Bismillah..
-ni bukan adam.ni cezen-
Adam.Seorang
kanak-kanak yang sungguh comel.Pipi yang sungguh tembam dan gebu,pabila dicubit
sekali,selamanya akan kemerahan pipi ‘cute’ itu.Dahulunya dia selalu ditimang2
oleh aku dan kakak.kata akakku, “angah,cuba kau angkat ! Lenguh tangan”.aku
Cuma ketawa.sememangnya siapa yang jumpa kanak2 sperti Adam,ingin sekali
mendukungnya walau sedia maklum tangan pasti lenguh sesudah
mendukungnya.kini,aku terlihat Adam dikawasan rumah.Jika ingin ditimang2,bukan
shj tangan terasa lenguh,bahkan seluruh badan.Masih tembam dan comel seperti
dahulu.Mungkin sekarang Adam berumur sekitar 5 atau 6 tahun kerana pukul 8 dia
ke taska di kawasan bawah rumahku.
Seorang lelaki
yang agak berumar menemani Adam dari kawasan atas (kawasan rumah agak tinggi.main
skate best !).Beberapa langkah menemani Adam,ku lihat Adam berjalan sendiri
menuruni bukit(bukit laa sgt! Haha) untuk menuju ke taska sambil diperhati oleh
akinya(same dengan atok lah).Sampai dalam beberapa langkah,Adam patah semula ke
atas.Sangkaku,Adam takut dengan salakan anjing2 ‘comel’ dikawasan rumah.Tapi
hairan menerjah benak.Kalau takut,mungkin Adam lari.Tetapi dia berjalan sperti
biasa.Seakan tiada apa yang berlaku. ‘oh ! Mungkin tiba2 tak nak pergi
taska.mcm aku jugak dulu.hehe’,celotehku sendirian sambil menjemur pakaian di
ampaian.
Mata masih lagi
memandang Adam. ‘’aik!Kenapa?” Tanya aki kepada Adam dek pelik mngapa cucunya
berpatah balik.Adam Cuma berjalan tanpa menghiraukan persoalan akinya.Ibunya yg
juga memandang disebelah kereta menjadi pelik.Lantas Adam berkata “ nak salam
aki dulu”.Allah ! Anak kecil yang berumur
sekitar 5 hingga 6 tahun meminta restu akinya untuk belajar? Kita?
Terkadang terlupa bukan? Dek kerana ingin segera ataupun sudah terlambat utk ke
sekolah atau kolej.(kalau dok hostel jgn menyebok =P ).Tatkala bibir mulus si
kecil itu melontar kata-kata yg sungguh membuatkan hati ini jadi sayu,terpancul
dari mulut seorang aki. “Allah !”.Adam bukan hanya dapat salam dengan
akinya.tap Adam dpt ciuman ikhlas seorang aki.restu+redha.tak ke untung?
Tersenyum aku
seorang diampaian.Kalau orang Nampak aku begitu,mesti ingat aku gila! Hehe.tak
kesah lah.Asalkan aku senang dengan keletah budak kecil itu yang bernama Adam.
“dah2! Pegi kelas”,kata akinya.balas Adam “jap.salam ibu pulak”.Allah! Segera
ibunya menguir senyuman penuh ikhlas dan mendapatkan Adam.lagi
sekali.restu+berkat+redha.Subhanallah ! Bnyak nye pahala Adam ni bg kat mak
dia.anak yang baik.yang belum baligh,yang buat kebaikan,pahalanya akan diberi
kepada ibu bapanya.mabruk Adam ! Lalu Adam meneruskan ‘langkah’ menuntut
ilmunya itu dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir dan tangan menghayun
laju,menceritakan rasa hati yang ceria
dan senang.ingin sahaja aku buat video brtajuk : “ingin hati tenang bila
menuntut ilmu?” by Adam.haha.comel jugak.sambil menoleh ke kamera dan thumbs up
lalu berkata, “Adam tenang dengan berkat insan tersayang(yg halal ea !)’’
dengan lakonannya seperti yang ku lihat td.ARRGGHH !! berangan.haha.
Kanak-kanak yang
sudah diajar dengan amalan seperti ini,dirasakan seperti hilang sesuatu dari
diri pabila terlupa untuk melakukannya.Teringat kisah seorang ulama’ yg
mahsyur,tak ingat namanya.Beliau naik kereta untuk memberi ceramah (kalau tak
silap),sudah terlalu lama perjalanan dari rumahnya.beliau teringat beliau lupa
untuk NIAT.Lantas patah semula kerumahnya dan turun dari kereta.Masuk ke
rumah.NIAT dipasang,dan baru diteruskan perjalanan semula.Allah.seorang yang
terlalu mementingkan niat.
Daripada Amirul Mukminin,Abu Hafs,Umar bin Al-Khattab
r.a,aku mendengar Nabi S.A.W bersabda : “sesungguhnya setiap amal itu dinilai
pada apa yang diniatkan.Setiap orang dinilai dengan niatnya.Sesiapa yang
berhijrah kepada Allah dan RasulNya,maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya
menuju kepada Allah dan rasulNya.Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia
dan wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah
itu”(riwayat Bukhari dan Muslim)
How To Make A Gambling Reservation With a Poker Dealer
ReplyDeleteThis casino 화성 출장안마 can be a big draw in terms of the number of customers that have a bet 거제 출장샵 on a particular 구리 출장안마 game, so if you 남원 출장마사지 want to 영주 출장안마 play with real money,