Thursday 6 June 2013

Pejuang yang kecundang ~

                                                  -bkn org dlm gambar tu erk-

Siapakah   pejuang  yg kecundang itu?Jujur aku akan kemukakan kisah seorang pejuang yg bukan calang2 orgnya,yg kecundang.Siapa tahu?Langkahnya sudah sumbang pada awal jejaknya.Punyai cita2 yg tinggi dan agung. Tetapi langkah pejuang itu songsang, yg akan menarik pejuang itu ke lembah yg hina dan terus kecundang.

Pejuang itu bkn calang2 kerana dia adalah seorang pejuang agama.Ilmunya,gred imtihannya. MasyaaAllah.Mungkin dia bukanlah yg terbaik.Tetapi markahnya seringkali dalam golongan yg terbaik.Siapa yg tak mahu bukan?Rupanya,sebaik2 rupa yg telah Allah ciptakan.Subhanallah.Cumanya kecundangnya pejuang itu bukanlah kerana markahnya tiba2 jatuh menjunam.bukan juga kerana dia tak mendapat tempat dimana2 universiti.Tetapi ‘kecundang’nya pejuang itu adalah kerana melanggar batas2 syariat.

Pejuang.Tentunya memperjuangkan sesuatu.Jika seorang pejuang agama,sudah tentu pejuang itu memperjuangkan syariat.Tetapi pejuang ini melakukan sesuatu yg bertentangan dengan syariat.Bagaimana pula dia boleh dipanggil pejuang?Ramai yg memanggil pejuang agama kerna belajar Usuluddin,Syariah dan lain2.Tetapi,apakah reaksi masyarakat yg dahagakan agama terhadap penuntut syariah dan usuluddin melakukan perkara yg salah disisi islam?

“Biarlah !Allah je yg tahu. Orang lain tak tahu.Aku dah jalankan tanggungjawab aku pada masyarakat utk mngajar tentang islam.Aku adalah pejuang agama.”
 (jawab pejuang yg ‘kecundang’)

 Hey manusia yang menggelar dirinya pejuang agama !
Jangan sekali kau panggil diri kau  pejuang agama kalau kau tak amalkan !
Jangan sekali kau panggil diri kau pejuang agama kalau xsebarkan !
Jangan sekali kau panggil diri kau pejuang agama kalau maksiat depan mata kau butakan !
Jangan sekali kau panggil diri kau pejuang agama kalau kau tenang dengan zina !
Jangan sekali kau panggil diri kau pejuang agama kalau kau kata tp kau tak buat !

Jelas dalam kitabullah :-

“Wahai orang-orang yang beriman,mengapa kamu katakana apa yang kamu tidak lakukan?sangat besar kemurkaan disisi Allah jika kamu katakana tetapi kamu tak lakukan.”
(as-saff:2 & 3 )

Hey manusia yang menggelar dirinya pejuang agama !
Kamu hafaz kalamullah yang agung tetapi kau ingkar !!
Kamu hafaz hadith yang mulia tetapi kau biarkan seperti angin lalu !!
Kamu ikuti sirah nabi yg menggamit kasih tetapi kau xpedulikan !!
Kamu pelajari dan mendalami agama islam yg syumul tetapi kau xmenghayati !!
Kamu lantakkan segala yg kau fahami tapi sebenarnya kau tak ‘mengerti’ !!

Hey manusia yg menggelar dirinya pejuang agama !!
Hati-hatilah dengan tingkah dan langkahmu setiap masa !
Manusia xkan berhenti memandangmu,apatah lagi Allah diatas sana !
Kau akan dipersoalkan apa yg kau lakukan dengan ilmu agamamu?
Hey manusia yang menggelar dirinya pejuang agama !!
Jangan jadi fitnah kepada islam !
Jangan kau biarkan jasa Rasulullah dipandang remeh !
Jangan kau  xpedulikan hati nabi yg telah membawamu bahgia hngga skrg dgnbntuanNya !
Jangan kau biarkan nafsumu merampas takhta iman dijiwa !
Kelak panas kau disana !

Kecundangnya pejuang pada pandangan aku adalah apabila seorang pejuang itu lemah dalam langkahnya,songsang dalam jejaknya.ya ! itu pun apabila sudah diingatkan berkali-kali.silap lalu diulang2 semula.seperti baru shja melakukannya.rasa manis setiap kali lakukan salah yg dahulu walaupun pahit telah dicalit di lidah.

Bagaimana ya pejuang itu akan mara kalau hatinya leka? Bagaimana ya pejuang itu akan sampai ke puncak jika kompasnya rosak? Bagaimana ya pejuang itu akan Berjaya jika matlamatnya masih
berlaga-laga? Bagaimana ya pejuang itu akan tetap atas landasan yang benar jika imannya tercalar?bagaimana dan bagaimana?

Manusia disekeliling hanya mampu menasihati dan teruskan menembak doa.Selebihnya, pejuang itu harus memahami, mengerti dan menjiwai segala yg terjadi dan muhasabah diri.setinggi mana sijil atau pengiktirafan yang kita dalam mmperjuangkan  islam,ianya xsame dengan pengiktirafaan yg kita dapat dari Allah.Allah sebaik2 penilai.manusia hanya mnilai luaran kita dan kualiti ilmu kita dari segi amalan kita yg zahir dan xtahu dalamannya ikhlas atau tak.Tetapi Allah Maha Mengetahui.Oleh itu,berjaga2lah dengan pemerhtian dari Allah.Allah tak pernah tidur dan takkan tidur.

Pejuang yg merasakan seperti akan kecundang atau sudah kecundang,bngkitlah melawan nafsu yg indah pada awallnya tapi pahit pd akhirnya.Selagi langit masih diatas,selagi laut masih mengalir,selagi jantung masih berdenyut,selagi nafas boleh dihembus,muhasabahlah dan betullkan langkah.aku tak kata kau tersalah langkah,Cuma aku kata langkah kamu songssang dan bengkok.aku takut kau tak sempat sampai ke puncak bersama bagi menikmati indahnya kehidupan selepas mati yang terlalu diingini manusia pabila redha Allah mengiringi.


Wallahua’lam =)

No comments:

Post a Comment