Tuesday 15 January 2013

Generasi seterusnya ~ 2013





       Sudah sebulan ianya berlalu.Terasa seakan baru semalam ku melangkah masuk.Dengan rasa berat hati ku mulakan perjuangan dan begitu juga pabila kaki ini melangkah keluar meneruskan perjuangan seterusnya.Dulu dengan hati yang dipaksa,sekarang dengan terpaksa ku melangkah jua.Tibalah masa untuk generasi seterusnya menyambung sejarah kami yang biasa2 kepada yang luar biasa.in shaa allah.



KULLIAH AL-LUGHAH WADDIN AS-SULTAN ABU BAKAR

     Ya ! Tempat inilah yang ku ceritakan diatas td.sukar untuk dihuraikan.                Biarkan Allah dan ana shj yang mngetahui.Lipis ke Pekan,kuantan teramatlah jauh.5 jam perjalanan memang memenatkan.Selepas secara rasminya keluar dari kulliah bulan 11,ana menziarah semula kulliah pada 23-25 dis 2012 untuk join FCR.Then,kembali sekali lagi pada 3-11 jan 2013 untuk berkhidmat sebagai fasilitator pelajar baru kulliah.Al-usbuk ath-tsaqofi watta akhi ( minggu kebudayaan & persaudaraan ).Ramai yang memanggil minggu orientasi.

  Seterusnya ana ingin menceritakan tentang generasi baru yang telah bersama2 kami selama 1 minggu.1 minggu shj kami mngenali mereka2.Masya allah !! Generasi yang hebat dan ana rasa generasi ini adalah generasi yang mampu menaikkan lagi nama baik kulliah,nama baik ibu bapa dan sudah tentu nama baik agama islam yang memang baik dari azali.kenapa ana berani katakana begitu?mari ana tunjukkan.

    Setiap pagi sebelum azan subuh,dalam pukul 5.45 ana dan rakan seunit ana menjalankan tugas untuk meronda asrama aspuri untuk kejutkan adik2 dan ajak pegi surau.tahu apa yang kami nampak?Katil dah kosong,yang solat semua dah pegi ke surau.ada lah 3 4 orang yang baru nak pegi surau waktu azan subuh dah berkumandang.Overall, SUPERB ! .inilah yang diinginkan Rasulullah.Inilah yang akan menggetarkan musuh2 islam.Subuh diawal waktu dan BERJEMAAH.Dari tingkat 1 kami naik hingga tingkat 3, suasananya sama.terpegun dihati.hanya mengucap syukur xterperi.berbisik kepada rakan yang meronda bersama,”bagusnya mereka.bersemangat ! kita dulu xlah mcm ni”. Alhamdulillah.Tidakkah ini menggetarkan hati kita semua? Menaikkan semangat kita?

   Selesai kami meronda,kami balik ke rumah fasi.Kami bagitahu rakan2 yang lain.Ada yang mengatakan “baguslah mcm tu”.ada juga yang mengatakan “alah,awal2 tahun memanglah semangat.takut kene marah dgn akak fasi”. Senyum shj yang mampu kami beri.sekurang2nya mereka tunjukkan yang mereka ini awal,yang mereka boleh lakukan semua ini tanpa perlu dikejutkan.positif lah sikit,kawan.Raikanlah sedikit.

     Usai solat subuh berjemaah dan bersarapan,kami adakan perhimpunan di dataran aspuri sebelum ke dewan shas.minta maaf adik2 ya kerana suara akak serak sedikit.tetibe xsihat waktu orientasi ni.terpaksalah menjerit.ada yang terkejut.kem komander lah katakana..hik3x..nak tergelak pon ade gak.entah sape yang naikkan nama ana jd kem komander muslimat.nasib antunna lah adik2 yea.Adik2 memang ikut shj apa yang akak2 cakap.xde cakap belakang,xde bising2.senyap.kagum tersemat dihati.beraturlah mereka panjang2 untuk ke dewan shas.muslimin xde lg?ni lagi bangge.syabas adik2 muslimat.walaupun muslimat ni lebey sulit sedikit dalam pemakaian dan cerewet,ternyata muslimat tetap boley awal dari muslimin.MABRUK ALAIK ! maaf ya muslimin. J

  
       Adik2 tetap menyanyi lagu tema yang rancaknya xpayah cakap lah.fasi pun teragak2 lagi.apa2pun,kami mencuba dan kalian pun mncuba.apa tidaknya,asyik kene marah dengan kem komander muslimin.katanya xkuatlah,xsemangatlah.adatlah.kem komander xde mende lain nak buat selain marah2x.sabar jelah.just untuk sminggu je xlame pun.Adik2 tetap ikut.takut kene marah ea?hehe.Seterusnya untuk MC,tazkirah,baca doa dan selawat diketuai sendiri oleh adik2 baru.Subhanallah ! Memang hebat.tiada ketar langsung.Fasi yang dah berkali2 jadi MC pon boleh salah jugak.Tazkirah adik2 baru memang hebat.gaya imam muda.ada lawak,ada loghat daerah masing2,ada tegas , semua ada.

   Waktu LDK dan Riadah memang adik2 bg 200% komitmen.ana bangge. cikgu ! cikgu nampak x potensi mereka? xtakut untuk kedepan.tidak malu untuk bersuara bahkan boleh mintak gula2 10 biji kat ana.memang terlampau berani.Adik2x,jangan berani sgt ea.hihi.nasib baik ade gula2 10 biji dlm poket.disebabkan adik berani ke hadapan,akak bg jugaklah.Ana suruh sujud atas rumput,semua akur.bagus ! ana denda pun buat muke redha.Adik2 2013 memang sporting.Waktu disoal oleh kak fatiemah pon antunna  berebut kedepan nak jawab.amboih ! berani nye.xsegan langsung.hadiah?gula2 sebiji je kot.Fasi xtahan nak pecah perut pabila kak fasi tnye,siapa nama kakitangan lelaki dlm  pjabat?ada seorang je.nak tahu mereka cakap ape?abg ghazali.kesian abg faizal,tetibe nama jd abg ghazali.sabar ea abg faizal.bila mereka kenal abg faizal,msti mereka gelak seniri.hihihi.

   Dari pengamatan kami para fasi,adik2 tahun ni terutama muslimat,memang berani.memang bersemangat dan memang terbaik. Ustazah,Cikgu ! lihatlah mereka.in shaa allah mereka akan menaikkan nama kulliah satu hari nanti. Adik2 ! buktikan semuanya pada guru2.antunna boleh.Cuma perlu berdikari sedikit.jangan jadikan kesusahan yang antunna lalui di kulliah itu sebagai penghalang.itu adalah cubaan buat antunna.antunna kena kuat sedikit.terus rujuk cikgu lepas ni.kami dah xde utk ditanya apa2 lagi.hihihi. baiklah.ana rasa setakat ini sahaja kot.

    Semoga antunna boleh majukan agama untuk selamanya.in shaa allah.keep it up, sisters !! antunna generasi seterusnya selepas kami untuk majukan kulliah. Bittaufiq wannajah !

Assalamualaikum J

No comments:

Post a Comment