Friday, 28 June 2013

Agamamu mencerminkan pemakaianmu~

-indahnya jika hidup bersyariat-


Jika kita  ingin lihat agama dalam diri seseorang,kita lihat ibadahnya.Jika kita ingin lihat agama dalam diri seseorang,semstinya kita lihat adabnya sesame manusia.Jika kita ingin lihat agama dalam diri seseorang,sudah tentu pemakaiannya menjadi salah satu factor utama yang penting bukan? Pemakaian juga memainkan peranan yang penting bagi seorang pelajar agama.Bagi seorang penuntut ilmu agama.bukan?

Dewasa kini kita tidak dapat membezakan mana satu yang belajar agama dan mana satu yang beraliran professional.Jika dahulu,perubahan sungguh ketara diantara pelajar agama dengan pelajar yang bukan beraliran agama.tetapi sekarang,semuanya berubah sama sekali.Tiada perbezaan langsung dari segi pakaian,bahkan adab! Mana perkara yang ‘istimewa’ yang dituntut dan yang dibelajar di gedung ilmu dahulu?Adakah hanya terukir disijil shaja?

Perbezaan atau ‘aib’ ini lebih tertumpu kepada pelajar ‘akhawat’(perempuan).Pelajar lelaki tidak berapa jelas sangat jika dibandingkan dengan pelajar akhawat.T-Shirt muslimah disarung.labuh betul-betul hingga lutut dan longgar.alhamdulillah menepati syariat.tetapi seluar…ada yang memakai seluar slack yang ketat dibahagian lutut.Tidak salah memakai seluar slack tetapi haruslah menepat isyariat.longgar dan tidak ketat dimana-mana bahagian.

Pakaian berjenama islamik terlalu bnyak seperti  cendawan tumbuh selepas hujan.mana-mana pun boleh kita dapati.tapi sayang,dari segi syariatnya ‘melencong’.tak menepati  syariat langsung.ada jubah yang besar dan longgar tetapi,terlalu sarat dengan labuci.tabarruj namanya.ada jubah yang simple tetapi,ketat dibahagian pinggang.terang-terang tersasar dari syariat tetapkan.Lambakan manusia yang inginkan caraislam.beli pakaian yang berjenama islam tetapi kurang dari segi ilmunya.

“aku sudah menutup aurat.dah pakai tudung dah.salah lagi?tak pakai salah,dah pakai pun salah”

Tudung sudah pakai,Alhamdulillah.tetapi,singkat dibahagian dada.terlalu rajin pula membela unta dibelakang(sanggul tinggi).kerana apa?ingin berubah tetapi tiada ilmu.Bagi pelajar agama yang melakukan hal sedemikian ,innalillahiwainnalillahiroji’un.sudah tahu tapi buat-buat tak tahu.kenapa?tanya iman didada.

Sahabat-sahabatku seislam terutamanya yang bertitle ‘pelajar agama’ ,

Sebagai pelajar yang pernah belajar agama di mana-mana sekolah agama,mereka akan menjadi daya tarikan orang ramai.Kerana pelajar agama belajar sirahnabi.kerana pelajar agama belajar ilmu tafsir.kerana pelajar agama belajar al-quran dan hadis.Mana datangnya semua itu?Dari Allah ianya datang,seterusnya kepada nabi disampaikan dan hadir kepada kita.Tidakkah kalian tahu?Adakah ianya kemuliaan?Ianya kemuliaan jika kita Berjaya melepasinya.Ianya sebagai taklifan(tanggungjawab).

Tolong,aku merayu pada kalian.Sebelum kakimu melangkah keluar,lihatlahpakaianmu dicermin melalui pandangan iman.pandangan akhirat.tanyalah sahabat-sahabat atau ibubapa disekeliling,adakah pakaianku sudah menepati syariat islam?


“Letakkan dunia ditanganmu dan letakkan akhirat dihatimu supaya dunia bisa kalian uruskan dan akhirat dibawa mati”
(imam Al-Ghazali)

“boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu dan boleh jadi kamu benci sesuatu padahal ia amat baik bagimu.sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahui.
(2:216)


7 comments:

  1. Allahu.
    Sungguh. Ia 'menembak' hatiku ini yg juga seorang 'pelajar SMKA'.. Syukran. Jazakillah ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. afwan.allah lah yg memegang hati2 manusia.siapa ya?

      Delete
  2. (Y)
    jzkk atas perkongsian

    teruskan teruskan yee ! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. afwan..
      insyaa allah..
      teruskan menembak doa utk islam..
      =)

      Delete