Showing posts with label Sahabat & Ukhuwwah <3. Show all posts
Showing posts with label Sahabat & Ukhuwwah <3. Show all posts

Monday, 22 April 2013

Ajariku ilmu persiapan mati T_T

Bismillah..


   Sahabatku tercinta yang sangat aku rindu,sangat aku sayang dan sangat ingin aku tatap wajahmu.Tolong ajari aku ilmu persiapan mati.Walau kita tidak tahu siapa yang bakal menjadi jenazah dahulu.Sama ada aku ataupun kamu yang bakal dijemput ajal,duhai sahabat tersayang yang jauh dimata.Sungguh aku merasa gerun,sahabat.Aku gerun dan mungkin juga takut untuk meghadapi mati.Kata seorang teman di alam facebook, "jika kau takut mati,itu bermakna kamu tidak bersedia utk mnghadapinya.kerna amalmu dirasakan kurang".

Sahabatku di bumi yg penuh barakah,aku tidak meminta kamu membentangkan ilmu persiapan mati berjela-jela dihadapanku ataupun melalui slideshow 'osem' spt video tntg kita dahulu,tidak pula mnyuruh kau tempah 'tiket segera' utk ke malaysia semata2 untuk mmbentangkan padaku ilmu2 persiapan mati.tidak perlu sedemikian rupa.ianya tentu mnyulitkan dan mnyukarkanmu dalam keadaan sebegini.aku ingin memudahkanmu bg memudahkanku.

 Sahabatku yang penuh tarbiyah didalam dada,kau ajari ilmu persiapan mati itu dengan perilaku dan tingkah kamu yang sungguh mngingatkan aku tentang kehidupan di akhirat.itu sudah memadai.kau ajari aku ilmu persiapan mati dengan nasihat penuh bermakna bersulam kasih kerana Yang Esa.itu sudah memadai.Kau ajari aku ilmu persiapan mati dengan memaafkan insan lain disekeliling walaupun hati perit utk mlakukannya.itu sudah memadai.Kau ajari aku ilmu persiapan mati dengan msg yg sarat dengan tarbiyah agar aku sentiasa ingat segala didunia ini takkan kekal melainkan Nya.itu sudah memadai.

  Sahabatku yang lembut bicara kerana iman tertanam dalam jiwa,kata-katamu shj sudah mampu membuatkan diriku 'tersentap' dengan kesalahan yang aku lakukan dahulu.ianya ilmu persiapan mati.kata-katamu yg berbunga kasih kerana Allah membuatkan mata ini mengalirkan butiran permata jernih dahagakan ampunan Allah.bukankah itu juga ilmu persiapan mati?Nada suaramu yang tidak pernah ditinggikan,mengingatkan aku tentang peribadi Rasulullah yg terlalu berlemah lembut pada ummatnya mnyentuh hatiku.Tidakkah dengan mngingati dan merindui Rasulullah itu juga adalah sebahagian dari ilmu persiapan mati?

Sahabatku yang sering melemparkan senyum manis dibibir menambahkan pahala sedekah,sentiasa membuatkanku senyum keseorangan pabila menatap wajahmu dan kenangan kita bersama.Menambah lagi rasa sayang padamu kerana Allah.bukankah kita berkasih sayang kerana Allah?Kau tidak pernah melalaikan aku dengan perkara maksiat.Bukankah itu juga ilmu persiapan mati?

Sahabatku Sampai Syurga,hanya engkau seorang..
   Katamu,perilakumu,tingkahmu,gayamu,senyummu,nasihatmu,marahmu semuanya bgku adalah ilmu persiapan mati.Dari seorang yang amat aku sayang,cinta,rindu dan hormat membolehkan aku belajar ilmu persiapan mati.Sentiasa mengingatkan aku tentang kehidupan diakhirat,membuatkan aku sedar dengan izinNya,tanpa kau sedar wahai sahabatku.

Sahabatku,
terima kasih tak terhingga aku rakamkan jauh disudut hati..
kerna kau mengajarkan aku ilmu persiapan mati..
moga-moga aku tenang pabila bertemu illahi...

Saturday, 30 March 2013

kisah dua sahabat >3


    
        Persahabatan yang entah dari mana mulanya.Tidak diketahui secara saintifik.Yang diyakini hanyalah tahun 2010 baru bertentang muka.seiring berjalan.sebumbung menimba ilmu.menatap guru pun bersama.ke kantin xbersama ttpi pd waktu yg sama.kenal tp xrapat(lagi).extra kelas pun bersama.kenapa bnyk sgt bersama?memanglah.dah satu kelas.hihihi.terasa rapat bila seringkali ada kelas tmbhn mlm hari.Zalifah pelajar luar.Atiah pelajar asrama.dia boleh bwk phone wktu kelas malam.Atiah?bdk asrama mne boleh bwk.
  
       2 tahun kenal rapat tetapi tidak pd pndgn insan2 disekeliling mereka.kerana tindak-tanduk mereka seperti biasa.Mesra hanya didlm msg shj.setahun lebih mnyulam rasa bersama.tidak terlalu nmpak sgt ujian-ujian yg mendatang.seakan semuanya indah dimata mereka.sebelum balik raya sewaktu form5, berborak2 bersama-sama.macam-macam pesanan dan gelak tawa memecah sepi kelas.
“ppsssttt..ppssstttt…jap2x..sini jap…” ,tetibe muncul seorang lelaki berspek di pintu blakang kelas memanggil zalifah.
  
   Terkejut Zalifah dan Atiah yg sedang berborak.berpandangan sesame sediri dan hnya mngangkat kepala menanyakan kenapa..

   “aku kate sini,sini jelah..susah sgt ke.sekejap je..”,Zalifah pantas menarik tangan Atiah utk menemaninya di belakang kelas sebelah tingkap dn tong sampah.

“hah ! npe? Kaco je”,mula Zalifah.Atiah Cuma berdiamkan diri disebelah Zalifah.bermain penutup tong sampah sendirian.angkat.tutup.angkat.tutup.angkat.

“ni ! bdk tu bg..amek lah..”,amin mnyerahkan bunga ros yg ade perfume didalamnya dan coklet.besar jugak.Zalifah terkejut dan xmahu mnerima.Ditariknya tngn sahabat yg sedang bermain penutup tong sampah disebelah.muka selumber sje Atiah melihat.

“hah ! amek jelah..wah! sedapnye..spe bg ni weyh..”,kata Atiah sambil mnduga sahabatnya, Zalifah.terkejut Zalifah dgn jawapan yg tersembul dr mulut sahabatnya tu.

“haish ! xkan nak amek kot?agak2 la..”,sampuk Zalifah.

“weyh!amek jelah..xsalah pun..malu dah aku kt sini..cepatlah..sian dy..”,kata lelaki yg berspek tu kpd Zalifah.

Atiah menyiku Zalifah.sambil membisikkan supaya mngambil shj utk mnguji apa tindakan sahabatnya itu.Zalifah mngambil shj dengan muka yg sgt serba salah sambil mulut terkumat-kamit yg tidak diketahui apa butir-butirnya.berbincang 2sahabat td disebelah tong sampah jauh disudut belakang kelas.

“bukak lah.bukak lah”,bising Atiah.
“ish! Xnaklah..jap2x.nk bt ape ea dgn bende ni?”,tnye Zalifah
“urm..ko rase?”,sambil mata mngerling ke tong sampah yg mnjd mainannya sebentar td dan mngangkat kening sebelah keatas seperti The Rock.
“hah ! bgus !” tanpa berfikir panjang,Zalifah melemparkan semuanya ke dalam tong sampah disebelah mereka.

Senyuman terukir diwajah dua sahabat itu.didalam hati ,Atiah berkata, “xpayah nak layan bende2 yg mengarot.serabut otak je.bagus sahabatku ini.ni makin sayang ni.maklumlah.orang comel. Alhamdulillah! terima kasih Ya Allah.lanjutkan ukhuwwah kami hingga ke syurga  J

Pengajaran: -
*selagi Allah tetap dihati,jangan kau pandang cinta insan lain yang cuba-cuba mengusik diri..
*selagi kau didalam kampus untuk menuntut ilmu,jangan berjinak-jinak cinta si monyet..
*selagi masih ada rasa sayang akan ibu bapamu,jangan pernah berkongsi suka dan duka dengan yg tidak   
   halal..
*kuatkan langkahmu dalam menongkah arus dunia,tetapkan kakimu pada agamaNya,Hindarkan rasa  
   cinta yang menggangu hidupmu selagi ia xsampai masanya lagi…
*Jika kamu sayangkan sahabatmu kerana Allah,nasihatilah ereka jika mereka terpesong dan sentiasalah kirimkan doa buat dirinya ;)…




Saturday, 15 December 2012

ukhuwah itu indah

 

   bismillahirrahmanirrahim..

                       




                                (khas buatmu sahabat tercinta c0z allah)



          pernah anda rasa ukhuwwah itu mcm mana? mesti ada yg cakap subhanallah ! best gillerrzz ! argh mnyampahlah ! mcm2 andaian.. sebenarnya ukhuwwah e2 mmg indah.bila kita hubungkan ukhuwwah itu dengna cinta pada Yang Esa..want to know something? meh nak cite..

  kadang2 rasa malu nk citer.c0z yg sebenarnya yang mnjadikan ukhuwwah e2 indah adalah 1st skali adalah allah jika kita hubung kaitkan semuanya kerana allah yg maha esa..2nd adalah sahabat kita sendiri. yup !  malu pada insan yg bernama sahabat.sahabat ana itu lah yang mngajar ana tentang indah dan sweetnya ukhuwwah.tp,kalau ditanya pd shabat ana tu seniri,dia akan mnafikan semua itu.knapa?c0z dy kata yg mngenalkan ukhuwwah itu pd dia adalah ana.sbenrnya dia lah mnampakkan ianya lagi best dan.. MASYAA ALLAH !! sukar nk bayangkan..


   sape yg penah disakiti oleh sahabat seniri?mesti adakan?adat bersahabat.ada pahit,ada manis,masam,pahit..sume ade..,kalau sumanya manis,xbest la pulak kan?sakit x? jawab seniri.semua tau rasa sakitnya macam mana kalau org yg disayang buat mcm2 yg kita rase down sangat,spt xdpeduli,spt dikhianati.mcm2.bukan ana nk kata sahabat ana bt ana mcm ni.xsama sekali.dia xpenah buat ana sakit ati.menangis adalah(sebab dia kata dia nk gi mesir.hik3x).

     sahabat ana pernah cakap,uhibbuki fillah(ana syg enti c0z allah).apa yg anda faham dgn ayat 'c0z allah'?mase tu,xda rase ape2 lg tau.bila semuanya dah berlaku..ada misunderstanding sket between us(thats alla b'cause of me),she never disappear.selalu bg msg2 yg mnguatkn iman,selalu mndoakan yg terbaik,xjemu send msg walau ana xbalas(kering betol ati ana kan?),selalu ingatkan ana,walau apapun yg terjadi,ana tetap shabat dia.dah jd tanggungjawab dia(seriously tersentap time tu).tp ego ana tinggi sgt..astaghfirullah !!

  lama ana bt derk je ngan dia.time tu kami da sek lain2.sow,xjumpe.just msg je penghubungnya.time sukan antara sekolah,ana rasa mcm dy pegi je.ana tnye sorg kawan ana ni,dy kate sahabat ana tu pegi.ana juz gi jd ajk je.mlaz nk jd atelit.jemu da.hik3x.sahabat ana mmg hebat.debate bi.s0w,bile smpai kat tmpt tu ana mmg cari dy.tp xjumpe.ana gi satu tmpt,dia b'dri ber2 dgn sorg lg kwn kami tggu turn iron bju.serious ! dy nmpak ana cm malu2..hik3x..mcm couple x?haha.tp,bibir ni kelu utk bkata2.ana sje je bdiri sblh dia."sihat?" tu je ayat.angguk je?urm.xpelah.malaz lah cite pnjg2..ana singkatkan jelah ea?

  kat sane,kami xckp pon.nk cakap ngan dy,pegi bilik then depa kate dy da tdo.urm..dia mmg pmalu sket.yg klaka..d0k satu bilik,xpenah cakap,cuma msg je..hik3x..lawak x?xnk gelak pon xpe. :)rasa bersalah sgt c0z ana yg start tp mcm dy je yg bersalah..eerr!! bnyak kali ana minx maaf(msg je).. rasa bersalah mnebal dlm diri beb.tp,nk tau xdy cakap ape? "xpe.kalaulah enti xbuat mcm ni dulu,msti kita xkn rasa manisnya ukhuwah .kalau lah enti xbls msg n bt mcm ni dulu,kita xtahu sejauh mana ukhuwah kita" allahu rabbi.terduduk,tersentap,mngalir air mata ana.. wallahi !! hey ! kalau sahabat ana bt pd ana mcm mana ana bt pd diri dy,itu pun ana xtau adkah ana seperti dia yg masih lagi boleh mnerima ana dan bersangka baik..allahu akbar !! syukran ya allah !! syukran sahabat !

"sesungguhnya seorang muslim itu apabila ia berjalan diatas jalan dakwah,ia xbjalan dgn hatinya shj,bahkan mmbwa hati saudaranya.justeru,setiap pahala yg didapatinya sepanjang perjalanan pasti akan terbias kpd saudara seperjuangannya"(mustafa mahsyur)

"selemah2 manusia adalah yg xboleh mncari sahabat dan lemah dari itu adalah org yg mensia2kan sahabat" (kalau xsilaplah)

   katanya,dia dah lupa dah perkara tu.tp ana tau bukan semudah itu.c0z , untuk mmaafkan sahabat adalah mudah,ttpi untuk mlupakan apa yg telah dilakukan sangat sukar.katanya,c0z dia bersahabat adalah kerana allah ! apa pun yg terjadi,sahabat tetap shabat.tlh mnjdi tanggungjawab utk mmbwa sahabat kita kmbali kpd jalan kbenaran jika tersasar.mnasihati jika terlajak.mabruk alaiki sahabat ! enti telah mmbuktikannya.teringat kata2 hilal asyraf di dlm buku sinergi,"jika kau terjatuh dlm neraka,akan aku terjun untuk berpimpin tangan bersama mndaki syurga" (lbey kurang mcm tulah).

  byk crita dan ragam dlm bersahabat.jika nk sahabt yg terbaik,jadilah sahabat yg terbaik utk sahabat kita dahulu. in shaa allah ! wallahi ! !

UKHUWWAH ITU INDAH JIKA SEMUANYA KERANA ALLAH !!

 "our heart connected by God" -i'll remember thiz 4eva sahabat  :'(
<3 FTJ <3


Wednesday, 24 October 2012

untukmu ,izzati syakirah !

bismillah....

   semalam dapat chat ngan sahabat tercinta pown da rase cm cukup sgt2 da...really2 miz you,dear !
sayangku izzati syakirah,sungguh ana sayang,sungguh ana cinta, sungguh ana rindu dan sungguh an hormat enti..

izzati syakirah,
thankz c0z sanggup terima ana kembali...
thankz c0z sanggup doakan ana..
sanggup declare balik persahabatan ini...

speechless ! really miz and love you dear !!

Friday, 28 October 2011

hikmah tersembunyi~

assalamualaikum...

  hari ini tiada apa sangat untuk dicoretkan.hnya luahan hati untuk hati yang mencari iktibar..insyaAllah..baru2 ny.mcm2 cubaan yang terjd.an apun kadang2 terputus harapan juga.nasib baik allah titipkan seorang insan yang bergelar shabat yang mnjadi 'plaster' kepada hati yang luka.knape luka?biar ana gambarkan.

   sekolah ana dalam sebulan ni duji dengan satu ujian yang mnyebbkan pembelajaran kami semua terbantut.biarlah ana rahsiakan demi menjaga imej dekolah ana.ujian dari Allah untuk semua.smpai kadang2 tu hmpir satu hostel  nangis dan x sanggup dok hostel.bukan di hostel  je yg berlaku.sekolah pun jadi.masyaAllah.harapan kami semua dsekolah adalah unuk berwaspada dan sentiasa dekatkan diir denganNya.MUngkin ini adalah satu amaran dari Allah supaya kami dekat dgnNya.Mngkin sblum ini kami tersasar dalam beribadah padaNya.



   Allah xkan jadikan sesuatu itu sia2.semua yang berlaku ada hikmahnya.seterusnya,permohonan ana ditolak.xmengapalah.mungkin bukan rezeki ana di sana.biarpun mata ini sudah bengkak menangisi apa yang berlaku,ana redha dan pasrah.tempat yg ana pohon tu mmg ana yakin dengan pengajian disana.mgkin sbb Dia nk tngok sjauh mana keimann kita utk mnempuh sgala ujianNya.kita mengadu atau tdk padaNya ataupun kita berputus asa trus?saqma2 kita renungkan.urm,result ana bukn power pon.sbb apa dy nk pilih result yang x power kan?bg sahabat2 yang berjaya...tahniah dan biar berjaya masuk terus!antum semua mmg insan yang terpilih.




        kadang2 tu kan,orang yang beria nk masuk itulah yang x berjaya masuk.dan orang yang xberapa minat tp nk mncuba nasib itulah yang lepas..xpelah.walaupun ana yang beria mngajak mereka tngok2 rezeki tu.moga2 ana dpt ganjaran juga c0z knlkan dyorang ngan program yang power tu.harap2x begitu.namun! bukanlah ana kalau ana x cuba untuk program lain di tempat yang sama.ttpi,lama sketlah.orang kata bazir umur.yup!hakikatnya mmg bazir masa..ttpi,jika kita lihat dari keberkatan pengajiannya..tiada istilah mmbazir.siapa yang akan menolak pmbelajaran yang berasaskan al-quran dan bakal mlahirkan huffaz2 di muka bumi ini?insyaAllah kalau ada rezeki disana.

  seorang shbat datang mnenangkan hati ana.katanya,mungkin Allah nk bg kita trus jd doc!tp dengan syarat!usaha kene lebih seperti kerja doctor.pernah nmpak doctor duduk goyang kaki?xde kan?hatta sebelum jadi doctor pun kne kerja keras.inikan pula dah jadi doctor..on call memanjanglah...kadang2 x tdo 32 jm.ha! sape sanggup jadi doc?xkesah orang nk cakp ape.doctor kan kje mulia??lagipun kne lah ramaikan docto dari kalangan yang berpngetahuan tntg agama.lagi bagus.slain merawat jasmani..bley rawat rohani jugak kan?spe untung?ini adalah pendapat ana shj.




  mungkin shabat2  lain ada opinion.bleylah kongsi2 untuk mendapat redhaNya.kita kenelah berbaik sangka.dlm hidup ada satu konsep yang terkenal dikalangan umat islam.iaitu TAWAKKAL!!tahukan entum sume apa itu konsep tawakkal?tawakkal ini adalah pasrah padaNya selepas berusaha.contohnya pada zaman nabi dulu ada seorang hamba Allah yang ingin mningglkan unta dtengah padang pasir bt smentara waktu utk ke suatu tmpt.lalu dia mnggalkan unta tersebut begitu sja dan berkata,aku tawakkal kpd Allah.skembalinya dia ke tmpat letak untanya,dia lihat unta itu hilang.lalu dia prgi brtemu rasulullah.katanya,"Ya Rasulullah,td aku ltk untaku di tpi pokok tamar dan aku bertawakkal kpd Allah.ttpi untanku hilang."..jawab nabi,"seharusnya engkau berikhtiar dahulu sblm mngglkan unta kau bgitu shj.konsep tawakkal adalah berusaha dahulu.strusnya barulah pasrah dan tawakkal kpd allah.sptutnya kamu mngikat dhulu untamu dgn tali pada pokok tamar dan barulah kamu boleh bertawakkal padaNya"....


   Begitulah..bermaksud,sblm kita tawakkal dalam kehdupan, kita mesti berusaha dahulu.spt kita belajar dan study sungguh2...pastu,tawakkal padaNya.Apa yang Dia akan bg pada kita adalah yang terbaik bg kita walaupun kita x suka.




firman Allah:

     "boleh jadi kamu suka ssuatu pdhal ia amat buruk bgmu dan boleh jadi kamu benci ssuatu padhal ia baik bgmu.ssungguhnya Dia Maha Mengetahui sdgkn kamu x tahu"(al-bqarah:216)

wallahu a'lam.....

Saturday, 30 April 2011

mengenang dirimu sahabat~


assalamualaikum..

ketika saat kita bersama,
semuanya benar dan tiada dusta
tp ku x mngetahui kerna engkau juga manusia biasa
bisa shj kau mndustai jiwa dan hati ini.

teman,
dihadapanku kau mnangis dan mnyesali
semua perlakuanmu terhadapnya
tapi susah bgku mempercayai
kerna pernah dahulu kau mnghilangkan kpercayaan ku

teman,
mngapa in yang harus terjadi
pada aku dan dirimu,
xpernah aku mmarahi mu,
bukan niat untuk mlukaimu
ttpi ikhlas utk mnghindarkan dirimnu dari azabNya..

teman,
adakah kau mahu dlempar ke nerakaNya
aku juga takut kerna aku sahabatmu
bisa jadi aku diseret krna x mnasihatimu
kesekian kali kpercayaan ku luntur pada dirimu...

teman,
sudah mnjd tanggungjawabku mnarikmu
juga mnghindarkan diiri dari belenggu syaitan.
dulu,kini dan slamanya...
kerna saudaraku yang x pernah putus ikatan itu...

teman,
aku mahu kau buktikannya
bukan dengan tangis esakmu mnyesalu perbuatanmu dii hadapan aku,
dihadapan semua ummat manusia yang bersama berjuang dgn mu
tp aku mahu bukti segalanya dgn perlakuanmu selepas ini,

teman,
jika sukar bgmu melanggar janji syaitan,
biarlah engkau bersama shabatmu itu,
jgn pernah diingatkan aku utk kmbali padamu
jika perangaimu masih seperti dahulu.

teman,
jgn pula satu saat kamu mnunding jari padaku
mngatakan aku x pernah mnegurmu
sudah berbuih,sudah berombak gelora didadaku
selama bersahabt denganmu sungguh ikhlas kerana Allah...

teman.
aku saudaramu selamanya tetap saudaramu,
xkan terputus perkataan itu samaada aku masih ddunia ataupun didalam bumi,
dasar iman yang aku kembara xkn pernah hilang jejak
walau dengan siapa aku bersahabat asalkan aku pndai mmlihara iman ddada...


monolog sebentar,
pencinta_syahid94,
2:50pm
1 mei 2011

Saturday, 16 April 2011

salam kerinduan..

bismillah...

kuhulurkan salam kerinduan 
buat semua teman dan taulan
yang senantiasa mengajak aku
juga memimpin tanganku setiap waktu..


tidak kira waktu susah atau senang
hnya lemparan senyuman kau tujukan
buat diriku yang sungguh lemah
dan hina yang tidak sempurna mana

ya Allah 
aku pohon rahmat Kasih dariMu...
Kau tebarkan atau campakkan
rasa kasih dan sayangMu yang tiada penghujung
pada diri mereka yang setia membantu aku...

menjalani hari-hari yang sukar
adalah sulit bgku malinkan kau tetap disisi...
tika aku tersungkur..
segera kau menghulur tangan..ikhlas..

ku tahu dengan pancaran sirna dimatamu...
walau tidak kau katakan melalui bibir...
kerna ikhlasmu itu..
semuanya jadi manid dimata dan hatiku...

harapanku senantiasa mengiringimu...
tanpa kau sedar..
aku ingin selalu dengan dirimu
kerna baktimu dan jasamu yang x ternilai padaku...

saat airmataku bergenang ditubir mata
kau datang lalu mnyapa..
lalu mnitis jua tanpa aku rela..
kau mngelap titisan itu dengan tangan lembutmu....

walau ianya hanya khayalan semata..
tapi aku sangat merasainya..
kau jauh disana meniti jambatan kasih Illahi 
dengan penuh gigih...

wahai serikandi umar 93
ku nukilkan semuanya tentang dirimu
walau kita tidak pernah bersua muka dan b'bicara scra berdepan
aku selalu mmbayangimu disisiku
dan sperti mendengar kalammu berbicara denganku..


serikandi,
hadirmu mngubah semuanya atas izin Allah...
kata-katamu sarat dengan nasihat
penuh hikmah penuh semangat dan aku tahu
kau ikhlas dan berdua kita bersama mnunaikan amanahNya...

kau disana dan aku disini
berkelana ditempat sendiri dan suatu hari 
melawat ke tempat orang dengan tujuan yang satu
menyebarkan agamaNya dengan sabar dan istiq0mah...

insyaallah sahabat..
xpernah aku lupa akan kata2mu juga nasihatmu
walau sesaat..kerna kau sahabatku dunia akhirat
ku memohon padaNya agar kita kan dipertemu xkira dmana
agar dapat kita semai sengat kita yang xpernah lebur ini sahabat!!!

salam kerinduan dari pencinta syahid94 kepada serikandi umar 93....

bicara sebentar,
pencinta_syahid94
5:13 pm
rumah

Wednesday, 16 March 2011

bicara teman~

sahabatku,
sedarlah bahawa hati ini terlalu merinduimu..
aku sudah x kuat menanggung rinduku ini..
aku rindu utk menatap wajahmu sahabat..
aku rindu akan kehangatan pelukan kasihmu teman..


sahabat,
aku rindu akan laungan jihad kita bersama wahai rakan jihadku..
bersama menggetar sanubari tatkala melaungkan takbir!!!
juga doa wehdah yang lantang jua bersemangat..
tatkala itu aku bangkit dengan ruh juang yang baru..



sahabat,
bilakah kan kita ketemu lagi?
dalam sebuah halaqoh yang bertunjangkan akidah yang satu,
menggenggam erat tangan menadah doa..
yang seringkali kita gentarkan musuh nyata..
bersama rasa ruh juang yang x pernah pudar..


teman,
aku terimbau kenangan kita bertamrin,
indah sekali saat itu..
ingatkah lagi engkau kata-kata ini?
yg x pernah lekang dari bibir...


"ana adalah enti..enti adalah ana..kita adalah roh dalam satu jasad"



kita pasti kan ketemu lagi..
aku yakin dengan aturan illahi
ukhuwah kita berdasarkan keimanan ukhtieku sayang..
dengan nikmatNya yang terbesar yakni iman dan islam....


sabarlah kita dalam menempuh ujian...
kerna sekali kita melangkah ke dunia dakwah..
ibarat selamanya kita terseksa..
ttpi ingatlah mujahadah itu perit kerna syurga itu teramatlah manis...

Tuesday, 15 March 2011

bantu aq wahai muslimat..

assalamualaikum...

  sahabat..dlm aq mnongkah arus kehidupan yg x bisa aq bayangkan...terkadang aq tersasar jauh dari landasan yg sbenar..aq merangkak dlm mncari sinar illahi..ingin skali aq mnjdi spt sang pelangi yg bisa mmbahagiakan insan lain terutama kamu semua..ttp,aq sedar..aq hanya insan yg seringkali terjerumus kelembah yg aq sendiri x pasti..

   shabat..aq ingin engkau patuh dan bantulah aq kali ini..aq amat2 mmbutuhkan pertolongan kalian..tolong janji dengan aq!pimpinlah aq jika aq tersasar dari landasan g sebenarnya..jangan engkau biarkan aq trcungap2 mminta pertolongan dalam lautan dusta yg nyata dekarang..tolonglah..bntulah aq dan selamatkan aq jika engkau fikir aq temanmu..

    seandainya aq dlm keadaan sdemikian..tentulah aq tidak lagi mmpercayai kata2mu...kerna hati aq telah dtampal dgn titik2 hitam..dan tolonglah aq dsaat itu...kau pimpin lah aq..pimpinlah aq untuk tetap berada diatas jalan yg Dia redhai selalu..dan singsinglah lenganmu sambil mnarik tanganku untuk tetap berdiri diatas bumi yg nyata saat aq hilang harapan dan hilang percaya pada diriku sendiri..aq x tahu apa yg bakal mnimpa aq 1 saat dari sekarang..1 minit dari sekarang..1 bulan dari sekarang..1 tahun dari sekarang..

   aq mohon dan merayu pada kalian agar bntu aq dan pimpinlah aq dsaat aq tersasar jauh...tariklah dan bantulah aq berdiri semula dsaan aq jatuh dan x berdaya..kau berilah santapan kpd rohani aq agar aq kmbali pd Allah yg satu saat aq kcewa dek mainan dan tipu daya dunia..ssungguhnya..aq x mahu tenggelamnya kbenran dalam kbnjiran dusta..kbenarn kini kian tenggelam dek kerana mata yg bisa mlihat mewahnya dunia..x bisa mrenung dan mngingat azab Allah jika mlkukannya..

  justeu itu,aq pohon bantulah aq..kerna mungkin shj aq termasuk dlm golongan yg sdemikian tanpa aq sedari..dan dsaat itu aq mmbutuhkan janjimu..walaupun tika itu aq tidak lagi mngingati akan jnji ini....

bntu aq sahabat...
pimpin daku teman...
tunjuki aq landasan yg dredhai ya sodiqi...

wallahu a'lam...