Tuesday 23 April 2013

Adik kecil yang 'bijak' ! =)


   Bismillah..
   -ni bukan adam.ni cezen-


 Adam.Seorang kanak-kanak yang sungguh comel.Pipi yang sungguh tembam dan gebu,pabila dicubit sekali,selamanya akan kemerahan pipi ‘cute’ itu.Dahulunya dia selalu ditimang2 oleh aku dan kakak.kata akakku, “angah,cuba kau angkat ! Lenguh tangan”.aku Cuma ketawa.sememangnya siapa yang jumpa kanak2 sperti Adam,ingin sekali mendukungnya walau sedia maklum tangan pasti lenguh sesudah mendukungnya.kini,aku terlihat Adam dikawasan rumah.Jika ingin ditimang2,bukan shj tangan terasa lenguh,bahkan seluruh badan.Masih tembam dan comel seperti dahulu.Mungkin sekarang Adam berumur sekitar 5 atau 6 tahun kerana pukul 8 dia ke taska di kawasan bawah rumahku.

   Seorang lelaki yang agak berumar menemani Adam dari kawasan atas (kawasan rumah agak tinggi.main skate best !).Beberapa langkah menemani Adam,ku lihat Adam berjalan sendiri menuruni bukit(bukit laa sgt! Haha) untuk menuju ke taska sambil diperhati oleh akinya(same dengan atok lah).Sampai dalam beberapa langkah,Adam patah semula ke atas.Sangkaku,Adam takut dengan salakan anjing2 ‘comel’ dikawasan rumah.Tapi hairan menerjah benak.Kalau takut,mungkin Adam lari.Tetapi dia berjalan sperti biasa.Seakan tiada apa yang berlaku. ‘oh ! Mungkin tiba2 tak nak pergi taska.mcm aku jugak dulu.hehe’,celotehku sendirian sambil menjemur pakaian di ampaian.

   Mata masih lagi memandang Adam. ‘’aik!Kenapa?” Tanya aki kepada Adam dek pelik mngapa cucunya berpatah balik.Adam Cuma berjalan tanpa menghiraukan persoalan akinya.Ibunya yg juga memandang disebelah kereta menjadi pelik.Lantas Adam berkata “ nak salam aki dulu”.Allah ! Anak kecil yang berumur  sekitar 5 hingga 6 tahun meminta restu akinya untuk belajar? Kita? Terkadang terlupa bukan? Dek kerana ingin segera ataupun sudah terlambat utk ke sekolah atau kolej.(kalau dok hostel jgn menyebok =P ).Tatkala bibir mulus si kecil itu melontar kata-kata yg sungguh membuatkan hati ini jadi sayu,terpancul dari mulut seorang aki. “Allah !”.Adam bukan hanya dapat salam dengan akinya.tap Adam dpt ciuman ikhlas seorang aki.restu+redha.tak ke untung?

   Tersenyum aku seorang diampaian.Kalau orang Nampak aku begitu,mesti ingat aku gila! Hehe.tak kesah lah.Asalkan aku senang dengan keletah budak kecil itu yang bernama Adam. “dah2! Pegi kelas”,kata akinya.balas Adam “jap.salam ibu pulak”.Allah! Segera ibunya menguir senyuman penuh ikhlas dan mendapatkan Adam.lagi sekali.restu+berkat+redha.Subhanallah ! Bnyak nye pahala Adam ni bg kat mak dia.anak yang baik.yang belum baligh,yang buat kebaikan,pahalanya akan diberi kepada ibu bapanya.mabruk Adam ! Lalu Adam meneruskan ‘langkah’ menuntut ilmunya itu dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir dan tangan menghayun laju,menceritakan rasa hati  yang ceria dan senang.ingin sahaja aku buat video brtajuk : “ingin hati tenang bila menuntut ilmu?” by Adam.haha.comel jugak.sambil menoleh ke kamera dan thumbs up lalu berkata, “Adam tenang dengan berkat insan tersayang(yg halal ea !)’’ dengan lakonannya seperti yang ku lihat td.ARRGGHH !! berangan.haha.

   Kanak-kanak yang sudah diajar dengan amalan seperti ini,dirasakan seperti hilang sesuatu dari diri pabila terlupa untuk melakukannya.Teringat kisah seorang ulama’ yg mahsyur,tak ingat namanya.Beliau naik kereta untuk memberi ceramah (kalau tak silap),sudah terlalu lama perjalanan dari rumahnya.beliau teringat beliau lupa untuk NIAT.Lantas patah semula kerumahnya dan turun dari kereta.Masuk ke rumah.NIAT dipasang,dan baru diteruskan perjalanan semula.Allah.seorang yang terlalu mementingkan niat.


Daripada Amirul Mukminin,Abu Hafs,Umar bin Al-Khattab r.a,aku mendengar Nabi S.A.W bersabda : “sesungguhnya setiap amal itu dinilai pada apa yang diniatkan.Setiap orang dinilai dengan niatnya.Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya,maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan rasulNya.Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia dan wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu”(riwayat Bukhari dan Muslim)

1 comment:

  1. How To Make A Gambling Reservation With a Poker Dealer
    This casino 화성 출장안마 can be a big draw in terms of the number of customers that have a bet 거제 출장샵 on a particular 구리 출장안마 game, so if you 남원 출장마사지 want to 영주 출장안마 play with real money,

    ReplyDelete