Monday 22 April 2013

Ajariku ilmu persiapan mati T_T

Bismillah..


   Sahabatku tercinta yang sangat aku rindu,sangat aku sayang dan sangat ingin aku tatap wajahmu.Tolong ajari aku ilmu persiapan mati.Walau kita tidak tahu siapa yang bakal menjadi jenazah dahulu.Sama ada aku ataupun kamu yang bakal dijemput ajal,duhai sahabat tersayang yang jauh dimata.Sungguh aku merasa gerun,sahabat.Aku gerun dan mungkin juga takut untuk meghadapi mati.Kata seorang teman di alam facebook, "jika kau takut mati,itu bermakna kamu tidak bersedia utk mnghadapinya.kerna amalmu dirasakan kurang".

Sahabatku di bumi yg penuh barakah,aku tidak meminta kamu membentangkan ilmu persiapan mati berjela-jela dihadapanku ataupun melalui slideshow 'osem' spt video tntg kita dahulu,tidak pula mnyuruh kau tempah 'tiket segera' utk ke malaysia semata2 untuk mmbentangkan padaku ilmu2 persiapan mati.tidak perlu sedemikian rupa.ianya tentu mnyulitkan dan mnyukarkanmu dalam keadaan sebegini.aku ingin memudahkanmu bg memudahkanku.

 Sahabatku yang penuh tarbiyah didalam dada,kau ajari ilmu persiapan mati itu dengan perilaku dan tingkah kamu yang sungguh mngingatkan aku tentang kehidupan di akhirat.itu sudah memadai.kau ajari aku ilmu persiapan mati dengan nasihat penuh bermakna bersulam kasih kerana Yang Esa.itu sudah memadai.Kau ajari aku ilmu persiapan mati dengan memaafkan insan lain disekeliling walaupun hati perit utk mlakukannya.itu sudah memadai.Kau ajari aku ilmu persiapan mati dengan msg yg sarat dengan tarbiyah agar aku sentiasa ingat segala didunia ini takkan kekal melainkan Nya.itu sudah memadai.

  Sahabatku yang lembut bicara kerana iman tertanam dalam jiwa,kata-katamu shj sudah mampu membuatkan diriku 'tersentap' dengan kesalahan yang aku lakukan dahulu.ianya ilmu persiapan mati.kata-katamu yg berbunga kasih kerana Allah membuatkan mata ini mengalirkan butiran permata jernih dahagakan ampunan Allah.bukankah itu juga ilmu persiapan mati?Nada suaramu yang tidak pernah ditinggikan,mengingatkan aku tentang peribadi Rasulullah yg terlalu berlemah lembut pada ummatnya mnyentuh hatiku.Tidakkah dengan mngingati dan merindui Rasulullah itu juga adalah sebahagian dari ilmu persiapan mati?

Sahabatku yang sering melemparkan senyum manis dibibir menambahkan pahala sedekah,sentiasa membuatkanku senyum keseorangan pabila menatap wajahmu dan kenangan kita bersama.Menambah lagi rasa sayang padamu kerana Allah.bukankah kita berkasih sayang kerana Allah?Kau tidak pernah melalaikan aku dengan perkara maksiat.Bukankah itu juga ilmu persiapan mati?

Sahabatku Sampai Syurga,hanya engkau seorang..
   Katamu,perilakumu,tingkahmu,gayamu,senyummu,nasihatmu,marahmu semuanya bgku adalah ilmu persiapan mati.Dari seorang yang amat aku sayang,cinta,rindu dan hormat membolehkan aku belajar ilmu persiapan mati.Sentiasa mengingatkan aku tentang kehidupan diakhirat,membuatkan aku sedar dengan izinNya,tanpa kau sedar wahai sahabatku.

Sahabatku,
terima kasih tak terhingga aku rakamkan jauh disudut hati..
kerna kau mengajarkan aku ilmu persiapan mati..
moga-moga aku tenang pabila bertemu illahi...

No comments:

Post a Comment