nya,kenapa kalian masih mngikut telunjuk musuh rasul kalian yakni syaitan?kalian menjalin hubungan dan melakukan kemaksiatan dan menipu kpd kekasih kalian yakni allah.

    Masakan kalian bisa menolak apa yg disuruh kekasih kalian.kalian masih boleh bermadu asmara dengan yang bukan halal dengan kalian.kalian tahu atau tidak kekasih kalian itu juga cemburu?walau apa yg kalian lakukan pd Dia,Dia tetap bg peluang untuk kalian berubah demi-Nya.tidakkah itu menyentuh sanubari kalian?masih adakah yg berbuat baik pd kalian setelah kalian mengkhianati?bukankah itu cinta dan sayang yang sebenar?


   Udara yang kita sedut,jantung yang masih berdegup,ibu bapa yg menyayangi,nikmat berjuta yang kita gunakan.pernahkah kita berterima kasih?ada kita balas?tidak susah untuk mmbalas cinta dan kasih sayang Dia,sahabat2.bersyukurlah atas apa yg anda miliki sekarang,jangan pernah khianati-Nya,lakukan apa yang disuruh kerana itu yang terbaik buat kita.kerana yang kita cinta ini bukan siapa2,Dia adalah pencipta kita,pencipta alam yg kita duduki sekarang,pencipta hati kita untuk menyayangi insan lain,pencipta segala yg ada dimuka bumi ini.

     Jom kita jelajah rasa yang telah dikurniakan allah untuk kita berpaksikan iman dan taqwa. In shaa allahJ

 WALLAHU A’LAM