Showing posts with label Dakwah & Tarbiyah. Show all posts
Showing posts with label Dakwah & Tarbiyah. Show all posts

Tuesday, 23 April 2013

Adik kecil yang 'bijak' ! =)


   Bismillah..
   -ni bukan adam.ni cezen-


 Adam.Seorang kanak-kanak yang sungguh comel.Pipi yang sungguh tembam dan gebu,pabila dicubit sekali,selamanya akan kemerahan pipi ‘cute’ itu.Dahulunya dia selalu ditimang2 oleh aku dan kakak.kata akakku, “angah,cuba kau angkat ! Lenguh tangan”.aku Cuma ketawa.sememangnya siapa yang jumpa kanak2 sperti Adam,ingin sekali mendukungnya walau sedia maklum tangan pasti lenguh sesudah mendukungnya.kini,aku terlihat Adam dikawasan rumah.Jika ingin ditimang2,bukan shj tangan terasa lenguh,bahkan seluruh badan.Masih tembam dan comel seperti dahulu.Mungkin sekarang Adam berumur sekitar 5 atau 6 tahun kerana pukul 8 dia ke taska di kawasan bawah rumahku.

   Seorang lelaki yang agak berumar menemani Adam dari kawasan atas (kawasan rumah agak tinggi.main skate best !).Beberapa langkah menemani Adam,ku lihat Adam berjalan sendiri menuruni bukit(bukit laa sgt! Haha) untuk menuju ke taska sambil diperhati oleh akinya(same dengan atok lah).Sampai dalam beberapa langkah,Adam patah semula ke atas.Sangkaku,Adam takut dengan salakan anjing2 ‘comel’ dikawasan rumah.Tapi hairan menerjah benak.Kalau takut,mungkin Adam lari.Tetapi dia berjalan sperti biasa.Seakan tiada apa yang berlaku. ‘oh ! Mungkin tiba2 tak nak pergi taska.mcm aku jugak dulu.hehe’,celotehku sendirian sambil menjemur pakaian di ampaian.

   Mata masih lagi memandang Adam. ‘’aik!Kenapa?” Tanya aki kepada Adam dek pelik mngapa cucunya berpatah balik.Adam Cuma berjalan tanpa menghiraukan persoalan akinya.Ibunya yg juga memandang disebelah kereta menjadi pelik.Lantas Adam berkata “ nak salam aki dulu”.Allah ! Anak kecil yang berumur  sekitar 5 hingga 6 tahun meminta restu akinya untuk belajar? Kita? Terkadang terlupa bukan? Dek kerana ingin segera ataupun sudah terlambat utk ke sekolah atau kolej.(kalau dok hostel jgn menyebok =P ).Tatkala bibir mulus si kecil itu melontar kata-kata yg sungguh membuatkan hati ini jadi sayu,terpancul dari mulut seorang aki. “Allah !”.Adam bukan hanya dapat salam dengan akinya.tap Adam dpt ciuman ikhlas seorang aki.restu+redha.tak ke untung?

   Tersenyum aku seorang diampaian.Kalau orang Nampak aku begitu,mesti ingat aku gila! Hehe.tak kesah lah.Asalkan aku senang dengan keletah budak kecil itu yang bernama Adam. “dah2! Pegi kelas”,kata akinya.balas Adam “jap.salam ibu pulak”.Allah! Segera ibunya menguir senyuman penuh ikhlas dan mendapatkan Adam.lagi sekali.restu+berkat+redha.Subhanallah ! Bnyak nye pahala Adam ni bg kat mak dia.anak yang baik.yang belum baligh,yang buat kebaikan,pahalanya akan diberi kepada ibu bapanya.mabruk Adam ! Lalu Adam meneruskan ‘langkah’ menuntut ilmunya itu dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir dan tangan menghayun laju,menceritakan rasa hati  yang ceria dan senang.ingin sahaja aku buat video brtajuk : “ingin hati tenang bila menuntut ilmu?” by Adam.haha.comel jugak.sambil menoleh ke kamera dan thumbs up lalu berkata, “Adam tenang dengan berkat insan tersayang(yg halal ea !)’’ dengan lakonannya seperti yang ku lihat td.ARRGGHH !! berangan.haha.

   Kanak-kanak yang sudah diajar dengan amalan seperti ini,dirasakan seperti hilang sesuatu dari diri pabila terlupa untuk melakukannya.Teringat kisah seorang ulama’ yg mahsyur,tak ingat namanya.Beliau naik kereta untuk memberi ceramah (kalau tak silap),sudah terlalu lama perjalanan dari rumahnya.beliau teringat beliau lupa untuk NIAT.Lantas patah semula kerumahnya dan turun dari kereta.Masuk ke rumah.NIAT dipasang,dan baru diteruskan perjalanan semula.Allah.seorang yang terlalu mementingkan niat.


Daripada Amirul Mukminin,Abu Hafs,Umar bin Al-Khattab r.a,aku mendengar Nabi S.A.W bersabda : “sesungguhnya setiap amal itu dinilai pada apa yang diniatkan.Setiap orang dinilai dengan niatnya.Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya,maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan rasulNya.Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia dan wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu”(riwayat Bukhari dan Muslim)

Monday, 8 April 2013

guruku !


hadirnya seorang guru xperlu diragui...
jgn dipersoal kredibiliti...

jalan dakwah itu !

sahabat,




setinggi mana kau harus daki untuk kecap bahagia disyurga abadi.
setingggi mana kau harus daki utk merasa manisnya pengorbanan kerana Rasulullah.

dekatkan hati dan jiwa dgn al-Quran !





kalau kita nak Allah bercakap dengan kita,bacalah al-quran..
kalau kita nk cakap dgn Allah,solatlah...
hati xkan mati jika sentiasa bce al-quran...
hati xkan lemah jika berdampingan dengan al-quran...
hati xkan kecewa jika didada penuh dengan ayat al-quran...

pejuang !
walau sesibuk mana pun kau dengan tamrin....
walau sesibuk mana pun kau dengan usrah...
walau sesibuk mana pun kau dengan program membina...
walau sesibuk mana pun kau dengan kem tarbiyah...
jangan pernah kau tinggalkan al-quran....

kerna al-quran itu penguat jika rase lemah !
kerna al-quran itu penyelamat bile kau rasa terancam !
kerna al-quran itu syifa' bila kau sakit !
selamanya al-quran itu segalanya...
 

Sunday, 7 April 2013

anakmu asetmu : samaada menikkan islam atau tidak !


didiklah anak-anak ketika masih kecil dengan agama...
jgn biarkan mereka leka dan seronok dengan hiburan yg melampau...
jauhi mereka dengan hedonisme yg semakin mnjadi merosakkan peribadi muslim..
agar kelak mereka mnjadi pejuang agama...

hiasan seorang wanita muslimah !


malumu mahkota yg tidak perlukan singgahsana...
tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama..
duhai wanita !
malumu itu cerminan bg imanmu...
malumu itu mampu memberi impak yg besar..

pd nama baikmu sendiri..
pd agamamu sndiri..
pd ibubapamu sendiri..
pd teman2 mu sendiri..

ianya sgt berkuasa !
malu mu adalah hiasan dirimu sebagai wanita islam sebenarnya..
ya ! sebagai wanita islam, malu itu adalah harus bgmu..
agar maruahmu terpelihara..
agar imanmu terjaga..
agar akhlakmu mulia..

malu juga haruslah kena pd tempatnya...
awasilah rasa malu mu itu...
agar ianya tidak terkurang dan tidak terlebih..
seiring dengan tuntutan agama yg terbaaaeekk sepanjang masa..

ayuh bersama2 !! ;)

Saturday, 30 March 2013

"isteri bergetah vs isteri solehah" : tercabarkah suami?


       


      Satu rancangan tv baru-baru ini bertajuk "isteri bergetah,tercabarkah suami?" .terkejut mendengar tajuknya.kadang-kala tertanya juga,apakah definisi bergetah pada pandangan masyarakat,pada pandangan penerbit rancangan dan juga pendapat orang-orang yang lain.Dari dulu hingga sekarang,pada saya jika dikatakan bergetah ,saya masih lagi tertanya-tanya dan akhirnya membuat spekulasi sendiri .haha.nasib lah ye.Bila taip sahaja bergetah di google,keluar gambar-gambar perempuan yang berpakaian seksi.Bermakna,bergetah pada pandangan masyarakat atau umumnya adalah perempuan yg kurus dan mempunyai bentuk badan yang cantik dan yang seksi.Bila ditanya pada ayah,ayah kata “bergetah itu adalah yang berpenampilan cantik dan bergaya”. “oh ! bukan yang ‘melentik-melentik’ tu?hehehe”jawab saya yang  kurang ilmunya.begitu ke?

       Rasa-rasanya  itulah pandangan bagi perkataan bergetah.Maaf jika salah.Dalam siaran tadi panel-panelnya  memang seperti yang dikatakan tadi.Ada pemanggil pula mengatakan dia tak pernah tercabar dengan isterinya yang bergetah malah berbangga.Ramai orang tengok isterinya cantik dan bergaya,suami mana yang tidak bangga.Andailah makna bergetah yang dimaksudkan pemanggil itu dengan berpakaian yang seksi dan tidk menutup aurat,maka bukanlah rasa bangga atau tercabar yang harus hadir dalam jiwa seorang lelaki yang bergelar suami.Sepatutnya ada rasa takut dan bertanggungjawab jika isteri  seorang yang bergetah di luar rumah.Jangan pula buat tidak tahu sahaja,takut-takut nanti menjemput dayus.Nauzubillah.

   Bangga isteri dipandang orang ramai dan dipuji,cantiknya?Pujian cantiknya itu pada pandangan manusia yang telah dikaburi nafsu oleh syaitan.Mengapa?Kerna pakaian itu bukannya pakaian seorang muslim.Bagi muslim,aurat hendaklah dijaga dan dipelihara dengan sebaiknya.Berpakaian tidak bertutup aurat dan dipuji-puji?Bila akhir zaman,inilah jadinya.Yang tidak menutup aurat dan auratnya ditayang-tayang dan didedahkan yang terlalu dipuji dan disanjung.Yang berpakaian menutup aurat pula dikatakan kampong dan ketinggalan zaman.Pelbagai panggilan dilontar kepada yang menutup aurat dengan sempurna.

    Wajib hadir rasa gelisah jika isteri berlebih-lebihan dalam berpakaian apabila keluar rumah.Bagi muslim yang mukmin(orang islam yang beriman),selalu menegur isteri,adik beradik,keluar dan kawan-kawan agar menutup aurat dengan sempurna.kerana apa?kerna menyahut seruan Allah.


žwÎ) tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä (#qè=ÏJtãur ÏM»ysÎ=»¢Á9$# (#öq|¹#uqs?ur Èd,ysø9$$Î/ (#öq|¹#uqs?ur ÎŽö9¢Á9$$Î/ ÇÌÈ  
3. Kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar.(al-asr:3)


   Duhai manusia ! Berpesan-pesanlah kamu semua untuk mematuhi syariatNya.Berkatah benar walaupun pahit,tapi berhikmahlah.

    Baik ! jom kita tengok tajuk seterusnya.’Isteri soleh,adakah suami tercabar?”haruslah ! jika seorang isteri itu solehah kepada si suami,takkan si suami hanya menjadi suami yang biasa-biasa shj?Mestilah suami itu akan tercabar dan berusaha untuk menjadi soleh juga ! Bangga? Haruslah ! Tak tahulah nak cakap kalau dah dapat seorang isteri yang solehah,masih lagi dok garu-garu kepala dan pening-pening sambil berkata,mengapa isteri aku ni solehah?hah ! xke pelik gituh?Sujud syukur dan bersyukurlah :)

    Suami yang mukmin(beriman) itu,akan berasa bangga jika isterinya keluar dari rumah dengan pakaian yang betul-betul menutup aurat dan yang pasti adalah tidak melanggar syariatNya.Perginya isteri dengan berpakaian yang menutup aurat dan pulangnya isteri dengan aurat yang terpihara sepanjang perjalanan keluarnya.Berbahagialah seorang suami jika mendapat seorang isteri yang sebegitu.Dia tahu,jika isterinya dicaci dan dipandang serong jika berpakaian begitu,dia sangat berbangga kerna arahan dariNya telah terlaksana walaupun manusia memandang hina.Tapi lagikan gembira jika orang lain pun menutup aurat seperti yang diarahkan Allah kepada semua manusia yang beriman kepadaNya.

    Duhai si suami ! Kalian telah menempah satu rumah dineraka jika kamu membiarkan isterimu berjalan diluar tanpa menutup aurat mengikut syariatNya.Saat kalian melafazkan akad menerima nikahnya,bermakna kalian melafazkan janji akan menanggung semua dosa-dosanya.Jika kalian tidak menegur isteri kalian agar menutup aurat,bermakna  anda kan jatuh dayus.nauzubillah !

  Jadi ? Mana satu yang akan menang?Tentulah pasangan yang benar-benar menjaga hak-hak Allah ! Iaitu yang menjaga aurat dengan sebaik-baiknya.Penutupan aurat yang sempurna tidak menjamin iman yang teguh dijiwa,tetapi iman yang teguh dalam jiwa sudah pasti menjamin penutupan aurat yang sempurna.

 Sabda Nabi Muhammad S.a.W: “Setiap anak adam ada melakukan kesalahan dan sebaik-baik orang yang melakukan adalah yang kembali semula(taubat)

حاسبوا أنفسكم قبل تحاسبوا"
Maksud: Hisablah dirimu sebelum kamu dihisabkan(Saidina Umar)

Friday, 28 December 2012

ada apa dengan dakwah?


Bismillahirrahmanirrahim...



    Bagi pelajar agama mungkin ada yang mengetahui dan mungkin juga tidak.begitu juga rakan-rakan yang bukan daripada sekolah yang beraliran agama.sesuatu yang kita nak tahu itu perlu kita cari,gali dan buka mata hati.lebih-lebih lagi pada perkara yang berkaitan agama dan kebenaran yang benar.ada apa dengan dakwah?siapa yang terlibat?bagaimana ia berjalan?dan macam-macam lagi persoalan.biar ku rungkai satu persatu agar islam kian maju.in shaa allah J


   DAKWAH ! ia adalah salah satu ajakan. ajakan kepada kebenaran yang hakiki dan agama yg diredhai,yakni ISLAM yang suci . smaada kepada non-muslim ataupun muslim itu sendiri.kenapa perlu kepada yang muslim?sahabat,kita perlukan perubahan.dari buruk kpd baik,dari baik kpd yang lebih baik.tidak indah jika hidup kita hanya pada level yg sama.sama juga jika kita main game.sampai level 1,takkan nk stay je pada level 1 dan tak nak berganjak kepada level2?begitulah juga kpd kehidupan kita.perlukan anjakan paradigma.

    yang datang kepda kita dan share tentang islam,bukanlah mahu memerli dan menjatuhkan kita.sebaliknya ingin berkongsi lagi dan lagi kelebihan dan keindahan islam.agar,kita xmemandang islam itu hnya setakai ini dan itu shj.ttpi realitinya adalah luas dan tersangat luas.tak salah bukan?pemikiran kita juga akn makin terbuka dan pengetahuan kita kian bertambah,bukan?masha allah :)

    semua ummat islam WAJIB terlibat dlm erti kata lain mnyebarkannya."wey ! kitorang xblajar la agama2 ni.bg dak agame jela"."adoi.pesal kitorang pulak yg kne?xda org len ke?"."aku punye ilmu agame ciput je,suh org len la".kalau nk ditulis semua dialog2,tak muat sebab banyak sgt. spe yang suruh pegi ceramah kat masjid?sape yang suruh edar risalah kat jalanan?sape yg suruh semua tu?tak ada kan?sahabat,dakwah bukan hanya berceramah sana sini,edar risalah merata-rata
  kadang2 terdengar dialog sperti ini:

 -"kitorg ni x tepati syariat ke? da pakai tdung da la wey"
-"yg korang sebok2 tu kenape? kubur kan lain2?"
-"eh ! lain kalilah.kn muda lg.enjoy la dulu"

   Terkadang mahu saja usus dalam perut ni terkeluar.tetapi ditahan sahaja rasa itu agar islam dipandang indah dan baik.islam sudah jelas baik tetapi yang malangnya adalah penganut agama islam itu sendiri yg menukarkan perspektif non-muslim kepada islam itu berubah.kerana tingkah laku,kerana amalan,kerana perkataan dan lain-lain.mengapa?jawab sendiri lah.

  Sahabat2 sekalian,
  Jangan lah sampai macam tu sekali cakapnya.cuba lakukan sesuatu kerana allah.qudwah qobla dakwah(tunjukkan contoh sebelum menyampaikan).xsusah pun rasanya kalau tunjukkan atau lakukan rutin harian yg xmenjejaskan agama.lakukan sahaja semuanya seperti biasa dalam kitaran hidup kita ini,yg penting niat semuanya kerana allah dan mestilah semuanya tetap terjaga dalam syariatNya.Macam-macam yg kita boleh lakukan bukan?nmpak sampah,tolong kutip dan masukkan dlm tong sampah.dapat pahala kan?semuanya yang simple2.

  Allah xsuruh pun pergi berceramah kat masjid2,join street dakwah.ttpi kalau mampu n ada masa,that’s good  my friendz ! takkan tak ada masa langsung walau 5minit untuk kita ceritakan tentang apa2 yg ada dlm agama kita kat kawan2?kawan yg muslim ok,yg bukan muslim lagi okey ! sharing ISLAM to all.

  So,masih ragu untuk berdakwah?teman2,perkataan ‘dakwah’ nmpak macam berat dan hanya untuk yg benar2 mendalami ilmu agama ataupun aliran agama sahaja? tidak ! ianya adalah satu kewajipan bg kita semua as a muslim.ok! kalau xnak guna perkataan dakwah,kita boleh shj mnggunakan perkataan spt menyampaikan,berkongsi dan lain2.apa2 shj asalkan kita menyumbang untuk islam.in shaa allah J

  Ana rasa setakat ini shj yg boleh ana share tentang dakwah kot.ilmu Cuma sedikit.sekadar menjalankan tanggungjawab sesame muslim untuk mengingati muslim yg lain tentang kebaikan berdakwah.semoga kita tergolong dlm golongan orang2 yg soleh dan diredhai Allah. Subhanallah J

Sunday, 18 December 2011

berkata baik mahupun diam shj..

bismillah...

assalamualaikum...
alhamdulillah.dpt juga ana teruskan mnulis lps exam.ssungguhnya kita sbg manusia xdpt lari dari ujian.ia mengajar kita erti khidpan.ok!tajuk untuk ary ni buknnya tntg imtihan..but,tntg..berckp baik ataupun diam.

  ada hadis nabi yg mngatakan lebih baik kita mngatakan perkara yang baik atauoun diam shj.kenapa?cuba kita fikir effectnya..kalau kita ckp perkara yang buru,apa kita dapat?sah2la dosakan?

example 1:tngok tv n nmpak org xtutup aurat.
says:hey!pesallah dy ni xttp aurat.xreti2 lg ke?hey..bnyok nye lah dose dy..xmalu..bukak  
        itu..tayang ini....suke sgt dedahkan...
bg org y bkte:tngok dah dpt 2 dose.mngutuk dpt 1dose.sow,bpe dose?

fikir2kan ya.drpd mngata org yang x tutup aurat uh,lbey bek ckp ny...

must say:astaghfirullah!(smbil berplg)..moga2 dbukakan pintu hati dan dpt hdyah..amin ya 
               allah...

ape y dpt?pahale ucap astghfirullah..phale berpaling dr mksiat.phale mndoakan yang bek.ha!kan lg bgus dar ngutuk x pasal2..

peringatan untuk diri sendiri n sahabat2 yg len.n,klau dengar or 6pak org ckp cam yg 1st td,katakanlah padanya....moga2 kita dpt phale gak.iaitu phala mngajak org pd kebaikan..islam ini sungguh indah...jika kita selitkan segala yang kita lakukan dengan niat untk allah,insyaallah dpat phale..

  yg 6pak ssh adlah manusia itu sendiri.knape?c0z dy yang mnyusahkan.ana akan ceritakn kat post lain yea..ana rasa ny post yg plg singkat.tp xperk..moga2 dapat manfaat..insyaallah...wallahu a'lam....

Friday, 14 October 2011

aristotle ke-2?

salam alaik !...

  disini ana terdetik untuk menulis sedikit untuk pngajaran kita semua.insyaAllah.dalam kehidupan seorang pelajar,tidak sah jika dlm hati pelajar itu tdk ada ruang yg mulia untuk guru2.mengapa?apa kaitan guru fengan aristotle?pernahkah kita mendengar tentang aristotle?seorang ahli falsafah yang terbilang smasa zaman yunani dahulu?sebenarnya,dia bukanlah ahli flsafah yang terbilang.ttpi ia adalah seorang ahli falsafah yang kejam dan lupa daratan.mengapa?

   aristotle blajar terlalu bnyak kitab2 dari gurunya iaitu plato.semua dituntut dengan plato.tiada apa yang dia tidak belajar dari plato.ttpi,aristotle bertindak kejam dengan mmbunuh plato(gurunya).tidak terlintaskah dibenak semua,sanggup mmbunuh seorang yang telah mngajar semua yang kita x tahu?dari sekecil2 hal kepada sebesar2 perkara?allah hu akbar!!ama rasakan,orang yang sebegini rupa x menggunakan sepenuhnya ilmu yang dtuntut.boleh jadi juga niat utk mnuntut ilmu tdk betul.lantas nafsu dan syaitan yang merajai diri.nauzubillahi min zalik!

   sahabat2 sekalian,;perbetulkanlah niat kita semua mnuntut ilmu demi kerana Allah dan agama.insyaAllah.jgnlah sekali2 mmperkecilkan guru.ingatlah!manusia x sempurna.ya!mmg ckg kita juga ada klemahan.ttpi,pandanglah kelebihan dan ilmu nya yang mulia.nabi pernah bersabda "guru itu hampir kpd rasul kerana ilmu yang dsampaikan"..jika ckg mmndang kita dengan prasaan benci dek krana perbuatan kita,bersegeralah mohon kemaafan sblum apa2 terjadi.pndgn guru trhdap kita adalah satu doa.jika ingin keberkatan dunia dan akhirat,jagalah hati guru2.

   kata2 mencarut ataupun kata2 yang mmburuk kan guru adalah kata2 dari mulut seorang anak murid yang mmg xsedar dan lupa daratan.mungkin dalam keadaan yang tdk waras.walau bgaimanapun keadaan guru kita,bgaimanapun rupa mreka..positifkan pandangan agar dberkati kelak! insyaAllah....

wallahu a'lam....

Saturday, 3 September 2011

salam imtihan !

assalamualaikum.....

      kepada semua spm candidates,gud lark ea utk trial next week.walaupun ada yang mngatkan xstudy lagi or whatever punye reason..gasaklah..yg penting..kite semua kan hadapi gak..sedia atau x..sma juga dengn kehidupan sbg seorang hamba.xpernah xderk ujian.bg yg tngah study tu,study lek lok.jgn lentok sudah yea..hehe...especially sejarah.hehehe...

     nasib baik ari selasa start.bley lar release tension skejap..wlaupun ada yg release tension mse raye.mkn kueh tu jgn bnyk2..kang xlarat mate tu nk mmbce.bg yg nk gi DQ,kne wat elok2..c0z,DQ nk tgk result trial.klau ader rezeki lepas je..ada jugak yg kate nk masuk stam(utk skolah agame jelah)....ikulah masing2..rase mne sesuai pegilah...ilmu tu kat mne2.terpulang pd kita nk atau xnk je.


       rase2kan,mcm xnk je amik spm ny tau.tp,nk gi mesir..xkn xnk exam kot.kalau dpt DQ,abskn DQ dlu...klau xdpt DQ,pegi kuliah amik stam lah nmpak gayenye..eh ! ini bab mase depan..ade post special utk ny...berbalik pada spm and trial ea..anyway and papepon..gud lark lah yea...kepada semua calon spm 2011.kasi gempak dari tahun lepas.and...jom gi overseas ramai2...

   ucapan ny khas utk calon2 spm bg SMA Al-Maidah Addiniah padang tengku...dpat semua A dlm stiap mada yea...and kpd geng2 lama..calon skolah SMA Al-Ihsan....smoge berjaye dunia dan akhirat yea...
wallahu a'lam....

Sunday, 28 August 2011

kenapa tudung labuh?



persoalan demi persoalan menerjah ke muka ini..tetapi tidak pelik bg ana dan juga sahabat2 yang lain yang mngenakan pakaian ini.ana yang cakap nak tunjuk wara' dan ada yang cakap.bajet  je tu.ada juga yang brtanya.xpanas ke?eeii..srabutlah..susah nk buat kerja.

shabat2,jika ianya serabut..xknlah ada yang mmkainyakan?bg ana,ana pakai ana mngenakan tudung labuh ini kerana ana ingin mmperingatkan diri ana sendiri..ingat kat ape?pakai tudung pun bley ingatkan diri ke?ha!tulah yang ramai xtahu.pada ana,jika ana pakai tudung labuh ini,ana akan rasa malu untuk buat perkara2 yang mungakar ataupun mnyalahi syarak.so,ana xkn buat perkara2 maksiat.insyaAllah.

ada juga yang akan pangkah ana dengan mngatakan,habis tu orang yang okai x mnutup aurat ny nk sngat lah buat maksiat?astaghfirullah.ana xkata bgitu.cumanya,ace try fikir.pakai pakaian yg xmnutup aurat tu kan maksiat?buat dosa dan bg dosa pd orang lain.sama jelah kan?maknanya mnempah tiket ke neraka dlm bhasa kasarnyalah.

  ada juga yang bertudung labuh x mlambangkan pakaiannya.insan ini adalah insan yang mmburukkan orang yang mmkai tdung labuh dan berakhlak baik.mngapa pulak?bukan semua yang bertudung labuh ini adalah ahli syurga ya sahabat2.bukankah kta pernah dengar,"dsebabkan nila setitik,rosak susu sebelanga".inilah perumpamaannya bg insan yang berpkaian mngikut syarak ttpi berakhlak bukan dari acuan al-quran.

urm,ana ada kerjalah.lain kali kita smbuang lg ya?
wallahu a'lam...
salam....

Friday, 24 June 2011

tawaran :cuci toilet sekolah !!

bismillah...

urm, jika kita mndapat tawaran ny ape perlu kita buat dan apa reaksi kita??mungkin ada separuh daripada kita yang akan menolak dengan serta merta dan separuhnya akan berfikir dua tiga kali dan ada juga yang kan mnerimanya dengan pantas ..mari kita lihat apa jenis hati kita dengan ketiga-tiga reaksi tadi...

        mksd dsblik gmbar ini hnya ana dan tuhan shj yg tahu

~menolak dengan serta merta~
  
   s'seorang yg mmentingkan pandangan orang lain dan tidak terfikir tentang pahala..xmngambil peduli tentang jenis hati sendiri..

~berfikir dua tiga kali~
  ada peluang untuk mnjadi hamba Allah yang baik dan juga ada peluang tlh berjaya dhasut oleh syaitan...hati terdoring kpd perkara yg baik

~menerima terus~

  tahniah! anda seorang hamba Allah yg xkira pandangan makhluk ttpi hnya mngambil kira pandangan Allah yg suci untuk mngubah hati menjadi baik atau mngubah hati itu kepada yang lebih baik...

mengapa??

cuba entun semua fikir2kan....jika ada tawaran sebegini untuk diri kita...teruslah ingat bahawa Allah tlh berfirman :

"Dia xakn mmbiarkan makhluk-Nya mngatakn diri mereka beriman tanpa adanya ujian untuk mnguji keimanan mereka"

lihat ! Allah xkan mmbiarkan manusia hnya mngatakan.."aku beriman"..ttpi,sbnarnya x..jika kita beriman,...ayuh!!terimalah tawaran itu dengan hati terbuka...

Allah juga ada mnyebut ddlm kalam-Nya..

"wahai org2 yg beriman,mngapa kamu katakan apa yang kamu x lakukan?"(as-soff:2)

mksudnya...cakap xserupa bikin...cakap je lebih..tp x buat pun..

"ssungguhnya perbuatanmu itu amatlah dibenci dsisi Allah"(assoff:3)

ingat!! jika hanya pandai bercakap tapi x buat...perbuatan itu dbenci oleh Allah...

mengapa perlu trima tawarab tu??
   kerana toilet tu kotor...jika kotor kene buat ape?mestilah bersihkan smpai putih dan berkilat juga wangi kan?cuba bayangkan toilet tu seperti hati kita...kita berusaha untuk mmcuci hati kita dari segala daki2 maksiat dan palitan dosa yang tercalit pada hati kita...lagi satu...apabila kita mencuci toilet, secara automatic kita akan merasa rendah diri..ini sbnarnya bgus bg orang yang bongkak dan sombong..hehe...

     ya ! mmg kotor...mmg busuk...tp,siapa yg gunakan toilet tu?kita juga kan?xkan kita nk guna toilet yg kotor??Allah ada berfirman..:

"boleh jadi kamu mnyukai ssuatu pdhal ia mat buruk bgmu dan boleh jadi kamu mmbenci sesuatu pdhal ia amat baik bgmu..ssungguhnya Allah lebih mngetahui sedangkan kamu tidak mngetahui"(al-baqarah:216)


   mmg xsuka kan kalau kena suruh?anggap tawaran itu adalah hidayah daripada Allah dan kesempatan untuk kita lakukan perubahan juga pembersihan hati yang mungkin sedang lalai ataupun tengah syok cintakan dunia...cuba think positif sket...

firman Allah:

     "Allah adalah seperti yang kamu sangkakan"

  jika kita anggap Allah ny kejam dan jahat..maka Dia kan kejam dan jhat kpd kita...jika kita anggap Allah baik dan Pemurah...maka Dia akan baik dan Pemurah pd kita...

cumanya ana terkilan c0z x dpt joint 'tawaran' tu...mulanya shbat ana mncari org utk bersma2 dia trima 'tawaran' tu...dia tnya ana..ana kata xnk..then,ana pikir dua tiga kali...eh! -k lah pulak(ingin redha-Nya)...hehe....1 jam kmudian ana dpt berita exco asrma ada meeting..Allah...terlepas pulak...rase mcm nk excuse plak meeting tu...tp ckg ckp emergency!! "Ya Allah..mengapa ini yang terjadi??"..keluh ana sndirian..then,teringat kata2 k.suha dhulu...

"dik,Allah ada perancangan-Nya trsendiri..jgn mudah mnyalahkan ssuatu...terima shj apa yg berlaku dan ingat!sentiasalah berbaik sgka pd-Nya...dan Allah ingin mnguji tahap keimanan adik..jgn mudah putus semngat dan redhalah apa yg telah dtetapkan.."

  ya! mungkin Dia ingin mnguji dahulu ana smaada ana trima atau tidak twaran untuk mmbersihkan hati ana dan kmudian Dia ingin mmbuka peluang untuk insan lain pula..insyaAllah ianya akan datang juga dengan 'tawaran' yang lain dan ana harap ana x berfikir dua kali ttpi terus mnerima sambil mnghrap redha-Nya...insyaAllah...

Wednesday, 1 June 2011

warkah mujahideen ~

Pesanan Syeikh Ahmad Yassin


SYEIKH AHMAD YASSIN 1938-2004

Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mu1ia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.

Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.

Wahai para pemuda, aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kalian untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian. Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.

Wahai puteriku, aku ingin kalian berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kalian berjanji kepada ALLAH bahawa kalian akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian. Haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.

Kepada semua, aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang. Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan. Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar.

Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. Berpeganglah kepada agama kalian. carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada ALLAH.


   

sumber  :    http://islamicsyahirah.blogspot.com

Tuesday, 31 May 2011

jika ini ujianMU...

Bismillah....

   jika ini ujianMu untukku,aku terima seadanya apa yang telah kau lemparkan padaku sebagai hambaMu supay aku menjadi hamba yang benar2 taat perintahMu..segala yang terjadi aku tahu ada hikmahnya..mungkin jika aku di tempat teratas,aku bisa riya'..jadi Engkau letakkan aku hnya di tempat kedua...kerana aku tahu Kau mahu menjaga diri ini....

masisupa telah berlalu..sungguh sukar untuk kontigen kami menerima..tapi,atas dasar taqwa dan iman yang benar2 kukuh..bersabarlah yang lebih baik kerana telah diajar kepada kami tentang janjiMu..

"boleh jadi kamu mnyukai ssuatu pdhal ia amat buruk bgmu dan bley jadi kamu mmbenci ssuatu padahal ia amat baik bgmu.ssungguhnya Allah lebih mngethui dan kamu tdk mngetahui"
(2:216)

  telah dijar kpd kami tdk benci-membenci antara satu sama lain..lagipun masisupa adalah salah satu medium penggerak bg semua plajar agama bg merealisasikan atau memvariasikan dakwah...melatih minda dan fizikan untuk lebih tabah dalam mengharungi jalan dakwah yang penuh liku..

ada ulama' yang mngatakan..ssiapa yang melangkah ke jalan dakwah,beerti dia telah mnjebakkan diri kedlm ksusahan dan juga ksulitan...ini bermakna jalan dakwah bukannya senang...perlukan semangat yang tinggi dan juga iman yang tiada tandingan....moga dpt mmilikinya...

semua yg brlaku ddunia tiada siapa yang dpt mngetahui...menang atau kalah...semuanya hnya ddunia..pengiktirafan yang sementara dan tdk mmbawa ke akhirat langsung..mngapa ingin bergaduh kalau tdk mnjamin syurga?semuanya hanya ddunia...apa yang kita perlu dapatka atau gapai ddunia ini untuk mndpt akhirat adlh ibadah..hatta beriadah masa masisupa...ataupun ilmiah...semuanya mlatih kader2 dakwah untuk berdakwah secara sedar ataupun tidak....

''otak yang cerdas ada pada badan yang sihat"

tidak dinafikan lagi...islam adalah agama yang kamil..semuanya berkaitan dlm hidup ini....

Ya Allah,
Jika ini adalah ujian dariMu,
aku terima...
biar baik ataupun buruk..
kerna semua yang Kau tentukann bersebab

Ya Allah,
Jika ini ujian dariMu,
kau lapangkanlah dadaku untuk terus maju
maju kehadapan dan tidak sskali tersentak
ataupun khuatir dengan tindakan Mu


Ya Allah,
jika ini ujian dariMu,
kau ringankanlah mindaku
untuk tetap terus diatas landasan agamaMu
agar iman ku terus terpelihara
dan tdk goyah walau dilanda angin dilautan


Ya Allah
jika ini ujian dariMu.
ingatkanlah aku untuk senantiasa berzikir padaMu
supaya aku tdk hnyut seperti hnyutnya kayu2 mati
dibawa arus sungai yang deras mengalir tanpa henti
semuanya terjadi atas perintahMu...


madah pencinta_syahid94
sendirian berbicara
30 mei 2011
5:05 pm
rumah 

Saturday, 21 May 2011

pemurahnya Engkau~

bismillah....


ku pinta setitis dakwat
inginku coretkan sesuatu di lembaran,
diberikanku sekeping hati,
untuk ku lakarkan segala kenangan
baik yang manis mahupun yang pahit

ku impikan setangkai bunga
utk ku mnikmati keharumannya tatkala kegelisahan
diberikanku sejambak ros sbg panduan
cantik dpandg ttpi sukar utk dsentuh
melainkan yang benar2 ikhlas kpdNya..

ku pohon seteguk air
utk mnghilangkan dahaga sesaat
dikirimkan ke seluruh ummat termasuk aku
seorang rasul bersama al-Quran agar menjadi petunjuk
utk diriku sekaligus memusnahkan keresahan
dan kecelaruan hati seumur hidup


ku dambakan seorang teman
sbg penghibur duka dan laraku
dikurniakan kau utkku bt sementara waktu
yyg x psti saat trpisahnya satu roh dari 2 jasad
yg senantiasa mngintai pluang mngejar syahid brsamamu..


ukhtie fillah,
sepanjang hayatku dgn amalku yg aku lakukan
aku ingin ianya mndapat keredhaan Nya dan ingatlah satu perkara
buat diriku yang teramat penting yakni cita-cita hakiki ku...
syahid yang terlalu aku pinta,pohon,ingin dan dambakan

ukhtie fillah,
syukran kathir kerana sudi menjadi sahabat selama perkenalan kita
sahabat kpd s'orang hamba yang bgitu hina tp,
menginginkan syahid yang Karim dan Syarif disisi Allah..
kerna aku adalah pencinta dan perindu syahid
dsebalik jasad seorang thabibah yang mukminah dan mutiah ilallah
wa rasulullah..insyaAllah...

p/s:pesan umi ayah,nk jadi doctor no problem.tp,kne jadi doctor yg mukminah(beriman) dan mutiah(taat) pada Allah dan rasul..agar semua yg kita lakukan ini diangkat dan diterima menjadi ibadah kpdNya scara x langsung..c0z,ape yang kita buat kat dunia ini adalah ibadah kita yang ingin dijual pada Allah...pasrahkan dirimu wahai hamba Allah ajma'in...

salam alaik !

bicara kesunyian,
1:19 a.m,
22 may 2011,
bilik kat umah

Tuesday, 15 March 2011

cara untuk menilai diri~

assalamualaikum...

   kehidupan kita ny bnyak peringkat ataupun kategory..such as kanak2..teenagers..belia..dan lain2 lagi..dlm tiap2 peringkat ny msti berbeza dari sgala aspek..contoh amal ibadat kita..juga ganjaran pahala bg yg baligh..apa yg saya ingin ktengahkan adalah konsep see..talk and make a change..macam mana??

   semua sy ambil kata2 dari ustz sekolah saya iaitu us.Arshad smasa bliau mnyampaikan kuliah maghrib..katanya..lihatlah anak2 kecil (mcm kanak2 yg x baligh lagi area 5-8 thn)..dan tgok diri kita juga..katakan pada diri kita tntg anak kecil tu..dan bndingkan amalan kita..mungkin ada sebelah pihak yang kata.."alah..buat apa nak tengok budak kecik..dyorang tu pikir bukan betol pun..bt semua bnde..bukan tau pun pasal dosa pahala..YES!! that's right.

  sbb tulah sy suh tgk bdk kcik tu..sbb dyorg x derk account amalan lagi..sbb tu dyorang bebas..so,maknanya..diorang tu suci..bersih..tiada satu pun titik hitam dalam hati dyorang..xyah crite lah hal account amalan dgn mumaiyiz tuh...skarang just tgok dosa dan pahala je..masa kita kecil dan belum baligh..kita boleh buat semua tu..xdek pon yg nk catatkan dosa atau pahala..cuba bermonolog dlm diri..kalau dbndingkan dgn budak kecik..sapa lagi bnyak dosa??hati siapa paling bersih?cuba think +ve pd org lain dan think -ve pd diri sendiri agar kita dpat lakukan anjakan paradigma pd diri kita..

  then,tgok pula pada insan yg lebih tua pada kita..tp,jgn lah tgok pada 0rg yang tua stahun or 2 tahun dari kita..carilah yg lebih berusia..are 60 -70 an..fikirkan je amalan pakcik dan mak cik tu lagi bnyak dari kita..xkan kita nk ckp.."xpelah..cukup dah ny...buat ape bnyak2"..HEI!!wake up!!cukup ke slama ny kita buat??perfect ke kita dlm sgala urusan kta??ikhlaskah kita??renung balik..tiada istilah cukup bg yg merindukan atau x sabar mnnti negeri abadi dalam beribadah..mungkin saja dlm ssuatu urusan kita tu ada sedikit cacat cela..dan..mana tau x dterima...hidup ny hanyalah untuk beribadah..

firman ALLah :"dan tidaklah Kami jadikan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadah (kepada Kami)"(Az-Zariyat:56)

  so,semuanya dah terbukti dlm Al-Quran..terserah pada kita untuk buat atau tidak...Allah x paksa..tp,Allah janjikan ganjaran bg yg mlukukan dan azab yang amat pedih bg yang meninggalkan apa yang disuruh..pilihlah..

sama2 duduk sebentar dan fikir sejenak..
mengajak minda dan hati mncari punca...
dan bergerak seiringan dgn syariat Islam yg hakiki...

Insya Allah..
Wallahu a'lam..
gapailah tanganku dan pimpinlah daku..
bersama2 mnuntut ilmu Allah utk duniawi dan ukhrawi yg utama..

setitis rasa kasih~

detik saat x pernah mnunggu aku...
jadi aku yang harus mngejar...
dlm perkiraan waktu yang semakin pantas berlari...
aku jadi terpinga2 dan terkilan...

sedarkah kalian akan apa ynag sedang kalian lakukan?
mruntuhkan iman yang telah dibina..
perlakuan yang tidak disedari..
sedikit demi sedikit mngajak kpada zina..astaghfirullah...

ingatlah wahai sahabat...
cinta manusia x bermakna...
jikalau cinta Allah dan Rasul x pernah terbit dalam hati...
lebihkanlah cinta Pencipta dari cinta makhlukNya...

nauzubillah min zalik..
pernahkah kalian terpikir dan hayati apa yang telah kalian pelajari?
ilmu fikh,tauhid,al-quran dan lain2??
tolong..jgn mmburukkan madrasah kita....

jika kalian inginkan maksiat atau zina...
pergilah ke tempat yang tiada siapa pun nmpak...
pergilah ke tempat ynag tiada undang2...
pergilah ke tempat yang mana tiada siapa yang kisah tentang anda..

dimana?
mana ada tempat seperti itu..
fikir2 dan renungkan..
dalam mmberi sepatah dua kata..
bukan untuk kalaian shj...malah untuk diri saya...

kerna padaku..
jika kita bisa elakkan dari c0uple..
bermakna kita boleh elak yang lain..
jika sebaliknya...
bermakna ia adalah hamba Allah yang amat2 rugi...